Skip to content

Seksyen 84

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 84 of 125

Seksyen 84

(1)

Mana-mana orang yang menghasut, mendorong atau mengajak orang lain supaya menjadi seorang anggota atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa kekerasan, ugutan atau intimidasi terhadap mana-mana orang lain bagi mendorong orang lain itu menjadi anggota atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penalti kerana mendapatkan yuran atau bantuan untuk pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang