Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam

6. Sawar

Feedback & support
(1)

Seorang pegawai polis boleh, bagi maksud memberi kuat kuasa kepada suatu perintah atau arahan yang dibuat di bawah seksyen 4, atau bila-bila masa yang difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi pemeliharaan undang-undang dan ketenteraman atau bagi pencegahan atau pengesanan jenayah, mendirikan atau meletakkan sawar pada atau merintang mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam dalam suatu kawasan diproklamasi mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(2)

Seorang pegawai polis boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang, sama ada berjalan kaki atau dalam dalam kenderaan atau vesel, daripada melalui mana-mana sawar tersebut dan tiap-tiap orang hendaklah mematuhi apa-apa arahan atau isyarat mana-mana pegawai itu yang menghendaki orang itu berhenti pada atau sebelum sampai ke mana-mana sawar tersebut.

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 11

(3)

Seseorang pegawai polis boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu untuk mencegah mena-mana orang daripada melalui sawar itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.

Report

Bahagian IV

Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam

Schedules