(1)
Seorang pemegang lesen, permit atau permit khas tidak boleh menyerahhakkan apa-apa hak, kewajipan, liabiliti atau obligasi di bawah lesen, permit atau permit khasnya kepada mana-mana orang lain.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pemuliharaan Hidupan Liar 27