Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam
21. Pendaftaran orang yang ditangkap atau ditahan
Feedback & supportPeruntukan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak
Diingini 1969 [Akta 7], yang berhubungan dengan pengambilan cap jari dan gambar foto orang yang ditangkap dan dituduh dengan apa-apa kesalahan jenayah hendaklah terpakai bagi orang yang ditangkap dan ditahan di bawah Akta ini seolah-olah mereka adalah orang yang dituduh dengan apa-apa jenayah dalam erti Akta tersebut.
Peruntukan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak
Diingini 1969, hendaklah terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini seolah-olah kesalahan itu adalah suatu jenayah yang termasuk dalam Jadual Pertama kepada Akta tersebut.