Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Penerimaan Masuk Peguam Syarie

26. Peguam Syarie boleh memohon supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar

Feedback & support
(1)

Mana-mana Peguam Syarie boleh memohon kepada Mahkamah

Tinggi Syariah supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan sebab bagi pengeluaran namanya daripada

Daftar.

(3)

Peguam Syarie itu hendaklah menyampaikan permohonannya untuk mengeluarkan namanya di bawah subseksyen (1) kepada Majlis Peguam

Syarie dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari sebelum permohonan itu didengar.

(4)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah didengar oleh Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah yang bersidang di dalam kamar.

(5)

Setelah mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1),

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat perintah—

(a)

mengarahkan Ketua Pendaftar untuk memotong nama Peguam

Syarie itu daripada Daftar;

(b)

menangguhkan pendengaran permohonan itu kepada suatu tarikh yang difikirkan adil dan munasabah oleh Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah itu; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(c)

menolak permohonan itu jika—

(i)

suatu tindakan tatatertib belum selesai terhadap Peguam

Syarie itu di bawah Bahagian IX Akta ini; atau

(ii)

kelakuan Peguam Syarie itu merupakan perkara yang disiasat di bawah Bahagian IX Akta ini; dan

(d)

bagi pembayaran apa-apa kos.

Report

Bahagian IV

Perakuan Amalan Tahunan

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules