Youth Societies and Youth Development Act 2007 · Updated to 1 Nov 2014 · Bahagian VIII · Kesalahan
86. Penalti kerana menyiarkan, dsb., dakyah pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportMana-mana orang yang mencetak, mengedar, menyiar, mempamer, menjual atau mempamerkan untuk jualan, atau menghantar melalui apa-apa media atau yang tanpa kuasa atau sebab yang sah, memiliki apa-apa pelekat, surat khabar, buku, majalah, terbitan berkala, poster, pekeliling, perisytiharan, pernyataan bergambar, surat atau apa-apa jua dokumen atau lain-lain penulisan yang dikeluarkan atau seolah-olah dikeluarkan oleh, atau bagi pihak atau bagi kepentingan suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Apa-apa pelekat, surat khabar, buku, majalah, terbitan berkala, poster, pekeliling, perisytiharan, pernyataan bergambar, surat atau apa-apa jua dokumen atau penulisan lain dan apa-apa jua buku, majalah, terbitan berkala, poster, perisytiharan, akhbar, surat atau apa-apa dokumen lain atau tulisan yang berkenaan dengannya orang itu telah disabitkan hendaklah dilucuthakkan.