Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam

7. Perintah berkurung

Feedback & support
(1)

Dalam mana-mana kawasan diproklamasi, Menteri, Ketua

Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah menghendaki tiap-tiap orang dalam kawasan itu atau mana-mana bahagiannya supaya berada dalam rumah di antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu melainkan jika memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu yang dikeluarkan oleh

Menteri atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat

SubInspektor atau lebih tinggi oleh mana-mana pegawai awam yang di beri kuasa bertulis oleh Menteri, seorang Ketua Pegawai Polis atau

Pegawai Penjaga Daerah Polis untuk mengeluarkan permit tersebut.

(2)

Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi–

(a)

yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua

Negeri;

(b)

mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat di Malaysia apabila bertugas; atau

(c)

mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai

Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis.

(3)

Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh

Ketua Pegawai Polis:

Dengan syarat bahawa tiada perintah yang dibuat menurut subseksyen ini boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika disahkan oleh Ketua

Pegawai Polis.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

(4)

Menteri boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).

Report

Bahagian IV

Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam

Schedules