Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bab 4
80. Memburu hidupan liar dengan senjata atau perangkap selain yang ditetapkan
Feedback & supportMana-mana orang, sama ada dia pemburu berlesen, pemegang permit khas atau selainnya, yang memburu mana-mana hidupan liar dengan apa-apa senjata atau perangkap selain yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.