Seksyen 67
Pembelaan terhadap tuntutan balas
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 67 of 248
Seksyen 67
(1)
Jika mana-mana defendan membuat tuntutan balas, plaintif hendaklah, jika dia berhasrat hendak membuat pembelaan terhadap tuntutan balas itu, memfailkan dan menyebabkan disampaikan kepada defendan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkan oleh Mahkamah.
(2)
Jika plaintif tidak mematuhi subseksyen (1), seksyen 16
hendaklah terpakai seolah-olah plaintif ialah seorang defendan.