Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bab 2
15. Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat
Feedback & supportPegawai pelesen boleh pada bila-bila masa —
mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen, permit atau permit khas; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen, permit atau permit khas.
Jika pegawai pelesen berhasrat untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi pemegang lesen, permit atau permit khas suatu notis bertulis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian dan peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen, permit atau permit khas, pegawai pelesen hendaklah memutuskan sama ada untuk mengenakan, mengubah atau membatalkan mana-mana syarat di bawah subseksyen (1).
Pegawai pelesen hendaklah memberi pemegang lesen, permit atau permit khas itu suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
Kesahan lesen, dsb.