Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bab 4

86. Kezaliman terhadap hidupan liar

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, mana-mana orang yang —

(a)

memukul, menendang, memberangkan, menakutkan, menyeksa, mencabut kuku atau mencabut taring mana-mana hidupan liar;

(b)

cuai untuk memberikan makanan atau air yang cukup kepada mana-mana hidupan liar yang ditempatkan, dikurung atau dibiak olehnya;

(c)

menyimpan, menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar dalam apa-apa cara yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak patut

Pemuliharaan Hidupan Liar 57

termasuk menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar di dalam mana-mana premis yang tidak sesuai atau kondusif bagi keselesaan atau kesihatan hidupan liar itu;

(d)

menggunakan mana-mana hidupan liar untuk melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan apa-apa kerja atau perburuhan yang tidak boleh dilaksanakan oleh hidupan liar itu oleh sebab kelemahan, luka, penyakit atau apa-apa hilang upaya yang lain;

(e)

menggunakan, memprovokasi atau memberangkan mana-mana hidupan liar bagi maksud mengumpannya atau untuk melagakannya dengan mana-mana hidupan liar atau haiwan lain, atau menguruskan mana-mana premis atau tempat bagi mana-mana maksud itu; atau

(f)

dengan sengaja melakukan atau dengan sengaja meninggalkan daripada dilakukan apa-apa yang menyebabkan apa-apa penderitaan, kesakitan atau ketidakselesaan yang tidak perlu kepada mana-mana hidupan liar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang mencederakan mana-mana hidupan liar semasa memburu dengan sah di bawah Akta ini.

Benda yang mengandungi terbitan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya

Report

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules