/akn/my/act/act/1958/296

*AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1958
Sections
34
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 is Malaysia Act, cited as Act 296 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta berhubungan dengan penyenggaraan dan pemulihan ketenteraman awam. [Semenanjung Malaysia─5 Disember 1958; Sabah dan Sarawak─16 September 1963; P.U. 232/1963] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

Dalam Akta ini, kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain atau diperuntukkan dengan nyata selainnya–

―bahan kakisan‖ ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan;

―bahan letupan‖ hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, jentera, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, perkakas, jentera atau alat itu;

―cedera‖ ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun

Keseksaan [Akta 574];

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

―dokumen‖ termasuklah apa-apa bahan yang padanya direkodkan apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih dari satu daripada cara-cara ini;

―dokumen subversif‖ ertinya apa-apa dokumen yang mengandungi–

(a)

apa-apa perkara yang menghasut dalam erti Akta Hasutan 1948[Akta 15];

Suggest a correction

(b)

apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam;

Suggest a correction

(c)

apa-apa perkara yang menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran, kepada undang-undang

Malaysia atau apa-apa perintah yang sah di dalamnya;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara yang mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di

Malaysia; atau

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara yang mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sah di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya;

―kawasan diproklamasi‖ ertinya suatu kawasan yang berkenaan dengannya suatu proklamasi yang dibuat atau diperbaharui di bawah seksyen 3 sedang berkuat kuasa;

―Ketua Pegawai Polis‖ termasuklah Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa pengawalan bagi Polis Diraja Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau Negeri dan mana-mana pegawai kanan polis yang pada masa itu diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas yang diberi kepada atau dipertanggungkan ke atas Ketua Polis oleh Akta ini;

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 7

―Semenanjung

Malaysia‖

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

―pegawai polis‖ termasuklah seorang pegawai polis simpanan sukarela dan pegawai polis tambahan yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;

―senjata berbahaya‖ termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PROKLAMASI BAHAYA KEPADA KETENTERAMAN

Suggest a correction

Proklamasi keadaan bahaya kepada ketenteraman awam

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah terpakai hanya bagi kawasan yang dinyatakan di dalamnya dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh

Menteri atau terhenti berkuat kuasa mengikut subseksyen (3).

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut seksyen itu, terhenti berkuat kuasa apabila habisnya tempoh satu bulan dari tarikh ia dibuat:

Dengan syarat bahawa suatu proklamasi yang berkuat kuasa boleh diperbaharui melalui perisytiharan Menteri dari semasa ke semasa selama tempoh, yang tidak melebihi satu bulan pada suatu masa, yang ditetapkan dalam perisytiharan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Suggest a correction

(4)

Suatu proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan suatu perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi memberitahu semua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya dan hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(5)

Suatu salinan tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tiap-tiap perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin setelah ia dibuat dan jika resolusi diluluskan oleh kedua-dua Majlis

Parlimen membatalkan proklamasi atau perisytiharan itu, maka ia hendaklah terhenti berkuat kuasa, walau apa pun subseksyen (2) dan

Suggest a correction

(3)

, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut kuasa seksyen itu.

Suggest a correction

(6)

Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui surat di bawah tandatangannya mewakilkan kepada Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen ini dalam Negeri itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(7)

Tiada perwakilan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (6) boleh menyentuh penjalanan kuasa itu oleh Menteri.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

KUASA BAGI PENYENGGARAAN

Suggest a correction

KETENTERAMAN AWAM

Penutupan jalan, dsb.

Seksyen 4

Dalam mana-mana kawasan proklamasi–

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah atau dengan memberi arahan atau dengan apa-apa cara lain yang difikirkannya patut mengawal selia, menyekat, mengawal atau melarang

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 9

penggunaan mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau mana-mana tempat awam atau menutup mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam atau kepada apa-apa kenderaan atau vesel atau kelas kenderaan atau vesel;

Suggest a correction

(b)

jika ternyata kepada pegawai kanan polis yang berada di sesuatu bahagian mana-mana kawasan tersebut bahawa, untuk memulihkan atau menyenggara ketenteraman awam di tempat itu, adalah perlu untuk mengawal selia, menyekat, mengawal atau melarang penggunaan mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau mana-mana tempat awam di bahagian, atau yang memberi akses ke bahagian itu, atau untuk menutup mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam tersebut dan bahawa keadaannya adalah terlalu mendesak atau menghubungi pegawai yang mempunyai kuasa di bawah perenggan (a), maka pegawai itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan itu kepada Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah

Polis:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi oleh perenggan (b) tidaklah boleh dijalankan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat lebih rendah daripada

Sarjan:

Dan dengan syarat bahawa tiada perintah di bawah perenggan (b) boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika dibuat atau disahkan oleh Ketua Pegawai Polis atau

Pegawai Penjaga Daerah Polis yang mempunyai kuasa di bawah perenggan (a).

Larangan dan penyuraian perhimpunan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah melarang secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

syarat yang difikirkannya patut apa-apa perarakan, perjumpaan atau perhimpunan lima orang atau lebih di mana-mana tempat awam dalam kawasan itu atau di mana-mana tempat atau bangunan tertentu, sama ada awam atau persendirian, dalam kawasan tersebut;

Suggest a correction

(b)

apa-apa perarakan, perjumpaan atau perhimpunan lima orang atau lebih di mana-mana jua pun tempat boleh, sama ada atau tidak suatu perintah telah pun dibuat melarang mana-mana perarakan, perjumpaan atau perhimpunan itu di bawah perenggan (a), diperintahkan supaya bersurai oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi dan sesudah itu adalah menjadi kewajipan anggota perarakan, perjumpaan atau perhimpunan itu untuk bersurai dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai polis boleh, jika perlu untuk keselamatan awam, menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu bagi menyuraikan mana-mana perarakan, perjumpaan, perhimpunan yang diperintahkan supaya bersurai atau dilarang di bawah seksyen ini, yang mana kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.

Sawar

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang pegawai polis boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang, sama ada berjalan kaki atau dalam dalam kenderaan atau vesel, daripada melalui mana-mana sawar tersebut dan tiap-tiap orang hendaklah mematuhi apa-apa arahan atau isyarat mana-mana pegawai itu yang menghendaki orang itu berhenti pada atau sebelum sampai ke mana-mana sawar tersebut.

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 11

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai polis boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu untuk mencegah mena-mana orang daripada melalui sawar itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.

Perintah berkurung

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi–

(a)

yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua

Negeri;

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat di Malaysia apabila bertugas; atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai

Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh

Ketua Pegawai Polis:

Dengan syarat bahawa tiada perintah yang dibuat menurut subseksyen ini boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika disahkan oleh Ketua

Pegawai Polis.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).

Pengusiran orang

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai polis boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau cuba memasuki, atau berada dalam, suatu kawasan, tempat atau bangunan, yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa dan boleh menahan mana-mana orang itu bagi maksud memeriksanya:

Dengan syarat bahawa tiada perempuan boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang semasa dalam sesuatu kawasan, tempat atau bangunan yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa gagal mematuhi perintah itu atau mana-mana arahan yang diberi di bawahnya maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan dari kawasan, tempat atau bangunan itu oleh seorang pegawai polis.

Suggest a correction

(4)

Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh

Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis.

Suggest a correction

(5)

Menteri boleh membuat suatu perintah dan boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat oleh seorang

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 13

pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).

Pemberhentian perkhidmatan telefon

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini ungkapan

―pihak berkuasa telekomunikasi‖ mempunyai makna yang diberi kepadanya dalam seksyen *Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20].

Penyitaan artikel tertentu

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana artikel atau bahan yang disita di bawah seksyen mi hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Menteri.

*CATATAN—Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 [Akta 588]–lihat subseksyen 273(1) Akta 588.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Kuasa rekuisisi

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu secara bertulis boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3

berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia menghendaki mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana-mana tempat di Malaysia supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu.

Suggest a correction

(3)

Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam sesuatu Negeri boleh, dengan persetujuan Menteri, mengarahkan bahawa apa-apa rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terhenti berkuat kuasa setakat dan tertakluk kepada apa-apa kualifikasi, kecualian dan syarat yang dinyatakan atau dikenakan oleh arahan itu.

Suggest a correction

(4)

Tiada rekuisisi boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana vesel yang lebih daripada seratus tan tanan kasar, mana-mana gerabak kereta api Keretapi Tanah Melayu atau mana-mana pesawat udara tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan

Menteri.

Pampasan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pampasan kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan kepada dirinya atau kerosakan kepada hartanya yang disebabkan oleh atau akibat daripada apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Akta ini melainkan jika peruntukan bagi pampasan tersebut dibuat oleh Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Jika, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 11, apa-apa harta atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara diambil milik bagi maksud menjamin penyenggaraan perkhidmatan awam, apa-apa pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah kena dibayar oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan itu.

Kawalan ke atas orang

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang baru-baru ini kena-mengena dengan perbuatan yang melibatkan atau mungkin menyebabkan atau membangkitkan pecah keamanan dalam suatu kawasan diproklamasi atau yang mungkin menjejaskan kejayaan langkah-langkah yang diambil untuk menyenggara atau memulihkan ketenteraman awam dalam suatu kawasan diproklamasi atau dalam persediaan atau penghasutan perbuatan tersebut atau oleh sebab pergaulannya dengan mana-mana orang atau pertubuhan yang kena-mengena dengan mana-mana perbuatan sedemikian atau oleh sebab kata-kata atau kelakuannya bahawa dia mungkin kena-mengena dengan perbuatan itu; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa oleh sebab itu adalah perlu untuk menjalankan kawalan sementara ke atas orang itu, seorang ketua

Pegawai Polis boleh melalui perintah menjalankan berkenaan dengan orang itu mana-mana satu atau lebih kuasa yang berikut, iaitu:

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Suggest a correction

(i)

menyingkirkan orang itu dari kawasan diproklamasi itu atau mana-mana bahagiannya;

(ii)

menghendaki orang itu tinggal di suatu tempat atau kawasan sama ada dalam kawasan diproklamasi atau tidak sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu dan tidak boleh meninggalkan kawasan itu tanpa apa-apa kebenaran dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan sedemikian;

Suggest a correction

(iii)

menghendaki orang itu tinggal di dalam rumah pada bila-bila masa yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(iv)

menghendaki orang itu memberitahu pihak polis di mana-mana tempat atau tempat-tempat dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu tempat tinggalnya dan apa-apa pertukarannya dan melaporkan kepada pihak polis pada bila-bila masa dan tarikh dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan sedemikian;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

menghendaki orang itu mengikat bon bagi apa-apa amaun dengan beberapa orang penjamin sebagaimana yang dinyatakan bagi kelakuan baiknya atau bagi pematuhan wajar terma dan syarat apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen ini.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri atau oleh Ketua Pegawai Polis.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk Kepada subseksyen (2), apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan di dalamnya, tetapi tiap-tiap perintah sedemikian, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila kawasan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat terhenti menjadi suatu kawasan diproklamasi.

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 17

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan yang didapati di mana-mana jalan atau tempat awam; dan

Suggest a correction

(b)

jika pegawai polis itu berpangkat Sarjan atau lebih tinggi–

Suggest a correction

(i)

menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan, sama ada di suatu tempat awam atau tidak;

(iii)

menaiki dan menggeledah mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang bukannya, atau mempunyai taraf, suatu vesel, kenderaan atau pesawat udara angkatan laut, tentera atau udara;

untuk menentukan sama ada orang, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu ada membawa, atau premis itu mengandungi, apa-apa senjata berbahaya atau dokumen subversif atau apa-apa artikel atau bahan atau pengumpulannya yang boleh digunakan untuk menyebabkan kecederaan kepada orang atau kerosakan kepada harta, atau jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan mungkin akan didapati pada orang atau di atas premis itu atau di dalam mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara tersebut dan boleh menyita mana-mana senjata, dokumen, artikel atau bahan

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

tersebut jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa ia dimaksudkan untuk atau mungkin akan digunakan sedemikian dan apa-apa keterangan yang didapati itu dan mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara dalam mana-mana senjata, dokumen, artikel, bahan atau keterangan itu didapati:

Dengan syarat sentiasanya bahawa mana-mana pegawai polis boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh perenggan (b) kepada seorang pegawai polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan yang akan disebabkan dengan merujukkan perkara itu kepada seorang pegawai yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi, apa-apa keterangan yang boleh disita di bawah perenggan itu mungkin akan dipindahkan daripada orang, premis, vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana keterangan itu dipercayai berada.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Tiada perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

Pelupusan harta

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana senjata berbahaya, dokumen subversif, bahan kakisan atau bahan letupan yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 15 boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan apa-apa hak untuk menyimpan atau melupuskan harta yang ada di sisi undang-undang selain seksyen ini.

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 19

Penangkapan dan penahanan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap tanpa waran mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia adalah orang yang baginya subseksyen 13(1) terpakai dan mana-mana orang yang ditangkap demikian boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam, sementara menanti keputusan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen itu patut dibuat.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap mana-mana orang yang diperintahkan supaya disingkirkan dari kawasan itu di bawah seksyen 13 dan boleh menahan orang itu selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam bagi maksud mengeluarkannya dari kawasan itu.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberi oleh Akta ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah dan boleh ditahan di mana-mana penjara atau di mana-mana balai polis atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau secara khas oleh Ketua Pegawai Polis.

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 dan tiap-tiap kesalahan yang dilakukan dalam kawasan diproklamasi terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua, adalah kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin bagi maksud Kanun

Tatacara Jenayah.

Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang gagal mematuhi suatu perintah di bawah seksyen 7 atau yang dia mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki telah melakukan dalam suatu kawasan diproklamasi suatu kesalahan terhadap seksyen 23, 24,

25 atau 29 atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 atau terhadap apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua;

Suggest a correction

(b)

mengatasi tentangan berkekerasan yang diberi oleh mana-mana orang terhadap penangkapan itu; atau

Suggest a correction

(c)

mencegah pelarian daripada penangkapan atau pembebasan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, untuk menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan kes itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi sehingga penggunaan senjata maut.

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang ditahan dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan 1(a) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberi amaran dengan jelasnya mengenai perenggan (c) subseksyen tersebut.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam 96 hingga 106, termasuk kedua-duanya, Kanun Keseksaan.

Suggest a correction

(4)

Jadual Kedua boleh ditambah, diubah atau dipinda melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Kawalan senjata

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3 berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian, dari semasa ke semasa, walaupun lesen atau permit mungkin telah dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 21

dengan senjata itu, melalui perintah, melarang penggunaan, milikan atau jagaan senjata di mana-mana bahagian Malaysia selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah tersebut; dan boleh pada masa yang sama memberi arahan–

(b)

bagi pembatalan atau penggantungan lesen atau permit bagi senjata selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(c)

bagi memberi notis mengenai perintah itu kepada mana-mana orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya; atau

Suggest a correction

(d)

pada amnya bagi melaksanakan perintah itu.

Kuasa anggota angkatan bersenjata

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bab IV Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai bagi seorang anggota angkatan bersenjata yang menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1) dengan cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi seorang pegawai polis.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (1)–

(a)

―komander bagi mana-mana angkatan bersenjata‖ ertinya seorang pegawai bertauliah yang pada masa itu memerintah anggota angkatan bersenjata dalam kawasan diproklamasi;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Suggest a correction

(b)

seorang pegawai bertauliah mana-mana angkatan bersenjata hendaklah disifatkan sama pangkat dengan seorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi daripada Sarjan dan seorang Sarjan atau Pegawai Rendah mana-mana angkatan bersenjata hendaklah disifatkan sama pangkat dengan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan.

Pendaftaran orang yang ditangkap atau ditahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak

Diingini 1969, hendaklah terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini seolah-olah kesalahan itu adalah suatu jenayah yang termasuk dalam Jadual Pertama kepada Akta tersebut.

Perisytiharan dan pembatalan perintah

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perintah atau arahan yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan Bahagian ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dibatalkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa untuk membuat perintah itu tetapi tanpa menjejaskan kesahan terdahulu perintah itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah yang baru di bawah peruntukan tersebut.

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 23

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN

Suggest a correction

DENGAN KETENTERAMAN AWAM

Menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dalam mana-mana kawasan diproklamasi menggunakan dengan menyalahi undang-undang dan niat jahat apa-apa senjata berbahaya atau menyebabkan dengan apa-apa bahan letupan suatu letupan daripada jenis yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta atau menggunakan apa-apa bahan kakisan atau mudah terbakar dengan cara yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta, sama ada apa-apa kecederaan kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta telah sebenarnya dilakukan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga disebat.

Berdampingan dengan orang yang menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang berdampingan dengan atau didapati bersama dengan seorang lain yang sedang melakukan atau cuba melakukan atau sedang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan kepada perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 23

atau yang baru-baru ini telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan sedemikian atau melakukan perbuatan sedemikian orang itu jika ia berdampingan demikian atau dijumpai demikian dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan munasabah bahawa dia bercadang hendak atau hampir akan bertindak atau baru-baru ini telah bertindak dengan orang lain itu dengan apa-apa cara yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam dalam mana-mana kawasan diproklamasi melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan boleh disebat.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Membawa, dsb., senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam suatu kawasan diproklamasi

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang di mana-mana tempat dalam suatu kawasan diproklamasi, selain suatu tempat awam, mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan munasabah bahawa senjata atau bahan itu dimaksud untuk digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia mempunyai senjata atau bahan itu dalam miliknya semata-mata bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan boleh disebat.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen 25(2), hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 25

mana-mana senjata atau bahan adalah dimaksud untuk digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam jika─

(a)

bilangan senjata atau kuantiti bahan yang didapati melebihi kuantiti yang dengan munasabahnya dikehendaki disimpan oleh tertuduh bagi kegunaan dan pemakaian biasa di rumah atau di establismennya dan (dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan) melebihi kuantiti yang dengan munasabahnya dikehendaki disimpan dalam penjalanan biasa urusannya; atau

Suggest a correction

(b)

senjata atau bahan itu disimpan tersembunyi atau di suatu tempat yang lain daripada tempat yang ia mungkin dengan munasabahnya dijangka disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan; atau

Suggest a correction

(c)

bahan yang disimpan dalam bekas yang lain daripada bekas dari jenis di mana bahan itu biasanya disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan.

Penalti bagi kesalahan tertentu

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa perintah atau arahan yang dibuat atau diberi atau kehendak yang dikenakan di bawah seksyen 4, 5, 6, 7, 8 atau 13, atau menyubahati pelanggaran atau kegagalan itu, dia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan, tertakluk kepada mana-mana peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini, boleh dipenjarakan selama tempoh enam bulan atau didenda sebanyak lima ratus ringgit atau keduanya.

Seksyen 28

Penalti tambahan bagi kesalahan tertentu yang dilakukan dalam suatu kawasan diproklamasi

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dalam suatu kawasan diproklamasi melakukan, cuba melakukan atau di mana-mana tempat di Malaysia menyubahati perlakuan dalam suatu kawasan diproklamasi apa-apa kesalahan yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Ketiga

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

apabila disabitkan bagi kesalahan, percubaan atau subahat itu boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh dilanjutkan hingga dua kali ganda tempoh terpanjang yang diperuntukkan bagi kesalahan, percubaan atau subahat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau didenda sebagaimana yang diperuntukkan baginya atau kedua-duanya.

Seksyen 29

Membangkitkan pecah keamanan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang di mana-mana tempat dalam suatu kawasan diproklamasi menggunakan apa-apa perkataan atau berkelakuan mengancam, menghina atau mencela dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan atau yang dengannya suatu pecah keamanan mungkin terjadi melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Kesalahan yang berhubungan dengan penyenggaraan ketenteraman awam dalam kawasan diproklamasi

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang di mana-mana tempat di Malaysia dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3

berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia melakukan apa-apa perbuatan atau mengeluarkan apa-apa perkataan atau mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk jualan, mengedarkan atau mengeluarkan semula untuk edaran atau mengimport atau mempunyai dalam miliknya apa-apa dokumen yang mengandungi apa-apa perkara yang─

(a)

mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam dalam kawasan diproklamasi atau di mana-mana bahagian lain di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran kepada undang-undang

Malaysia atau mana-mana perintah yang sah yang dibuat di bawahnya atau galangan kepada pegawai awam dalam melaksanakan tugas mereka untuk memulihkan atau menyenggara ketenteraman awam; atau

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 27

Suggest a correction

(c)

mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

Suggest a correction

(d)

mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau terhadap mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sahnya di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 28 tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan kesalahan jenayah, dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dihukum dua kali dengan kesalahan yang sama.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 2]

Asid Sulfurik

Fenol

Asid Nitrik

Ammonia

Asid Hidroklorik

Kalium Hidroksida

Asid Formik

Natrium Hidroksida

Asid Asetik

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 17 dan 18]

Akta 574

1. Kanun Keseksaan

Seksyen 430,

430A,

431, 431A, 435 dan 436

Akta 206

2. Akta Senjata 1960

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Seksyen 28]

Akta 574

Kanun Keseksaan

Seksyen 143, 144, 145,

147, 148, 151, 152, 153,

157, 158, 160, 379, 380,

381, dan 382

Swk. Cap.

Ordinan

Kesalahan

Kecil

Seksyen 33

29

Akta 296

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 232/1963

Akta 41/1967

Akta 7

Akta 15

Akta 20

Akta 206

Akta 160

Perintah Pengubahsuaian

Undang-Undang (Keselamatan

Dalam Negeri dan Ketenteraman

Awam (Negeri-Negeri Borneo) 1963

Akta Polis 1967

Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Tak Diingini 1969

Akta Hasutan 1948

Akta Telekomunikasi 1950

Akta Senjata 1960

Akta Mata Wang Malaysia

(Ringgit) 1975

16-09-1963

29-08-1967

02-05-1969

19-07-1948

(Semenanjung

Malaysia);

28-05-1964

(Sabah);

20-11-1969

(Sarawak)

01-07-1950

(Semenanjung

Malaysia);

10-12-1964

(Sabah dan

Sarawak)

01-03-1962

(Semenanjung

Malaysia);

01-09-1977

(Sabah dan

Sarawak)

28-08-1975

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A324

Akta A327

Act A514

Akta Kanun Prosedur Jenayah

(Pindaan dan Perluasan) 1976

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan dan Perluasan) 1976

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981

10-01-1978

31-03-1976

27-08-1976

31

Akta 296

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

7

Akta A514 27-08-1976

21

Akta 160

29-08-1975

Common questions

What is AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958?
*AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 is Malaysia Act, cited as Act 296 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.
Is AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 still in force?
Yes — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 is currently in force.
When did AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 take effect?
AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 was first recorded in 1958.
How many sections does AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 have?
AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 contains 31 sections.
Where can I read the official version of AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958?
The official text of AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 (No. 296)