Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Penerimaan Masuk Peguam Syarie

19. Bantahan permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau Majlis Peguam Syarie

Feedback & support
(1)

Ketua Pendakwa Syarie atau Majlis Peguam Syarie boleh, apabila menerima suatu salinan permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam

Syarie daripada pemohon, membantah permohonan itu dengan memfailkan notis bantahan yang hendaklah menyatakan secara ringkas alasan bantahan itu.

(2)

Notis bantahan itu hendaklah difailkan di Pejabat Ketua Pendaftar dan disampaikan kepada pemohon dalam tempoh tidak kurang daripada tiga hari atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang diarahkan oleh

Mahkamah Tinggi Syariah sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk itu.

(3)

Pendengaran bagi notis bantahan itu hendaklah didengar—

(a)

dalam prosiding yang sama dengan, dan di hadapan Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah yang sama bagi, pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie; dan

(b)

dengan kehadiran wakil Ketua Pendakwa Syarie dan Majlis

Peguam Syarie.

(2)

Walau apa pun perenggan (3)(b), pendengaran notis bantahan boleh diteruskan tanpa kehadiran wakil Ketua Pendakwa Syarie dan Majlis Peguam

Syarie jika Mahkamah Tinggi Syariah berpuas hati bahawa pemohon telah menyampaikan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan Majlis Peguam Syarie salinan permohonannya bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie.

Profesion Guaman Syarie 23

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Report

Bahagian IV

Perakuan Amalan Tahunan

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules