Skip to content

Seksyen 94

Penalti bagi fraud

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 94 of 125
Seksyen 94

Mana-mana orang, dengan niat untuk mengeliru atau memfraud, memberikan kepada mana-mana orang suatu salinan apa-apa kaedah, undang-undang, peraturan-peraturan atau dokumen lain selain kaedah-kaedah suatu pertubuhan belia dengan dalih—

(a)

bahawa terdapat kaedah-kaedah pertubuhan belia yang sedia ada;

(b)

bahawa tiada kaedah lain bagi pertubuhan belia itu; atau 77

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(c)

bahawa kaedah-kaedah itu adalah kaedah-kaedah suatu pertubuhan belia yang berdaftar sedangkan pertubuhan belia itu tidak berdaftar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Penalti kerana memberikan maklumat palsu