Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bab 4

81. Memburu, dsb., hidupan liar dalam jarak empat ratus meter dari jenut

Feedback & support

Mana-mana orang, sama ada pemburu berlesen, pemegang permit khas atau selainnya —

(a)

yang memburu mana-mana hidupan liar dalam jarak empat ratus meter dari suatu jenut;

(b)

yang ada dalam milikannya apa-apa senjata, panah dan anak panah, sumpit, lembing, lastik atau apa-apa benda lain, yang boleh digunakan untuk memburu mana-mana hidupan liar dalam jarak empat ratus meter dari suatu jenut; atau

(c)

yang menunggu di mana-mana tempat, membina apa-apa pelantar atau tempat berlindung atau memasang atau meletakkan apa-apa perangkap, racun, umpan beracun, getah burung atau jaring bagi maksud memburu mana-mana hidupan liar dalam jarak empat ratus meter dari suatu jenut atau dalam mana-mana jalan masuk ke suatu jenut, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Memburu hidupan liar dari pengangkut

Pemuliharaan Hidupan Liar 55

Report

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules