Seksyen 64
Defendan hendaklah menyampaikan pembelaan
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 64 of 248
Seksyen 64
(1)
Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh—
(a)
pada bila-bila masa sebelum hari kehadiran, menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan; atau
(b)
hadir pada hari kehadiran dan mempertikaikan tuntutan plaintif.
(2)
Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkannya.
(3)
Pembelaan hendaklah dalam Borang MS 16.