Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Penerimaan Masuk Peguam Syarie

27. Pemasukan semula nama Peguam Syarie dalam Daftar

Feedback & support
(1)

Mana-mana Peguam Syarie yang namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada Daftar boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemasukan semula namanya dalam Daftar.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu afidavit.

(3)

Pemohon hendaklah menyampaikan salinan permohonan di bawah subseksyen (1) itu kepada Majlis Peguam Syarie dalam masa empat belas hari sebelum pendengaran permohonan itu.

(4)

Majlis Peguam Syarie hendaklah, apabila menerima salinan permohonan itu, menyediakan suatu laporan yang termasuklah salinan rekod apa-apa prosiding yang kesan daripadanya nama pemohon itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftar.

(5)

Majlis Peguam Syarie hendaklah diwakili semasa pendengaran permohonan bagi pemasukan semula itu dan hendaklah mengemukakan laporan yang disediakan di bawah subseksyen (4) kepada Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pendengaran permohonan itu.

(6)

Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkannya adil dan munasabah, memerintahkan Ketua Pendaftar untuk memasukkan semula nama pemohon dalam Daftar.

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi

Syariah boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Profesion Guaman Syarie 27

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Report

Bahagian IV

Perakuan Amalan Tahunan

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules