Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian VII · Wilayah-Wilayah Persekutuan
43. Matlamat Badan Peguam Syarie
Feedback & supportMatlamat Badan Peguam Syarie adalah—
untuk menggalakkan dan menjaga kepentingan profesion guaman syarie berhubung dengan amalan undang-undang syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau kepentingan anggotanya, tidak dipengaruhi oleh perasaan takut atau kasihan;
untuk menjaga dan memajukan standard kelakuan dan pengajaran profesion guaman syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
untuk menjaga integriti dan status Peguam Syarie serta mengelak amalan yang tidak sah, curang dan tidak beretika dalam kalangan pengamal undang-undang syariah;
Profesion Guaman Syarie 39
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
untuk menggalakkan peluang bagi pemerolehan dan penyebaran pengetahuan dan kemahiran dalam amalan dan pemakaian undang-undang syariah;
jika diminta berbuat demikian, untuk menyatakan pendapatnya dalam perkara yang melibatkan amalan dan pembaharuan undang-undang syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
untuk melindungi dan membantu orang awam dalam semua perkara yang bersampingan dengan undang-undang syariah;
untuk menggalakkan hubungan baik dan hubungan sosial dalam kalangan anggota dan antara anggota dengan orang lain yang kena-mengena dengan pentadbiran undang-undang, sivil atau syariah, di Wilayah-Wilayah Persekutuan atau di Negeri-Negeri lain; dan
untuk menggalakkan, mengadakan dan menjaga hubungan baik dengan badan profesional bagi profesion undang-undang di negara lain dan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mana-mana persatuan tempatan atau antarabangsa dan menjadi anggota persatuan itu.