Skip to content

Seksyen 71

Butir-butir

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 71 of 248
Seksyen 71
(1)

Jika mana-mana pliding tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan pihak yang bertanggungjawab supaya memfailkan dan menyebabkan disampaikan butir-butir lanjut dan jelas, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi.

(2)

Butir-butir lanjut dan jelas boleh difailkan dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.