Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam
11. Kuasa rekuisisi
Feedback & supportSeorang Ketua Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh seorang Ketua Pegawai Polis bagi maksud itu secara bertulis boleh menghendaki mana-mana harta alih dan tak alih yang terletak dalam mana-mana kawasan diproklamasi atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara dalam kawasan itu.
supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu.
Pesuruhjaya Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu secara bertulis boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3
berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia menghendaki mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana-mana tempat di Malaysia supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu.
Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam sesuatu Negeri boleh, dengan persetujuan Menteri, mengarahkan bahawa apa-apa rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terhenti berkuat kuasa setakat dan tertakluk kepada apa-apa kualifikasi, kecualian dan syarat yang dinyatakan atau dikenakan oleh arahan itu.
Tiada rekuisisi boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana vesel yang lebih daripada seratus tan tanan kasar, mana-mana gerabak kereta api Keretapi Tanah Melayu atau mana-mana pesawat udara tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan
Menteri.