Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam

22. Perisytiharan dan pembatalan perintah

Feedback & support
(1)

Apabila mana-mana perintah atau arahan diberi di bawah

Bahagian ini, orang yang membuat perintah atau memberi arahan itu hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya, menyebabkan notis mengenai kesan perintah atau arahan itu diberi mengikut apa-apa cara yang difikirkannya perlu untuk memberitahu semua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya dan perintah atau arahan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.

(2)

Apa-apa perintah atau arahan yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan Bahagian ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dibatalkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa untuk membuat perintah itu tetapi tanpa menjejaskan kesahan terdahulu perintah itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah yang baru di bawah peruntukan tersebut.

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 23

Report

Bahagian IV

Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam

Schedules