Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Kuasa bagi Penyenggaraan Ketenteraman Awam
20. Kuasa anggota angkatan bersenjata
Feedback & supportMana-mana komander bagi mana-mana angkatan bersenjata dan mana-mana anggota angkatan bersenjata di bawah perintahnya boleh apabila bertugas berkaitan dengan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam, menjalankan mana-mana kuasa yang diberi kepada seorang pegawai polis oleh perenggan 4(b), 5(1)(b) dan subseksyen 5(2), seksyen 6, subseksyen 8(2) dan (3), 10(1), 15(1),
17(1) dan seksyen 18 dengan cara yang sama seolah-olah sebutan dalam seksyen ini mengenai seorang pegawai polis adalah sebutan mengenai seorang anggota angkatan bersenjata daripada pangkat yang sama.
Bab IV Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai bagi seorang anggota angkatan bersenjata yang menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1) dengan cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi seorang pegawai polis.
Bagi maksud subseksyen (1)–
―komander bagi mana-mana angkatan bersenjata‖ ertinya seorang pegawai bertauliah yang pada masa itu memerintah anggota angkatan bersenjata dalam kawasan diproklamasi;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 296
seorang pegawai bertauliah mana-mana angkatan bersenjata hendaklah disifatkan sama pangkat dengan seorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi daripada Sarjan dan seorang Sarjan atau Pegawai Rendah mana-mana angkatan bersenjata hendaklah disifatkan sama pangkat dengan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan.