Skip to content

Seksyen 87

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 87 of 125

Seksyen 87

(1)

Mana-mana orang yang dengan apa-apa jua cara bertindak bagi pihak, atau mewakili, atau membantu, sama ada dalam kapasiti profesional atau sebaliknya—

(a)

mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang;

(b)

pemegang jawatannya;

(c)

badan pengelolanya; atau

(d)

badan pengelola cawangannya, berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan pertubuhan belia itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

73

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu rayuan oleh pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah seksyen 30, atau bagi apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang melibatkan pertubuhan itu.

Penalti terhadap pemegang jawatan dalam pertubuhan belia yang pendaftarannya telah dibatalkan