Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Penerimaan Masuk Peguam Syarie

13. Tempoh pelatihan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen 14(3), orang berkelayakan hendaklah, sebelum dia diterima masuk sebagai Peguam Syarie, menjalani suatu tempoh pelatihan selama enam bulan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pelatih dalam kamar hendaklah menjalani tempoh pelatihannya dengan pengajar yang sedang menjalankan dan telah menjalankan amalan secara aktif di Wilayah-Wilayah Persekutuan selama suatu tempoh yang berjumlah tidak kurang daripada tujuh tahun sebaik sebelum tarikh permulaan pelatihan pelatih dalam kamar itu.

(3)

Pelatih dalam kamar tidak boleh, tanpa kebenaran khas secara bertulis daripada Majlis Peguam Syarie, memegang apa-apa jawatan atau bertugas dalam apa-apa jenis pekerjaan, sama ada sepenuh masa atau selainnya, semasa tempoh pelatihannya, tetapi tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh menghalang pelatih dalam kamar daripada menerima saraan daripada pengajarnya.

Profesion Guaman Syarie 19

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Report

Bahagian IV

Perakuan Amalan Tahunan

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules