Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam
13. Section 13
Feedback & supportJika ternyata kepada seorang Ketua Pegawai Polis bahawa mana-mana orang–
yang baru-baru ini kena-mengena dengan perbuatan yang melibatkan atau mungkin menyebabkan atau membangkitkan pecah keamanan dalam suatu kawasan diproklamasi atau yang mungkin menjejaskan kejayaan langkah-langkah yang diambil untuk menyenggara atau memulihkan ketenteraman awam dalam suatu kawasan diproklamasi atau dalam persediaan atau penghasutan perbuatan tersebut atau oleh sebab pergaulannya dengan mana-mana orang atau pertubuhan yang kena-mengena dengan mana-mana perbuatan sedemikian atau oleh sebab kata-kata atau kelakuannya bahawa dia mungkin kena-mengena dengan perbuatan itu; dan
bahawa oleh sebab itu adalah perlu untuk menjalankan kawalan sementara ke atas orang itu, seorang ketua
Pegawai Polis boleh melalui perintah menjalankan berkenaan dengan orang itu mana-mana satu atau lebih kuasa yang berikut, iaitu:
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 296
menyingkirkan orang itu dari kawasan diproklamasi itu atau mana-mana bahagiannya;
menghendaki orang itu tinggal di suatu tempat atau kawasan sama ada dalam kawasan diproklamasi atau tidak sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu dan tidak boleh meninggalkan kawasan itu tanpa apa-apa kebenaran dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan sedemikian;
menghendaki orang itu tinggal di dalam rumah pada bila-bila masa yang dinyatakan dalam perintah itu;
menghendaki orang itu memberitahu pihak polis di mana-mana tempat atau tempat-tempat dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu tempat tinggalnya dan apa-apa pertukarannya dan melaporkan kepada pihak polis pada bila-bila masa dan tarikh dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan sedemikian;
menghendaki orang itu mengikat bon bagi apa-apa amaun dengan beberapa orang penjamin sebagaimana yang dinyatakan bagi kelakuan baiknya atau bagi pematuhan wajar terma dan syarat apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen ini.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri atau oleh Ketua Pegawai Polis.
Tertakluk Kepada subseksyen (2), apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan di dalamnya, tetapi tiap-tiap perintah sedemikian, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila kawasan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat terhenti menjadi suatu kawasan diproklamasi.
Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 17