Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Penerimaan Masuk Peguam Syarie

12. Syarat bagi penerimaan masuk

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang berkelayakan boleh memohon bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 15 jika dia memenuhi syarat yang berikut:

(a)

telah mencapai umur dua puluh satu tahun;

(b)

beragama Islam;

(c)

sama ada warganegara atau pemastautin tetap Malaysia;

(d)

berkelakuan baik;

(e)

tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah;

(f)

tidak dihukum sebagai seorang bankrap yang belum dilepaskan;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(g)

telah menghadiri dan lulus kursus pengajaran, latihan, pendidikan, temu duga atau peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga, jika berkenaan; dan

(h)

telah menjalani tempoh pelatihan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 13.

(2)

Peguam Syarie Negeri boleh memohon bagi penerimaan masuk

Peguam Syarie di bawah seksyen 15 jika—

(a)

dia memenuhi syarat yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga

(g)

; dan

(b)

dia telah melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie Negeri di mana-mana Negeri sebelum dia memohon bagi penerimaan masuk.

Report

Bahagian IV

Perakuan Amalan Tahunan

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules