Skip to content

Seksyen 58

Jawatankuasanya

of Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019

ActIn forceProvision 59 of 94
Seksyen 58
(1)

Mana-mana orang hendaklah hilang kelayakan untuk menjadi anggota Majlis Peguam Syarie atau anggota mana-mana Jawatankuasanya jika—

(a)

dia merupakan anggota Dewan Negara atau Dewan Rakyat, atau anggota sesuatu Dewan Undangan Negeri, atau anggota mana-mana pihak berkuasa tempatan; atau

Profesion Guaman Syarie 47

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(b)

dia memegang apa-apa jawatan dalam—

(i)

mana-mana kesatuan sekerja;

(ii)

mana-mana parti politik; atau

(iii)

apa-apa pertubuhan lain, apa jua pun badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, yang mempunyai objektif atau menjalankan aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai berciri politik dari segi sifat, perilaku atau kesan.

(2)

Jika anggota Majlis Peguam Syarie atau mana-mana anggota jawatankuasanya menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah secara serta-merta disifatkan telah mengosongkan keanggotaannya dan apa-apa jawatan yang dipegangnya.

Kuasa Majlis Peguam Syarie