Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian VII · Wilayah-Wilayah Persekutuan

60. Penubuhan jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Majlis Peguam Syarie boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis Peguam

Syarie untuk membantu Majlis Peguam Syarie dalam menjalankan kuasanya.

(2)

Majlis

Peguam

Syarie boleh mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dengan atau tanpa sekatan atau syarat, apa-apa kuasa Majlis Peguam Syarie.

(3)

Apa-apa perwakilan di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau dipinda oleh Majlis Peguam Syarie dan perwakilan sedemikian tidaklah menghalang

Majlis

Peguam

Syarie daripada menjalankan apa-apa kuasanya.

(4)

Bilangan dan tempoh jawatan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), dan bilangan anggota yang perlu untuk membentuk suatu kuorum, hendaklah ditetapkan oleh Majlis Peguam Syarie.

(5)

Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

boleh termasuk orang yang bukan anggota Majlis Peguam Syarie.

(6)

Apabila Majlis Peguam Syarie mewakilkan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) apa-apa kuasanya di bawah Akta ini, sekurang-kurangnya separuh daripada anggota jawatankuasa termasuk pengerusinya merupakan anggota Majlis Peguam Syarie.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

Report

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules