(1)
Seorang pemegang lesen, permit atau permit khas hendaklah, mengikut mana-mana yang berkenaan —
(a)
membawa lesen atau permit khas semasa memburu mana-mana hidupan liar atau mengambil mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;
Pemuliharaan Hidupan Liar 25
(b)
mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat di tempat pernigaannya, jika dia ialah peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen; atau
(c)
apabila diminta oleh seorang pegawai, mengemukakan lesen, permit atau permit khas bagi pemeriksaan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.