Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam
9. Pemberhentian perkhidmatan telefon
Feedback & supportMenteri boleh melalui perintah secara bertulis memberi kuasa kepada pihak berkuasa telekomunikasi di mana-mana kawasan dalam suatu kawasan diproklamasi yang dinyatakan dalam perintah itu untuk menarik balik sama ada keseluruhan atau sebahagiannya penggunaan kesemua atau mana-mana kemudahan telekomunikasi atau loji telekomunikasi daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada awam pada umumnya kecuali orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah itu dan sesudah itu pihak berkuasa telekomunikasi hendaklah menarik balik penggunaannya, walau apa pun peruntukan apa-apa perjanjian mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan.
Dalam seksyen ini ungkapan
―pihak berkuasa telekomunikasi‖ mempunyai makna yang diberi kepadanya dalam seksyen *Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20].