/akn/my/act/act/1957/299

*AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1957
Sections
48
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957 is Malaysia Act, cited as Act 299 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta berhubungan dengan pendaftaran kelahiran dan kematian. [1 Ogos 1958]

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

Open as pageSuggest a correction

“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan dengan sempurnanya sebagai bidan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran bidan;

“daftar” ertinya apa-apa daftar yang dikehendaki disimpan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini dan termasuklah–

(a)

mana-mana daftar kelahiran dan kematian yang disimpan atau dikehendaki dikekalkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Suggest a correction

(b)

semua dokumen yang merekodkan butir-butir kelahiran dan kematian dan buku-buku rekod yang dikumpul darinya yang ada apabila mula berkuat kuasanya Akta ini dan dalam penjagaan Pendaftar Besar atau mana-mana pegawai awam lain;

Suggest a correction

(c)

mana-mana daftar baharu yang dikekalkan catatannya semula di bawah subseksyen 4(3); dan

Suggest a correction

(d)

mana-mana mikrofilem atau pita komputer yang dibuat menurut subseksyen 4(4);

“indeks” ertinya indeks bagi catatan dalam daftar;

“institusi awam” termasuklah penjara, lokap, hospital kesihatan jiwa, hospital dan mana-mana institusi awam atau khairat yang lain;

“kawasan pendaftaran” ertinya kawasan yang baginya Pendaftar dilantik dan apabila digunakan dengan merujuk kepada Penguasa

Pendaftar ertinya kawasan pendaftaran yang baginya Penguasa

Pendaftar tersebut dilantik;

“kelahiran mati” dan “lahir mati” hendaklah terpakai bagi mana-mana bayi yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas minggu kedua puluh lapan kehamilan itu dan yang pada bila-bila masa selepas dilahirkan seluruhnya oleh ibunya tidak bernafas atau menunjukkan apa-apa tanda bernyawa yang lain;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta ini dan apabila digunakan berhubungan dengan mana-mana kelahiran atau kematian ertinya Pendaftar yang menjadi kewajipannya mendaftarkan butir-butir kelahiran atau kematian itu;

“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;

“penduduk’ termasuk penjaga, pengetua, matron, penguasa atau ketua pegawai yang lain sesuatu institusi awam, dan, jika sesuatu rumah itu disewa secara pangsa atau lojing yang berasingan, termasuklah mana-mana orang yang tinggal dalam rumah itu yang mana pangsa atau lojing yang berasingan tersebut adalah dipegang secara langsung oleh orang itu atau ejennya;

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 9

“pengamal perubatan berdaftar” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

“Penguasa Pendaftar” ertinya Penguasa Pendaftar Kelahiran dan

Kematian yang dilantik di bawah Akta ini dan apabila digunakan berhubungan dengan mana-mana Pendaftar ertinya Penguasa

Pendaftar bagi kawasan di mana kawasan pendaftaran Pendaftar tersebut terletak;

“Perakuan Kelahiran” ertinya perakuan yang dikeluarkan menurut seksyen 14 atau subseksyen 32(1);

“Perakuan Kematian” ertinya perakuan yang dikeluarkan menurut seksyen 25 atau subseksyen 32(1);

“rumah” termasuklah institusi awam;

“saudara” termasuklah saudara melalui perkahwinan;

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuk Wilayah Persekutuan.

Pelantikan pegawai

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Timbalan Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi Malaysia, yang, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khusus daripada Pendaftar Besar, boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa-kuasa Pendaftar Besar di bawah Akta ini, dan yang hendaklah, semasa ketiadaan Pendaftar Besar atau jika diarah olehnya sedemikian, melaksanakan kewajipan dan fungsi Pendaftar Besar tersebut.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Suggest a correction

(1B)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Penolong Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi Semenanjung Malaysia, yang, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khusus dari Pendaftar Besar, boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa Pendaftar Besar di bawah subseksyen 4(3), seksyen 4A, 5, subseksyen 12(1), seksyen 15, 16, 17, 21, 27, subseksyen 32(3), 32(4), perenggan 33(2)(b), seksyen 37B dan 38 Akta ini dan semua kuasa di bawah Akta ini yang diberi kepada Penguasa

Pendaftar atau Pendaftar-Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar Besar boleh melantik–

(a)

seorang atau lebih pegawai awam sebagaimana yang dia fikirkan perlu melalui nama atau jawatan untuk menjadi

Penguasa Pendaftar Kelahiran dan Kematian bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran;

Suggest a correction

(b)

seorang atau lebih, sama ada pegawai awam atau tidak, melalui nama atau jawatan untuk menjadi Pendaftar

Kelahiran dan

Kematian bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran; dan

Suggest a correction

(c)

pegawai-pegawai lain sedemikian sebagaimana dia fikirkan perlu bagi tujuan melaksanakan berbagai tugas yang ditetapkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberikan di bawah subseksyen ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 1958.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pendaftar Besar boleh menjalankan kuasa mana-mana Penguasa

Pendaftar atau mana-mana Pendaftar dan seorang Penguasa Pendaftar boleh menjalankan kuasa mana-mana Pendaftar dalam kawasan pendaftaran Penguasa Pendaftar tersebut.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar Besar boleh mewakilkan secara bertulis yang ditandatanganinya mana-mana kuasanya di bawah Akta ini (kecuali kuasa perwakilan ini) kepada mana-mana Penguasa Pendaftar atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah perenggan (2)(c)

tertakluk kepada apa-apa syarat dan had sebagaimana yang dia boleh tentukan dalam surat cara perwakilan itu:

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 11

Dengan syarat bahawa Pendaftar besar boleh menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, tanpa mengira apa-apa perwakilan olehnya di bawah seksyen ini.

Peruntukan dan penyenggaraan daftar

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Daftar tersebut hendaklah disimpan dalam pendua. Satu salinan hendaklah disimpan oleh Pendaftar Besar dan salinan kedua hendaklah disimpan oleh Penguasa Pendaftar bagi kawasan yang mana daftar itu berhubungan.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar Besar boleh menyebabkan catatan-catatan pada mana-mana daftar yang didapati rosak, cacat atau yang tidak dapat dibaca dipindahkan kepada daftar baharu.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar Besar boleh–

(a)

menyebabkan mana-mana atau semua daftar digambarfotokan atas mikrofilem; atau

Suggest a correction

(b)

menyebabkan butir-butir di dalam mana-mana atau semua daftar direkodkan atas pita komputer, tertakluk kepada apa-apa tindakan berjaga-jaga sebagaimana yang disifatkannya perlu bagi kepentingan keselamatan dan privasi terhadap maklumat yang terkandung di dalamnya.

Jika rekod hilang, pendaftaran semula dibenarkan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4A

Open as pageSuggest a correction

Jika, dalam hal mengenai mana-mana orang yang kelahirannya telah didaftarkan di Semenanjung Malaysia tetapi rekod pendaftaran tersebut adalah atas apa sebab sekalipun hilang atau musnah dari keterangan yang dikemukakan, Pendaftar Besar berpuas hati mengenai kejadian kelahiran tersebut dan butir-butir lain yang

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

berhubungan dengannya itu, maka

Pendaftar

Besar boleh menyebabkan kelahiran tersebut didaftarkan semula.

Seksyen 5

Laporan tahunan

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar Besar hendaklah, dalam suatu tempoh selepas tamatnya tiap-tiap tahun sebagaimana dari semasa ke semasa yang boleh ditentukan, mengumpul–

(a)

ringkasan kelahiran dan kematian tahun terdahulunya; dan

Suggest a correction

(b)

laporan am mengenai pertambahan atau kekurangan jumlah penduduk dan atas apa-apa sebab khas yang nampaknya melibatkan pertambahan atau kekurangan tersebut, setakat mana yang ianya boleh difahamkan daripada daftar itu.

Daftar tidak dibuka untuk pemeriksaan awam

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN KELAHIRAN

Suggest a correction

Butir-butir kelahiran hendaklah didaftarkan

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang berikut adalah layak memberi maklumat berkenaan dengan sesuatu kelahiran, iaitu–

(c)

penduduk rumah di mana kanak-kanak itu pada pengetahuan penduduk itu dilahirkan;

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang yang ada ketika kelahiran itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam hal kanak-kanak berketurunan Cina Pendaftar boleh, selepas mencatatkan dalam daftar butir-butir yang ditetapkan mengenai kanak-kanak tersebut, membenarkan pemberitahu yang layak untuk memasukkan dengan cara yang boleh ditetapkan nama kanak-kanak itu dan nama bapanya dan ibu kanak-kanak tersebut dalam tulisan Cina.

Maklumat berkenaan dengan kelahiran hendaklah diberi kepada

Pendaftar dalam tempoh empat belas hari

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Maka hendaklah menjadi tugas tiap-tiap pemberitahu yang layak untuk memberi maklumat yang ditetapkan berkenaan dengan kelahiran itu kepada Pendaftar, sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh kelahiran itu, dan untuk menandatangani daftar itu di hadapan Pendaftar:

Dengan syarat bahawa pemberian maklumat dan penandatanganan daftar oleh salah seorang pemberitahu yang berkelayakan hendaklah merupakan sebagai perlepasan apa-apa tugas di bawah seksyen ini oleh setiap pemberitahu yang layak yang lain.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Maklumat berkenaan dengan perjumpaan kanak-kanak baharu lahir hendaklah diberi kepada Pendaftar dalam tempoh empat belas hari

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana kanak-kanak baharu lahir yang hidup dijumpai terdedah, maka hendaklah menjadi tugas orang yang menjumpai kanak-kanak itu, dan juga mana-mana orang yang kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaannya untuk memberitahu kepada Pendaftar sepanjang pengetahuannya dan kepercayaannya, sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh kanak-kanak itu dijumpai, maklumat mengenai butir-butir yang dikehendaki itu untuk didaftarkan berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu sebagaimana yang dipunyai oleh pemberitahu itu, dan untuk menandatangani daftar itu di hadapan Pendaftar:

Dengan syarat bahawa, pemberian dan penandatanganan daftar itu oleh salah seorang dari orang tersebut hendaklah merupakan sebagai pelepasan apa-apa tugas di bawah seksyen ini oleh mana-mana dari mereka yang lain.

Seksyen 10

Peruntukan khas mengenai pendaftaran lahir mati

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pemberitahu yang layak, yang memberikan maklumat kepada Pendaftar mengenai butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan lahir mati hendaklah apabila memberi maklumat itu sama ada–

(a)

menyerah kepada Pendaftar suatu perakuan bertulis yang ditandatangani oleh pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar yang telah membuat rawatan semasa kelahiran itu atau yang telah memeriksa tubuh kanak-kanak itu bahawasanya kanak-kanak itu tidak dilahirkan hidup; atau

Suggest a correction

(b)

membuat suatu perisytiharan dalam borang yang ditetapkan yang bermaksud bahawa tiada pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar yang ada semasa kelahiran itu atau telah memeriksa tubuh itu dan bahawa satu perakuan dari pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar tidak dapat diperoleh dan kanak-kanak itu tidak dilahirkan hidup.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 15

Penangguhan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maklumat berkenaan dengan kanak-kanak baharu lahir yang hidup yang dijumpai terdedah hendaklah diberikan semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) di atas didaftarkan oleh Pendaftar tanpa mengenakan fi.

Kuasa Pendaftar Besar dikehendaki bagi pendaftaran lewat

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan terdahulu di dalam Akta ini, dalam hal anak tidak sah taraf, tiada seorang pun sebagai bapa kepada kanak-kanak itu dikehendaki memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu, dan

Pendaftar hendaklah tidak mencatatkan ke dalam daftar nama mana-mana orang sebagai bapa kanak-kanak itu kecuali atas permintaan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak itu, dan orang itu hendaklah dalam hal sedemikian menandatangani daftar itu bersama dengan ibu itu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Seksyen 13A

Nama keluarga kanak-kanak

Open as pageSuggest a correction

(2)

Nama keluarga, jika ada, yang hendaklah dicatatkan berkenaan dengan anak tidak sah taraf boleh jika ibunya adalah pemberitahu dan secara sukarela memberi maklumat itu, menjadikan nama ibunya sebagai nama keluarganya; dengan syarat bahawa jika orang yang mengaku dirinya menjadi bapa kanak-kanak itu mengikut peruntukan seksyen 13 meminta sedemikian, maka nama keluarga bolehlah diletak atas nama keluarga orang itu.

Perakuan kelahiran

Suggest a correction

Seksyen 14

Pada masa mendaftar kelahiran mana-mana kanak-kanak,

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar hendaklah memberi kepada pemberitahu suatu Perakuan

Kelahiran dalam borang yang ditetapkan dan diperakui sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen 32(2).

Seksyen 15

Pendaftaran nama kanak-kanak atau mengenai pengubahan nama

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seorang kanak-kanak telah didaftarkan tanpa nama, suatu nama boleh didaftarkan–

(a)

dalam hal kanak-kanak yang telah mencapai umur satu tahun tetapi tidak dua puluh satu tahun, dengan menyerahkan kepada Pendaftar Besar suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan yang telah ditandatangani oleh bapa atau ibu atau penjaga atau orang yang pada masa itu menjaga kanak-kanak itu dengan menyatakan nama yang telah diberi itu; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal orang yang telah mencapai umur dua puluh satu tahun, dengan menyerah kepada Pendaftar Besar satu perakuan dalam borang yang ditetapkan dengan memberi nama yang dia ingin untuk didaftarkan, dan dengan membayar kepada Pendaftar Besar apa-apa fi sebagaimana yang boleh ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pendaftar Besar apabila menerima perakuan tersebut hendaklah mengarahkan Penguasa Pendaftar yang menjaga daftar di mana kelahiran itu didaftarkan untuk seterusnya mencatatkan di dalam daftar itu tanpa apa-apa pemadaman ke atas catatan asal, nama yang disebut di dalam perakuan itu sebagai nama yang telah diberi dan

Penguasa Pendaftar itu hendaklah bertindak sebagaimana yang diarahkan itu dan Pendaftar Besar pada masa yang sama hendaklah menyebabkan catatan bersamaan dibuat dalam daftarnya:

Dengan syarat bahawa sebelum memberi arahan di bawah subseksyen ini, Pendaftar Besar hendaklah menghendaki orang yang menyerahkan perakuan itu untuk mengemukakan keterangan yang pada pendapat Pendaftar Besar dapat memuaskan bahawa orang tersebut adalah orang yang didaftarkan tanpa nama.

Suggest a correction

(4)

Jika mana-mana orang memperoleh pengubahan nama atau catatan nama di dalam daftar menurut peruntukan subseksyen (1)

atau (2) dan nama yang diubah atau yang diberi itu ditunjukkan di dalam perakuan yang sewajarnya telah pun diserahkan menurut subseksyen itu yang tercatat dalam tulisan Cina dan juga dalam tulisan Rumi, maka Pendaftar Besar boleh membenarkan orang tersebut memasukkan ke dalam daftar dalam tulisan Cina

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

sebagaimana yang boleh ditetapkan nama yang diubah atau yang diberi itu dalam tulisan Cina.

Suggest a correction

(5)

Peruntukan dalam seksyen ini tidak terpakai kepada bayi lahir mati atau kepada bayi yang telah mati sebelum penyerahan mana-mana perakuan yang disebut dalam seksyen ini.

Pendaftaran nama yang tidak disukai atau diingini

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Jika pada pendapat Pendaftar bahawa nama kanak-kanak yang diminta untuk dicatatkan ke dalam suatu daftar kelahiran itu adalah tidak menyenangkan atau tidak diingini, dia hendaklah merujuk perkara itu kepada Pendaftar Besar dan Pendaftar Besar boleh menyebabkan nama itu didaftarkan atau tidak didaftarkan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Seksyen 17

Pendaftaran semula kelahiran orang yang disahtarafkan

Open as pageSuggest a correction

(a)

nama orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada orang yang disahtarafkan itu telah dicatatkan di dalam daftar menurut seksyen 13 Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

kebapaan orang yang disahtarafkan itu telah ditetapkan oleh perintah penyenggaraan yang dibuat di bawah Akta

Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950

[Akta 263], atau selainnya dengan dekri oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, maka Pendaftar Besar hendaklah tidak membenarkan pendaftaran semula melainkan jika maklumat mengenai tujuan untuk mendapatkan yang sama telah disediakan oleh kedua-dua ibu bapa.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 19

Suggest a correction

(2)

Jika Pendaftar Besar mempercayai mana-mana orang yang akan menjadi orang yang disahtarafkan dalam erti Akta Kesahtarafan 1961 dengan perkahwinan ibu bapanya, dan ibu bapa atau salah seorang daripada mereka gagal untuk memberikan maklumat sedemikian, jika ada, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perkahwinan itu sebagaimana yang perlu untuk membolehkan

Pendaftar Besar untuk membenarkan pendaftaran kelahiran orang itu, maka Pendaftar Besar boleh pada bila-bila masa selepas habis tempoh tersebut dengan notis yang ditandatanganinya menghendaki ibu bapa atau salah seorang dari mereka untuk memberinya maklumat sedemikian yang berkenaan dengan perkara sebagaimana difikirkannya perlu, menentusahkan dengan cara sebagaimana yang diarahkannya, dan bagi maksud itu untuk hadir sendiri sama ada di

Pejabat Pendaftar atau di mana-mana tempat lain yang ditentukannya dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh hari selepas penerimaan notis itu, sebagaimana yang ditetapkan di dalamnya.

Suggest a correction

(3)

Tiada fi bagi pendaftaran semula di bawah seksyen ini boleh dicajkan jika maklumat sebagaimana yang perlu bagi maksud itu diberikan sebelum habis tempoh tiga bulan tersebut; tetapi dalam sesuatu hal lain, hendaklah dicajkan berkenaan dengan pendaftaran semula fi itu sebagaimana ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Seksyen ini hendaklah dipakai dengan ubah suaian sebagaimana yang boleh ditetapkan berkaitan dengan kelahiran di laut atau dalam pesawat udara.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENDAFTARAN KEMATIAN

Suggest a correction

Butir-butir kematian hendaklah didaftarkan

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, kematian tiap-tiap orang yang mati di Malaysia dan sebabnya hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kematian itu berlaku dengan mencatatkan di dalam daftar dalam pendua dengan cara menetapkan butir-butir yang berkenaan dengan kematian sebagaimana yang boleh ditetapkan:

Dengan syarat bahawa jika mayat dijumpai dan tiada maklumat mengenai tempat kematian diperoleh, maka kematian itu hendaklah

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana mayat itu dijumpai.

Seksyen 19

Maklumat mengenai kematian

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana saudara si mati yang ada pada masa kematian itu atau merawati semasa sakitnya yang terakhir;

Suggest a correction

(b)

mana-mana saudara lain si mati yang bermastautin atau berada dalam kawasan pendaftaran di mana kematian itu berlaku;

Suggest a correction

(d)

penduduk rumah itu jika dia mengetahui tentang kejadian kematian itu;

Suggest a correction

(e)

mana-mana orang yang tinggal di rumah itu yang mengetahui tentang kejadian kematian itu;

Suggest a correction

(f)

mana-mana orang yang menjumpai atau yang menjaga mayat itu; dan

Suggest a correction

(2)

Maka hendaklah menjadi kewajipan–

(a)

saudara sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(a)

seksyen ini; dan

Suggest a correction

(b)

jika tiada saudara sedemikian, maka tiap-tiap saudara sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(b) seksyen ini;

dan

Suggest a correction

(c)

jika tiada saudara sedemikian, maka tiap-tiap orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(c)

atau (d) seksyen ini; dan

Suggest a correction

(d)

jika tiada saudara atau orang yang sedemikian sebagaimana disebut di atas, maka tiap-tiap orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(e),

Suggest a correction

(f)

atau (g) seksyen ini,

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 21

untuk memberi kepada Pendaftar, sebelum habis tempoh dua belas jam (tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dan apa-apa masa-masa kegelapan yang berjeda) dari masa kematian itu, maklumat sepanjang pengetahuannya dan kepercayaannya mengenai butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan kematian itu, dan di hadapan Pendaftar untuk menandatangani daftar itu:

Dengan syarat bahawa–

Suggest a correction

(i)

pemberian maklumat itu dan penandatanganan daftar oleh salah seorang daripada pemberitahu yang layak hendaklah merupakan sebagai perlepasan apa-apa tugas di bawah subseksyen ini mengenai tiap-tiap pemberitahu yang lain;

dan

(ii)

subseksyen ini hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa jika inkues atau siasatan kematian diadakan terhadap mayat atau mengenai kematian orang yang mati itu.

Penangguhan pendaftaran

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Jika tiada permohonan bagi pendaftaran di bawah bahagian ini telah diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam seksyen 19

dan permohonan untuk mendaftarkan kematian seseorang itu dibuat dalam tempoh tiga hari yang berikutnya, maka Pendaftar boleh setelah pembayaran fi yang ditetapkan bagi penangguhan pendaftaran dibuat, mendaftarkan butir-butir tersebut.

Seksyen 21

Kuasa Pendaftar Besar dikehendaki bagi pendaftaran lewat

Open as pageSuggest a correction

Selepas habis tempoh tiga hari dari tarikh kematian itu atau tarikh mayat mana-mana orang dijumpai atau tempoh yang ditetapkan dalam seksyen 20 yang mana yang lebih lama, maka kematian orang itu tidak boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran bertulis dari Pendaftar Besar dan dengan cara sedemikian dan tertakluk kepada syarat sebagaimana yang ditetapkan bagi pendaftaran lewat dan hakikat bahawa kebenaran Pendaftar Besar telah diperoleh, hendaklah dicatatkan di dalam daftar.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Seksyen 22

Tugas pengamal perubatan mengenai perakuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang tersebut apabila memberi butir-butir kematian itu, hendaklah menyerahkan perakuan itu kepada Pendaftar dan sebab kematian sebagaimana dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah dicatatkan ke dalam daftar bersama dengan nama pengamal perubatan yang memperakukannya.

Suggest a correction

(3)

Dalam hal di mana suatu perakuan di bawah subseksyen (1)

di atas memperakui bahawa sebab kematian seseorang adalah akibat daripada wabak, taun, cacar atau apa-apa penyakit yang berkehendakkan supaya ia diberitahu kepada negara asing sebagai penyakit bahaya yang berjangkit di bawah mana-mana konvensyen mengenai penyakit-penyakit bahaya yang berjangkit yang pada masa itu berkuat kuasa, yang tidak diketahui pada masa itu merupakan suatu yang lazim di kawasan di mana si mati itu meninggal dunia, maka Pendaftar, jika ada tidak berpuas hati mengenai ketepatan diagnosis itu, boleh enggan untuk bertindak terhadap perakuan itu dan enggan untuk mendaftarkan sebab kematian sehinggalah hal keadaan kematian tersebut telah dilaporkan dengan serta-merta kepada Penguasa Pendaftar dan Pegawai Kesihatan kawasan di mana si mati itu meninggal dunia, dan pendapat yang selanjutnya serta pendapat lain mengenai sebab kematian sedemikian yang dikehendaki oleh Pendaftar telah diberikan.

Bila pemeriksaan post-mortem diadakan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Apabila seorang pengamal perubatan yang berdaftar telah melakukan pemeriksaan post-mortem ke atas tubuh mana-mana orang, pengamal perubatan berdaftar itu hendaklah, melainkan jika dia mengetahui bahawa Koroner atau Majistret bercadang untuk mengadakan suatu inkues atau siasatan berkenaan dengan kematian itu, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas tamatnya

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 23

pemeriksaan itu, mengemukakan perakuan dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar, dan sebab kematian sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan itu, bersama-sama dengan nama pengamal perubatan yang memperakukan perakuan itu, hendaklah dicatatkan ke dalam daftar.

Tugas Koroner atau Majistret yang mengadakan siasatan untuk mengemukakan salinan dapatan itu

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Apabila suatu inkues atau siasatan diadakan mengenai kematian mana-mana orang, Koroner atau Majistret, yang mengadakan inkues atau siasatan tersebut, hendaklah dalam tempoh dua puluh empat jam selepas ianya tamat, mengemukakan kepada Penguasa Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kematian itu terjadi atau tubuh orang itu dijumpai, suatu perakuan yang menyatakan sebab kematian sebagaimana yang ditentukan di dalam siasatan itu, dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud pendaftaran, dan sebab kematian yang dizahirkan dalam perakuan itu hendaklah dicatatkan ke dalam daftar itu.

Seksyen 25

Perakuan kematian

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar, apabila mendaftarkan mana-mana kematian, hendaklah seterusnya memberikan kepada orang yang memberi maklumat berkenaan dengan kematian itu satu Perakuan Kematian.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

AM

Suggest a correction

Daftar hendaklah dikemukakan kepada Penguasa Pendaftar dan

Pendaftar Besar

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap Penguasa Pendaftar hendaklah pada masa tersebut dan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar Besar

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

menyerahkan kepada Pendaftar Besar satu daripada tiap-tiap catatan yang telah lengkap yang diserahkan kepadanya di bawah subseksyen (1) di atas.

Pembetulan kesilapan dan pengubahan dalam daftar

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa silap tulis menulis yang mungkin dari semasa ke semasa ditemui dalam mana-mana daftar boleh diperbetulkan oleh

Penguasa Pendaftar, dengan cara sedemikian sebagaimana diarah oleh Pendaftar Besar.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa kesilapan fakta atau bahan dalam mana-mana daftar boleh diperbetulkan dengan catatan (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) oleh Pendaftar Besar dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan dengan mengemukakan suatu akuan berkanun oleh orang yang berkehendakkan kesilapan itu diperbetulkan dengan menyatakan sifat kesilapan itu dan fakta sebenar hal itu, dan dibuat oleh dua orang yang dikehendaki oleh Akta ini untuk memberi maklumat berhubungan dengan kelahiran, kelahiran mati atau kematian berkenaan mana kesilapan itu telah dibuat, atau atas kegagalan orang tersebut oleh dua orang yang boleh dipercayai yang mempunyai pengetahuan yang memuaskan Pendaftar Besar mengenai kebenaran hal itu; dan Pendaftar Besar boleh jika berpuas hati mengenai fakta yang dinyatakan dalam akuan berkanun itu menyebabkan catatan itu diperakui dan hari dan bulan dan tahun pembetulan itu dilakukan hendaklah ditambah ke dalamnya.

Suggest a correction

(4)

Jika kesilapan fakta atau bahan didapati dalam maklumat yang dikemukakan oleh seorang Koroner atau Majistret di bawah seksyen 24, maka Koroner atau Majistret itu, jika berpuas hati bahawa kesilapan itu wujud, boleh memperakui di bawah tandatangannya kepada Penguasa Pendaftar yang berkenaan mengenai sifat kesilapan itu dan fakta sebenar hal itu sebagaimana yang ditentukan olehnya, dan kesilapan itu bolehlah selepas itu dibetulkan (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) oleh Penguasa Pendaftar tersebut, yang akan meletakkan tandatangannya di sebelah catatan itu di mana kesilapan itu berlaku dan hendaklah menambah kepadanya hari dan bulan dan tahun pembetulan itu di buat.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 25

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun peruntukan terdahulu seksyen ini, dalam mana-mana hal–

(a)

jika apa-apa catatan telah dibuat dalam mana-mana daftar yang menggunakan tarikh atau nama tempat dalam bahasa

Jepun atau Thai, maka Pendaftar Besar atau Penguasa

Pendaftar yang menjaga daftar itu boleh membetulkan tarikh atau nama tempat itu (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) supaya selaras dengan kalendar

British atau nama tempat yang digunakan sebelum pendudukan

Jepun atau

Thai dan hendaklah menandatangani apa-apa pembetulan apabila dibuat; dan

Suggest a correction

(b)

jika mana-mana catatan dalam sesuatu daftar adalah dalam apa-apa bahasa selain bahasa Inggeris, maka Pendaftar

Besar atau Penguasa Pendaftar yang menjaga daftar itu boleh menambah (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) suatu terjemahan ke atas catatan tersebut dalam bahasa Inggeris atau transkripsi catatan tersebut dalam skrip Rumi dengan cara sebagaimana yang diarah oleh Pendaftar Besar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Jika seseorang pegawai yang menjaga daftar membuat catatan ke dalamnya menurut peruntukan seksyen ini, dia hendaklah seterusnya mengemukakan kepada pegawai yang menjaga salinan pendua daftar, suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan dengan menyenaraikan butir-butir catatan dan pegawai yang menjaga salinan pendua tersebut hendaklah membuat catatan yang bersamaan ke dalamnya.

Tugas Penguasa Pendaftar dan Pendaftar untuk mendapat pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka hendaklah menjadi tugas tiap-tiap pegawai polis, penghulu dan ketua kampung untuk mendapat maklumat mengenai tiap-tiap kelahiran, kelahiran mati dan kematian dalam kawasan masing-masing dan juga maklumat mengenai ibu dan bapa yang sah bagi tiap-tiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam kawasannya dan mengenai penduduk mana-mana rumah dalam kawasannya di mana sesuatu kelahiran, kelahiran mati atau kematian mungkin telah berlaku dan untuk memberi notis mengenainya kepada Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pegawai polis, penghulu atau ketua kampung yang mempunyai dalam miliknya apa-apa maklumat tersebut dan dengan sengaja mengaibkan atau gagal untuk memberitahunya kepada Pendaftar adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ringgit.

Suggest a correction

Seksyen 30

Indeks

Open as pageSuggest a correction

(2)

Indeks catatan yang sedia ada dalam daftar hendaklah setakat yang boleh dipraktikkan disediakan dalam cara sebagaimana yang boleh ditetapkan atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar

Besar.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 27

Carian

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan seksyen 32 mana-mana orang boleh membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan untuk membuat suatu carian dalam indeks atau dalam daftar dengan membuat pembayaran fi yang ditetapkan dan untuk mendapatkan keputusan carian itu diperakukan di dalam borang yang ditetapkan.

Seksyen 32

Pengeluaran Perakuan Kelahiran dan Perakuan Kematian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian hendaklah diperakui di bawah tandatangan Pendaftar atau Pendaftar

Besar atau Penguasa Pendaftar yang menjaga daftar itu.

Suggest a correction

(3)

Peruntukan seksyen 31 dan seksyen ini tidak terpakai kepada

Perakuan Kelahiran berkaitan dengan catatan dalam daftar kelahiran mati tetapi Pendaftar Besar boleh, jika difikirkannya patut dalam mana-mana hal tertentu dan dengan pembayaran fi yang diperuntukkan seperti di atas, menyebabkan suatu carian dibuat dan membenarkan mana-mana orang untuk mendapatkan Perakuan

Kelahiran berkenaan dengan mana-mana catatan dalam daftar kelahiran mati itu.

Suggest a correction

(4)

Apabila mana-mana permohonan bagi mendapatkan Perakuan

Kelahiran atau Perakuan Kematian dibuat menurut subseksyen (1), maka Penguasa Pendaftar hendaklah mengeluarkannya melainkan jika–

(a)

butir-butir yang diberi dalam borang permohonan adalah tidak lengkap atau tidak mencukupi atau pada pendapatnya tidak tepat; atau

Suggest a correction

(b)

atas apa-apa sebab yang dia berpendapat bahawa sesuatu catatan yang didapati selepas carian tidak boleh, dengan kepastian, dikaitkan dengan orang yang pendaftaran kelahiran atau kematiannya, perakuan tersebut dipohon.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Apabila Penguasa Pendaftar enggan untuk memberikan

Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian di bawah seksyen ini, maka pemohon boleh secara bertulis merayu kepada Pendaftar Besar, yang keputusannya adalah muktamad.

Catatan dalam daftar sebagai keterangan bagi kelahiran atau kematian

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu catatan di dalam daftar atau Perakuan Kelahiran atau

Perakuan Kematian yang berhubungan dengannya, tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini melainkan jika–

(a)

catatan yang dikatakan telah ditandatangani oleh beberapa orang yang mengaku sebagai pemberitahu dan selagi menjadi orang yang sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang pada tarikh catatan itu untuk memberi kepada

Pendaftar maklumat berhubungan dengan kelahiran atau kematian tersebut; atau

Suggest a correction

(b)

catatan itu adalah suatu catatan kelahiran yang ditandatangani oleh orang yang mengaku sebagai

Penguasa Pendaftar, atau yang dikatakan telah dibuat dengan kebenaran Pendaftar Besar; atau

Suggest a correction

(c)

catatan itu adalah suatu catatan kematian yang dikatakan telah dibuat berdasarkan pada suatu perakuan daripada seorang Koroner atau Majistret; atau

Suggest a correction

(d)

catatan itu dikatakan telah dibuat menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran kelahiran dan kematian di laut atau di atas pesawat udara; atau

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 29

Suggest a correction

(i)

suatu catatan di dalam mana-mana daftar, buku rekod atau dokumen yang merekodkan butir-butir kelahiran dan kematian yang telah disimpan atau dilindungi di bawah atau menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dahulu yang berhubungan dengan pendaftaran kelahiran dan kematian; dan

(ii)

catatan tersebut atau salinan catatan yang diperakui akan dengan serta-merta sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini yang telah diterima sebagai keterangan fakta atau butir-butir berkenaan dengan catatan atau salinan yang diperakukan itu dikemukakan sebagai keterangan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini suatu Perakuan Kelahiran atau

Perakuan Kematian hendaklah disifatkan sebagai salinan yang diperakukan jika ianya dikatakan telah diperakui menurut subseksyen 32(2) walaupun ianya mungkin–

(b)

suatu petikan maklumat yang terkandung di dalam daftar dalam borang yang ditetapkan yang mana borang itu mungkin berlainan daripada borang dalam mana catatan asal telah dibuat.

Kesalahan

Kesalahan berhubungan dengan daftar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 34

Mana-mana orang yang–

Open as pageSuggest a correction

(a)

sebagai Pendaftar, enggan atau tanpa sebab yang munasabah gagal mendaftarkan mana-mana kelahiran atau kematian atau butir-butir mengenai maklumat yang mana telah diberikan kepadanya oleh pemberitahu yang layak

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

dan yang mana dia dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk mendaftarkannya; atau

Suggest a correction

(b)

sebagai seorang yang menjaga mana-mana daftar dengan cuai menghilangkan atau merosakkan daftar itu atau membenarkan daftar itu dirosakkan, boleh didenda sebanyak lima ratus ringgit.

Penalti kerana gagal memberi maklumat, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 35

Mana-mana orang yang–

Open as pageSuggest a correction

(a)

dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk memberi maklumat mengenai mana-mana kelahiran atau kematian atau mana-mana kanak-kanak baharu lahir yang masih hidup atau mana-mana mayat, dengan sengaja enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Pendaftar berhubungan dengan butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan kelahiran atau kematian itu, atau melainkan diperuntukkan dalam Akta ini, gagal untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dibuat di bawahnya oleh Pendaftar;

Suggest a correction

(b)

enggan atau gagal tanpa alasan yang munasabah memberi, menyerah hantar atau menghantar mana-mana perakuan yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk memberi, menyerah hantar atau menghantar;

Suggest a correction

(c)

sebagai seorang yang kepadanya dikenakan tugas oleh seksyen 8 untuk memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran, gagal memberikan maklumat tersebut dan maklumat tersebut tidak diberi;

Suggest a correction

(d)

sebagai ibu bapa kepada orang disah taraf seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kesahtarafan 1961, gagal mematuhi mana-mana kehendak Pendaftar Besar yang dibuat di bawah atau dengan kuasa seksyen 17 Akta ini;

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 31

Suggest a correction

(e)

sebagai seorang yang kepadanya tugas untuk memberi maklumat berkenaan dengan sesuatu kematian adalah dikenakan ke atasnya oleh seksyen 19 Akta ini, gagal memberi maklumat itu dan maklumat itu tidak diberi; atau

Suggest a correction

(f)

sebagai seorang yang dipanggil oleh Pendaftar Besar atau

Penguasa Pendaftar untuk hadir di hadapannya menurut subseksyen 37B (2) gagal tanpa alasan yang munasabah untuk berbuat demikian;

boleh didenda sebanyak dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap kesalahan.

Penalti bagi maklumat palsu, catatan palsu, atau kerosakan catatan

Suggest a correction

Seksyen 36

Mana-mana orang yang–

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan sengaja membuat atau membenarkan untuk dibuat bagi maksud pendaftar apa-apa pernyataan palsu;

Suggest a correction

(b)

dengan sengaja atau dengan disedari mengemukakan atau membenarkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu, yang menyentuh apa-apa butir yang dikehendaki oleh Akta untuk dimaklumkan;

Suggest a correction

(c)

membuat atau membenarkan untuk dibuat apa-apa catatan palsu dalam mana-mana daftar, dengan pengetahuan bahawa yang sama adalah palsu;

Suggest a correction

(d)

dengan sengaja merosakkan atau membenarkan untuk dirosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana daftar;

Suggest a correction

(e)

dengan sengaja mengeluarkan mana-mana Perakuan

Kelahiran atau Perakuan Kematian yang mengandungi butir-butir palsu;

Suggest a correction

(f)

tanpa kuasa yang sah membuat apa-apa tanda di atas catatan atau dengan mencatat, memadam, membatalkan,

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

mengusik atau mengubah apa-apa catatan yang terkandung dalam mana-mana daftar;

Suggest a correction

(g)

dengan disedari dan dengan sengaja mendaftar atau menyebabkan pendaftaran sesuatu kematian atau kelahiran berkenaan dengan seseorang dibuat lebih daripada sekali;

Suggest a correction

(h)

menggunakan

Perakuan

Kelahiran atau

Perakuan

Kematian dengan menyedari atau mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa butir palsu;

Suggest a correction

(i)

dengan disedari memiliki atau menggunakan Perakuan

Kelahiran atau Perakuan Kematian dengan mendakwa bahawa yang sama adalah kepunyaannya atau kepunyaan seseorang lain selain pemunya sebenarnya;

Suggest a correction

(j)

memalsukan Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian;

Suggest a correction

(k)

menyerahkan mana-mana Perakuan Kelahiran atau

Perakuan Kematian kepada mana-mana orang dengan menyedari atau mempercayai bahawa ianya akan digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang;

Suggest a correction

(l)

tanpa kuasa yang sah atau alasan yang munasabah dengan sengaja menahan mana-mana Perakuan Kelahiran atau

Perakuan Kematian daripada pemunya sebenarnya; atau

Suggest a correction

(m)

membantu atau bersubahat melakukan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini;

boleh didenda sebanyak dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya.

Pekhidmat awam

Suggest a correction

Seksyen 36A

Open as pageSuggest a correction

Semua pegawai yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 33

Seksyen 37

Kuasa bagi pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwa Raya.

Seksyen 37A

Pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Penguasa Pendaftar dan mana-mana pegawai lain diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Pendaftar Besar, boleh menjalankan pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seksyen 37B

Kuasa untuk mengadakan siasatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar Besar, Penguasa Pendaftar atau pegawai diberi kuasa itu boleh hanya bagi maksud untuk melaksanakan peruntukan subseksyen (1) –

(a)

memanggil mana-mana orang supaya hadir di hadapannya untuk menjawab apa-apa soalan atas sumpah atau sebaliknya yang dianggap olehnya munasabah untuk disoal bagi maksud tersebut;

Suggest a correction

(b)

untuk mengambil apa-apa ikrar atau akuan berkanun dan memeriksa mana-mana orang atas ikrar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Penguasa Pendaftar boleh mengimpaun mana-mana dokumen yang dikemukakan di hadapannya atau dengan apa cara sekalipun diterima olehnya, jika dia mempunyai sebab untuk meragui ketulenan atau kebenaran atau kesahan pengeluarannya.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

Kuasa untuk kompaun kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar Besar boleh dengan budi bicaranya mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 35

dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang tidak melebihi lima puluh ringgit.

Seksyen 39

Kaedah-kaedah

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

bentuk dan kandungan daftar, Perakuan Kelahiran,

Perakuan Kematian, borang, perakuan, notis dan dokumen lain yang dikehendaki dan maklumat yang perlu dibekalkan bagi melaksanakan maksud Akta ini;

Suggest a correction

(c)

penjagaan daftar, borang, perakuan, notis dan dokumen lain yang berkaitan dengan urusan pendaftaran;

Suggest a correction

(d)

cara membuat carian dan pengeluaran Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian;

Suggest a correction

(e)

penyediaan dan penjagaan indeks mengenai perkara yang terkandung dalam daftar;

Suggest a correction

(f)

cara melakukan pembetulan atau pengubahan kepada daftar;

Suggest a correction

(g)

penyata yang hendak diserahkan oleh nakhoda kapal atau kapten pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia berkenaan dengan kelahiran dan kematian di atas kapal atau pesawat udara mereka; dan

Suggest a correction

(h)

apa-apa perkara lain yang adalah suai manfaat untuk membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan tujuan Akta ini.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 35

Menghantar dokumen melalui pos

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa notis, penetapan, perakuan, rekuisisi, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini boleh dihantar melalui pos.

Kecualian, dsb.

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana borang yang digunakan, dan apa-apa kehendak mengenai butir-butir yang dicatatkan dalam mana-mana borang yang digunakan, bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini yang berkuat kuasa sebelum sahaja berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah ditetapkan di bawah Akta ini sehingga borang atau butir-butir lain telah ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu tempoh masa yang ditentukan dalam mana-mana

Enakmen atau Ordinan yang dimansuhkan oleh Akta ini adalah suatu masa yang sama dengan mula berkuat kuasanya Akta ini, maka Akta ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah peruntukan bersamaan telah berkuat kuasa apabila tempoh itu mula berjalan.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa dokumen yang merujuk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah, kecuali timbul niat yang berlainan, ditafsirkan sebagai merujuk kepada peruntukan bersamaan Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Satu salinan mana-mana catatan yang dibuat dalam daftar sebelum berkuat kuasanya Akta ini yang sepatutnya jika dibuat

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

selepas mula penguatkuasaan tersebut telah dicatatkan sebagai pendaftaran lewat menurut seksyen 12 atau 21 hendaklah –

(a)

jika kebenaran fakta yang dimasukkan ke dalamnya telah didapati dengan cara yang ditetapkan oleh mana-mana peruntukan undang-undang bertulis di mana catatan tersebut telah dibuat atau, jika tidak didapati sedemikian, telah dibuktikan dengan memuaskan hati Pendaftar Besar;

dan

Suggest a correction

(b)

jika diperakui di bawah tandatangan Pendaftar Besar, adalah boleh diterima dalam keterangan dengan cara yang ditetapkan oleh seksyen 33.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tiada apa pun dalam peruntukan terdahulu seksyen ini boleh diambil sebagai menjejas pelaksanaan seksyen 30 Akta Tafsiran 1948

dan 1967 (yang berkaitan dengan kuat kuasa pemansuhan itu).

Pemansuhan

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Enakmen dan Ordinan yang disenaraikan dalam Jadual Akta ini adalah dimansuhkan setakat yang ditetapkan dalam ruang ketiga

Jadual tersebut.

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 37

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(Seksyen 42)

PEMANSUHAN

(1)

(2)

Tajuk ringkas

(3)

Takat pemansuhan

N.M.B. Bab 190

Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian

Keseluruhannya

N.S

Ordinan

No.34 tahun 1937

Ordinan

Pendaftaran

Kelahiran dan kematian,

1937 dan 1938

Keseluruhannya

Enakmen

Johor

No. 8

Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian

Keseluruhannya

Enakmen

Johor

No. 2 tahun 1938

Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian 1938

Keseluruhannya

Enakmen

Kelantan No. 6

tahun 1930

Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian 1930

Keseluruhannya

Enakmen

Kedah

No. 95

Enakmen

No.

95

(Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan kematian)

Keseluruhannya

Enakmen

Terengganu No. 4

tahun 1344

Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian 1344

Keseluruhannya

Enakmen

Perlis

No. 4 tahun 1352

Enakmen

Pendaftaran

Kelahiran dan Kematian 1352

Keseluruhannya

N.M.B. Bab 69

Enakmen Kesahtarafan

Perenggan 3(v)

dan

Jadual kepada Enakmen

N.S Bab 85

Ordinan Kesahtarafan

Subseksyen 3(5) dan

Jadual kepada Ordinan

Enakmen

Johor

No. 19 tahun 1936

Enakmen

Kesahtarafan 1936

Perenggan 3(v)

dan

Jadual kepada Ordinan

38

Akta 299

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Ord. 6/1958

Akta 60

L.N. 348/1965

Akta 50

Akta A296

Akta 160

Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Pindaan)1958

Akta Kesahtarafan 1961

Perintah Pengubahsuain Undang-Undang

(Kelahiran dan Kematian)

(Negeri-Negeri Borneo) 1965

Akta Perubatan 1971

Akta Pendaftaran Kelahiran dan

Kematian (Pindaan) 1975

Akta Mata Wang Malaysia 1975

01-08-1958

23-03-1961 01-01-1971

23-09-1965

01-10-1971

30-05-1975

29-08-1975

39

Akta 299

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A296 30-05-1975

3

Akta A296 30-05-1975

4

Akta A296 30-05-1975

4A

Akta A296 30-05-1975

13A

Akta A296 30-05-1975

15

Akta A296 30-05-1975

27

Akta A296 30-05-1975

29

Ord. 6/1958 01-08-1958

32

Akta A296 30-05-1975

33

Akta A296 30-05-1975

36

Akta A296 30-05-1975

37A

Akta A296 30-05-1975

37B

Akta A296 30-05-1975

39

Akta A296 30-05-1975

Common questions

What is BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957?
*AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957 is Malaysia Act, cited as Act 299 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 still in force?
Yes — BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 is currently in force.
When did BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 take effect?
BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 have?
BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 contains 47 sections.
Where can I read the official version of BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957?
The official text of BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957 is published at lom.agc.gov.my.