Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian VII · Wilayah-Wilayah Persekutuan
52. Penamaan
Feedback & support(1)
Apa-apa penamaan mana-mana calon bagi pemilihan—
(a)
hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang anggota yang menyokong; dan
(b)
hendaklah menamakan hanya seorang calon sahaja dan persetujuan calon itu hendaklah diendorskan oleh calon itu.
(2)
Nama calon untuk pemilihan yang dinamakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dihantar kepada atau didepositkan di pejabat Badan Peguam Syarie tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh yang ditentukan oleh Majlis
Peguam Syarie bagi pemilihan anggota Majlis Peguam Syarie itu.