Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam
8. Pengusiran orang
Feedback & supportDalam mana-mana kawasan diproklamasi seorang Ketua
Pegawai Polis atau seorang Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah mengusir semua orang atau mana-mana golongan orang dari mana-mana kawasan dalam Daerah Polis atau
Daerah-Daerah Polis di bawah jagaannya atau dari mana-mana tempat atau bangunan di dalamnya dan boleh menghendaki mana-mana orang yang berada dalam kawasan atau tempat atau bangunan itu mematuhi arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu.
Mana-mana pegawai polis boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau cuba memasuki, atau berada dalam, suatu kawasan, tempat atau bangunan, yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa dan boleh menahan mana-mana orang itu bagi maksud memeriksanya:
Dengan syarat bahawa tiada perempuan boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.
Jika mana-mana orang semasa dalam sesuatu kawasan, tempat atau bangunan yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa gagal mematuhi perintah itu atau mana-mana arahan yang diberi di bawahnya maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan dari kawasan, tempat atau bangunan itu oleh seorang pegawai polis.
Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh
Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis.
Menteri boleh membuat suatu perintah dan boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat oleh seorang
Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 13
pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).