Skip to content

Seksyen 65

Bentuk pembelaan

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 65 of 248
Seksyen 65
(1)

Tiap-tiap pembelaan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya dan hendaklah—

(a)

sama ada mengaku atau menafikan tiap-tiap pengataan fakta yang matan dalam pernyataan tuntutan;

(b)

menyatakan dengan ringkas lagi padat apa-apa fakta baru yang dijadikan sandaran oleh defendan sebagai pembelaan;

dan

(c)

membangkitkan dengan ringkas lagi padat dan tanpa hujah apa-apa perkara undang-undang yang perlu.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(2)

Penafian di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh berbentuk mengelak tetapi hendaklah menjawab perkara isi.