Seksyen 49
of Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019
Seksyen 49
Walau apa pun seksyen 48, Ketua Pendaftar hendaklah, selepas habis tempoh tiga puluh hari dan tidak lewat daripada enam puluh hari dari permulaan kuat kuasa Akta ini, memanggil semua anggota Badan Peguam
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
Syarie bagi suatu mesyuarat pada bila-bila masa dan mana-mana tempat yang akan ditetapkan olehnya untuk memilih anggota Majlis Peguam Syarie yang disebut dalam perenggan 48(2)(b) dalam kalangan anggotanya.
(2)
Ketua Pendaftar hendaklah, dalam mesyuarat, melantik Peguam Syarie yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada lima belas tahun, dan jika tiada, mana-mana Peguam Syarie yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada lima tahun untuk mempengerusikan mesyuarat.
(3)
Kuorum mesyuarat yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tidak kurang daripada lima puluh orang anggota Badan Peguam Syarie.
(4)
Semua perkara berbangkit dalam mesyuarat itu hendaklah diputuskan oleh majoriti anggota yang hadir dan apabila terdapat bilangan undi yang sama banyak, Peguam Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (2)
hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5)
Anggota yang dipilih itu hendaklah memegang jawatan sehingga anggota baharu yang dipilih di bawah seksyen 50 memulakan jawatannya.