Seksyen 89
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Seksyen 89
Tiada apa-apa pertubuhan belia boleh menggunakan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau lain-lain tanda kebesaran tanpa kelulusan Pendaftar.
(2)
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat bagi membolehkan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau tanda kebesaran lain pertubuhan belia itu dipamerkan.
(3)
Mana-mana orang atau pertubuhan belia yang mempamerkan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau tanda kebesaran lain tanpa kelulusan Pendaftar atau bertentangan dengan mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 668