Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam

12. Pampasan

Feedback & support
(1)

Jika, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 11, apa-apa harta atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara diambil milik, pampasan berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah ditaksirkan mengikut undang-undang bertulis yang sedang berkuat

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 15

kuasa berhubungan dengan pampasan berkenaan dengan perekuisisian harta semasa darurat.

(2)

Tiada pampasan kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan kepada dirinya atau kerosakan kepada hartanya yang disebabkan oleh atau akibat daripada apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Akta ini melainkan jika peruntukan bagi pampasan tersebut dibuat oleh Akta ini.

(3)

Jika, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 11, apa-apa harta atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara diambil milik bagi maksud menjamin penyenggaraan perkhidmatan awam, apa-apa pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah kena dibayar oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan itu.

Kawalan ke atas orang

Report

Bahagian IV

Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam

Schedules