Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Penerimaan Masuk Peguam Syarie

20. Bantahan permohonan oleh orang lain

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang selain Ketua Pendakwa Syarie atau Majlis

Peguam Syarie boleh memasukkan suatu bantahan untuk membantah permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie yang difailkan di bawah seksyen 15.

(2)

Bantahan di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan di Pejabat

Ketua Pendaftar dan hendaklah mengandungi nama penuh, pekerjaan dan alamat orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk itu, suatu pernyataan ringkas tentang alasan bantahannya serta alamat bagi penyampaian.

(3)

Apabila bantahan itu difailkan, permohonan bagi penerimaan masuk tidak boleh didengar melainkan jika suatu notis pendengaran tidak kurang daripada tiga hari telah disampaikan kepada orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk itu.

(4)

Orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk itu boleh hadir dalam pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai

Peguam Syarie itu.

(5)

Pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam

Syarie boleh didengar tanpa kehadiran orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie itu.

(6)

Pendengaran bagi bantahan itu hendaklah didengar dalam prosiding yang sama dengan, dan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang sama bagi, pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai

Peguam Syarie.

Report

Bahagian IV

Perakuan Amalan Tahunan

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules