Seksyen 91
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Seksyen 91
Tiap-tiap pertubuhan belia, sama ada didaftarkan atau tidak, yang menggunakan upacara kongsi gelap, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.
75
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(2)
Bagi maksud subseksyen (1) upacara kongsi gelap ertinya apa-apa upacara yang biasanya digunakan oleh kumpulan kongsi gelap, apa-apa upacara yang menyerupai upacara itu dan sebahagian daripada upacara itu.
(3)
Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai anggota kumpulan kongsi gelap atau menghadiri mesyuarat kumpulan kongsi gelap itu atau didapati memiliki, atau ada dalam jagaan atau kawalannya, apa-apa dokumen, akaun, senarai anggota, meterai, sepanduk, simbol atau benda lain, yang berhubungan dengan suatu kumpulan kongsi gelap, sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di Malaysia atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.