Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bab 4
85. Mengganggu jenut atau kawasan sekitarnya
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, mana-mana orang yang mengganggu —
mana-mana jenut; atau
tanah yang berhampiran dengan kawasan sekitar mana-mana jenut, yang jika tanah itu diganggu akan menjadikan
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
jenut itu tidak menarik perhatian atau tidak selamat kepada mana-mana hidupan liar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “mengganggu” termasuklah mengalihkan atau mengacau apa-apa tanih, galian, air, pokok, pokok renek, tumbuhan bawah atau tumbuh-tumbuhan lain di dalam atau di atas jenut atau di dalam atau di atas tanah yang berhampiran dengan kawasan sekitar jenut itu.
Sesyen ini tidak terpakai bagi —
Kerajaan Persekutuan; atau
mana-mana Kerajaan Negeri, yang bertindak, mengikut kehendak keadaan, menurut apa-apa skim pembangunan luar bandar, skim pembangunan bandar, skim pengurusan hutan atau industri perusahaan.