(1)
Seseorang yang terkilan —
(a)
dengan keengganan pegawai pelesen untuk memberikan lesen, permit atau permit khas; atau
(b)
dengan penggantungan atau pembatalan lesen, permit atau permit khasnya, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari setelah diberitahu secara bertulis mengenai keengganan, penggantungan atau pembatalan itu, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Menteri.
Pemuliharaan Hidupan Liar 29
(2)
Menteri boleh, setelah menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu, dan keputusan Menteri adalah muktamad.