Mana-mana orang yang, sama ada dia seorang pemegang lesen atau permit khas atau selainnya —
(a)
memburu mana-mana hidupan liar; atau
(b)
mengambil, memusnahkan atau merosakkan sarang atau telur mana-mana hidupan liar;
di dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemuliharaan Hidupan Liar 53