Skip to content

Seksyen 53

Penamaan tidak mencukupi

of Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019

ActIn forceProvision 54 of 94
Seksyen 53
(1)

Jika bilangan calon yang dinamakan bagi suatu pemilihan bagi

Majlis Peguam Syarie adalah bilangan anggota yang dikehendaki untuk dipilih, calon itu hendaklah disifatkan sebagai telah dipilih dan, jika kurang,

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

calon yang dinamakan hendaklah disifatkan sebagai telah dipilih sebagai anggota Majlis Peguam Syarie yang berikutnya dan anggota yang disifatkan dipilih itu bersama-sama dengan anggota Majlis Peguam Syarie lain yang sedia ada itu hendaklah melantik beberapa lagi anggota Badan Peguam Syarie yang perlu untuk memenuhi kehendak perenggan 48(2)(b).

(2)

Jika tiada penamaan dibuat bagi pemilihan anggota Majlis Peguam

Syarie yang berikutnya, anggota Majlis Peguam Syarie sedia ada hendaklah melantik tiga belas anggota Badan Peguam Syarie untuk menjadi anggota

Majlis Peguam Syarie yang berikutnya untuk memenuhi kehendak perenggan 48(2)(b).

(3)

Anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai anggota yang dipilih.