Tertakluk kepada subseksyen (2), seorang pegawai pelesen boleh menggantung atau membatalkan suatu lesen, permit atau permit khas jika pegawai pelesen berpuas hati bahawa —
pemegang lesen, permit atau permit khas itu telah melanggar mana-mana syarat yang dinyatakan dalam lesen, permit atau permit khas itu;
pemegang lesen, permit atau permit khas itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya;
pemegang lesen, permit atau permit khas itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya; atau
pemberian lesen, permit atau permit khas itu telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen, permit atau permit khas itu.
Pegawai pelesen tidak boleh menggantung atau membatalkan lesen, permit atau permit khas melainkan jika pegawai pelesen berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen, permit atau permit khas peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
yang dia berhasrat untuk membuat, bahawa lesen, permit atau permit khas itu patut digantung atau dibatalkan.
Jika suatu lesen, permit atau permit khas digantung atau dibatalkan, lesen, permit atau permit khas itu tidak akan berkuat kuasa semasa tempoh penggantungan atau dari tarikh pembatalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika suatu lesen, permit atau permit khas dibatalkan di bawah subseksyen (1), pemegang lesen, permit atau permit khas itu hendaklah dengan segera menyerahkan balik lesen, permit atau permit khas itu kepada pegawai pelesen.
Keputusan pegawai pelesen untuk menggantung atau membatalkan lesen, permit atau permit khas atau tidak menggantung atau membatalkan lesen, permit atau permit khas hendaklah disampaikan kepada pemegang lesen, permit atau permit khas melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.