Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
75
Languages
MS · EN

Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1779 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1779

AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM

(PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1779

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

20 November 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

28 November 2025

Hakcipta Pencetak H

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlesenan Tenaga Atom

(Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Penggantian tajuk panjang

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:

“Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan kawalan ke atas aktiviti yang melibatkan tenaga atom, untuk perlindungan yang mencukupi bagi orang ramai dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1779

AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM

(PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1779

alam sekeliling daripada kesan memudaratkan aktiviti yang melibatkan tenaga atom, keselamatan aktiviti yang melibatkan tenaga atom dan sekuriti bahan radioaktif, bahan nuklear dan kemudahan, pemakaian langkah-langkah yang relevan bagi kawal guna dan liabiliti bagi kerosakan nuklear, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.”.

Pindaan am

Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kenderaan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pengangkut”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “pegawai kanan awam”

di mana-mana jua terdapat, kecuali dalam takrif

“pegawai kanan awam” dalam seksyen 2, dengan perkataan

“pegawai diberi kuasa”.

Pindaan seksyen 1

Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“Perlesenan”.

Seksyen baharu 1a dan 1b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1

seksyen yang berikut:

“Akta ini mengikat

Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan

Negeri.

Quoted provision

Seksyen 1a

(1)

Akta ini hendaklah mengikat Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

(2)

Tiada apa-apa pun jua dalam Akta ini boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri didakwa bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

5

Pemakaian luar wilayah.

Quoted provision

Seksyen 1b

Peruntukan seksyen 25h dan Bahagian VIIIa hendaklah terpakai bagi kesalahan yang dilakukan—

(a)

oleh mana-mana warganegara

Malaysia atau pemastautin tetap

Malaysia dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia;

(b)

oleh mana-mana orang terhadap warganegara Malaysia;

(c)

oleh mana-mana orang terhadap harta kepunyaan, atau yang dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhan atau sebahagiannya, Kerajaan

Malaysia atau Kerajaan mana-mana

Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana perbadanan yang diwujudkan oleh atau di bawah undang-undang Malaysia yang terletak di luar Malaysia; atau

(d)

oleh mana-mana orang yang selepas pelakuan kesalahan itu berada di Malaysia, seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia.”.

Pindaan seksyen 2

Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“ahli radiologi”;

(b)

dengan memotong takrif “ahli radioterapi”;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1779

(c)

dengan memasukkan sebelum takrif “Akta ini” takrif yang berikut:

‘ “Agensi” ertinya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa;’;

(d)

dalam takrif “bahan api nuklear”, dengan menggantikan perkataan “sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta” dengan perkataan “sebagaimana yang ditetapkan”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “bahan api nuklear”

takrif yang berikut:

‘ “bahan api terpakai” ertinya bahan api nuklear yang telah disinar dalam dan dikeluarkan daripada reaktor apabila bahan api nuklear itu tidak lagi digunakan sebagai bahan api nuklear;’;

(f)

dengan menggantikan takrif “bahan nuklear” dengan takrif yang berikut:

‘ “bahan nuklear” ertinya bahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;’;

(g)

dengan menggantikan takrif “bahan radioaktif” dengan takrif yang berikut:

‘ “bahan radioaktif” ertinya apa-apa bahan api nuklear, hasil radioaktif, sisa radioaktif atau apa-apa radionuklid sebagaimana yang ditetapkan;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “bahan radioaktif”

takrif yang berikut:

‘ “barang berkaitan nuklear” ertinya apa-apa barang yang berhubungan dengan penggunaan dan pembangunan teknologi nuklear sebagaimana yang ditetapkan;’;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(i)

dengan menggantikan takrif “doktor pergigian berdaftar”,

“pengamal perubatan berdaftar”, “ahli farmasi berdaftar”

dan “doktor veterinar berdaftar” dengan takrif yang berikut:

‘ “doktor veterinar berdaftar”, “pengamal pergigian berdaftar” dan “pengamal perubatan berdaftar”

masing-masing ertinya seorang doktor veterinar, pengamal pergigian dan pengamal perubatan, setiapnya yang didaftarkan sebagaimana mengikut peruntukan undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran orang itu;’;

(j)

dengan memasukkan selepas takrif “insiden nuklear” takrif yang berikut:

‘ “kemudahan”, berhubung dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran termasuklah—

(k)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“kenderaan”;

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “kerosakan nuklear”

takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan

Tenaga Atom;’;

(m)

dengan memotong takrif “Lembaga”;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1779

(n)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “Ketua Pengarah”

takrif yang berikut:

‘ “Majlis Penasihat” ertinya Majlis Penasihat Tenaga

Atom yang ditubuhkan di bawah seksyen 2a;’;

(o)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “Majlis Penasihat”

takrif yang berikut:

‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi;’;

(q)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “pakar onkologi” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar sebagai Pakar dalam onkologi klinikal atau onkologi radiasi di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];’;

(r)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “pakar onkologi”

takrif yang berikut:

‘ “pakar perubatan nuklear” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar sebagai Pakar dalam perubatan nuklear di bawah Akta Perubatan 1971;’;

(s)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “pakar perubatan nuklear” takrif yang berikut:

‘ “pakar radiologi” ertinya pengamal perubatan yang berdaftar sebagai Pakar dalam radiologi klinikal di bawah Akta Perubatan 1971;’;

(t)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “pakar radiologi”

takrif yang berikut:

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis secara am atau khusus oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan termasuk

Ketua Pengarah Kesihatan jika dia ialah pihak berkuasa berkenaan;”;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(v)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen” takrif yang berikut:

‘ “pengangkut” termasuklah kapal, kereta api, kereta, pesawat udara, dan mana-mana cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa;’;

(w)

dalam takrif “pengendali pepasangan”, dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan

“Ketua Pengarah”;

(x)

dengan memasukkan selepas takrif “pengendali pepasangan”

takrif yang berikut:

‘ “penjana sinaran” ertinya peranti elektrik yang boleh menjana sinaran mengion;’;

(y)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “penjana sinaran”

takrif yang berikut:

‘ “penyahtauliahan” ertinya segala langkah-langkah ke arah melepaskan kemudahan selain repositori, daripada pengawalseliaan dan langkah-langkah ini termasuklah proses mendekontaminasi dan penanggalan kemudahan;’;

(i)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “kemudahan” dengan perkataan “ruang fizikal”; dan

(ii)

dalam proviso, dengan menggantikan perkataan

“pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan

“Ketua Pengarah”;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1779

(aa) dalam takrif “pihak berkuasa berkenaan”—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan

“sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga”;

dan

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan

“Ketua Pengarah”;

(bb) dengan memotong takrif “radas penyinaran”;

(cc)

dengan memasukkan selepas takrif “reaktor nuklear”

takrif yang berikut:

‘ “senjata nuklear” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perdagangan Strategik 2010

[Akta 708];’;

(dd)

dalam takrif “sisa radioaktif”, dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “, bahan nuklear atau benda ditetapkan” dengan perkataan “atau bahan nuklear”;

(ee) dengan memasukkan selepas takrif “sisa radioaktif”

takrif yang berikut:

‘ “teknologi berkaitan nuklear” ertinya maklumat atau data dalam apa-apa bentuk, selain yang tersedia secara sah, sama ada dalam Malaysia atau di luar

Malaysia yang terpakai terutamanya untuk reka bentuk, pengeluaran, pengendalian, pengujian atau penggunaan bagi—

(b)

senjata nuklear atau peranti letupan lain;’; dan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

11

(ff) dengan menggantikan takrif “urusan” dengan takrif yang berikut:

‘ “urusan”, berhubung dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran ertinya—

(a)

apa-apa aktiviti yang melibatkan pengilangan, perdagangan, pengeluaran, pemprosesan, pembelian, pemilikan, pemunyaan, penggunaan, pengangkutan, pemindahan, pengendalian, pengujian, penyenggaraan, pemerakuan, penjualan, penyimpanan, pengumpulan atau pelupusan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran itu; atau

(b)

menempatkan, membina, mentauliahkan, mengendalikan atau menyahtauliahkan kemudahan.’.

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II yang dipotong bahagian yang berikut:

“Bahagian IIa

MAJLIS PENASIHAT TENAGA ATOM

Penubuhan

Majlis Penasihat.

Quoted provision

Seksyen 2a

(1)

Suatu majlis penasihat dengan nama

“Majlis Penasihat Tenaga Atom” ditubuhkan.

(2)

Majlis Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1779

(b)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi atau wakilnya;

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;

(f)

tiga orang lain yang dilantik oleh

Menteri yang mempunyai pengalaman dan keupayaan dalam bidang saintifik atau teknik berkaitan dengan tenaga atom.

(3)

Pengerusi dan anggota Majlis Penasihat yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan (f), melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan, mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi untuk menjadi setiausaha kepada Majlis Penasihat.

(5)

Pelantikan Pengerusi dan anggota Majlis

Penasihat yang disebut dalam perenggan (2)(a)

dan (f) boleh dibatalkan pada bila-bila masa atas apa-apa sebab sebagaimana yang disifatkan patut oleh Menteri.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

13

Fungsi Majlis

Penasihat.

Quoted provision

Seksyen 2b

Majlis Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Menteri mengenai perkara dasar dan strategik Akta ini;

(b)

jika timbul keraguan sama ada suatu aktiviti yang akan dilesenkan adalah untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan, untuk mengenal pasti sama ada aktiviti itu akan dilesenkan untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan di bawah Akta ini;

dan

(c)

untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujuk oleh

Menteri yang berhubungan dengan

Akta ini.

Mesyuarat

Majlis

Penasihat.

Quoted provision

Seksyen 2c

(1)

Majlis Penasihat hendaklah mengadakan mesyuaratnya seberapa kerap sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dan mesyuarat hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Penasihat.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat, Pengerusi boleh melantik mana-mana anggota Majlis Penasihat untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat.

(5)

Segala perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Penasihat hendaklah diputuskan dengan undian majoriti anggota

Majlis Penasihat yang hadir dalam mesyuarat.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1779

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), Pengerusi atau Pengerusi sementara tidak boleh mengundi mengenai apa-apa perkara di hadapan Majlis

Penasihat melainkan jika bilangan undi sama banyak.

(7)

Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Majlis

Penasihat.

(8)

Majlis Penasihat boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Elaun.

Quoted provision

Seksyen 2d

Pengerusi dan anggota Majlis Penasihat boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.”.

Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“Melesenkan pepasangan nuklear dan aktiviti” dengan perkataan “Lesen”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun boleh membuat urusan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau kemudahan melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 16(5) oleh pihak berkuasa berkenaan bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.”;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(i)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “penggunaan”

dengan perkataan “membuat urusan dengan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “ahli radiologi, ahli radioterapi atau doktor pergigian berdaftar”

dengan perkataan “pengamal pergigian berdaftar, pakar perubatan nuklear, pakar onkologi atau pakar radiologi”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Seksyen baharu 12a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12

seksyen yang berikut:

“Permit.

Quoted provision

Seksyen 12a

(1)

Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun boleh—

(a)

mengimport bahan radioaktif, bahan nuklear, barang berkaitan nuklear atau teknologi berkaitan nuklear; atau

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1779

(b)

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit bahan radioaktif atau bahan nuklear, melainkan jika dia ialah pemegang suatu permit yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 16a(2) oleh Ketua Pengarah bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam permit.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “seksyen 68(2)(c)”

dengan perkataan “perenggan 68(2)(c)”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”.

Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“, bahan nuklear atau benda ditetapkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau bahan nuklear”; dan

(i)

dengan menggantikan perkataan “, bahan nuklear atau benda ditetapkan” dengan perkataan

“atau bahan nuklear”; dan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Lembaga” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 16

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pengarah”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Jika terdapat keraguan sama ada suatu aktiviti yang akan dilesenkan adalah untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan, perkara itu hendaklah dirujuk kepada Majlis Penasihat bagi maksud mengenal pasti sama ada aktiviti itu akan dilesenkan untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan di bawah Akta ini dan

Ketua Pengarah hendaklah bertindak mengikut dapatan

Majlis Penasihat itu.”; dan

(i)

dengan menggantikan perkataan “terus berkuatkuasa selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun” dengan perkataan “terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun”; dan

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “ditetapkan” dengan perkataan

“yang ditentukan”.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1779

Seksyen baharu 16a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16

seksyen yang berikut:

“Permohonan bagi permit.

(1)

Seseorang pemohon yang memohon permit di bawah Akta ini hendaklah mula-mula sekali membuat permohonan bagi maksud itu kepada Ketua Pengarah.

(2)

Ketua Pengarah boleh selepas itu mengeluarkan kepada pemohon suatu permit apabila dibayar fi yang ditetapkan atau boleh, jika difikirkannya patut, enggan mengeluarkan permit itu.

(3)

Tiap-tiap permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam permit.”.

Pindaan seksyen 17

Subseksyen 17(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “, bahan-bahan nuklear atau benda-benda ditetapkan” dengan perkataan “atau bahan nuklear”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “radas penyinaran” dengan perkataan “penjana sinaran”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “kepada jenis atau jenis-jenis tertentu” dengan perkataan “kepada jenis atau jenis-jenis tertentu penjana sinaran itu”.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

19

Seksyen baharu 17a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17

seksyen yang berikut:

“Syarat permit.

Quoted provision

Seksyen 17a

(1)

Apa-apa permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa, menambah, mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakan ke atas suatu permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 18

Seksyen 18 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “Cagaran”

dengan perkataan “Jaminan kewangan”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “cagaran” dengan perkataan “jaminan kewangan”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“syarat-syarat lesen itu” perkataan “dan peruntukan

Akta ini”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“, cagaran itu” dengan perkataan “atau peruntukan

Akta ini, jaminan kewangan itu”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Pihak berkuasa berkenaan boleh, bilamana didapatinya perlu untuk berbuat demikian, menghendaki pemegang lesen mendepositkan dengan serta-merta suatu jumlah jaminan kewangan tambahan.”.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1779

Seksyen baharu 18a dan 18b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18

seksyen yang berikut:

“Pemindahmilikan lesen dan permit.

Quoted provision

Seksyen 18a

(1)

Suatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pemakaian Akta

Perdagangan

Strategik 2010.

Quoted provision

Seksyen 18b

Walau apa pun seksyen 12a,

Akta Perdagangan Strategik 2010 hendaklah terpakai bagi eksport, pemindahan atau transit bahan radioaktif atau bahan nuklear yang ditetapkan sebagai barang strategik di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.”.

Pindaan seksyen 20

Seksyen 20 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan

“Penyata” perkataan “milikan dan kawalan”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “penyata”

perkataan “milikan atau kawalan”;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 21

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“tiap-tiap jualan bahan radioaktif, dll” dengan perkataan

“jualan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tiap-tiap pemegang lesen yang menjual bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran hendaklah mengemukakan suatu penyata penjualan dalam bentuk yang ditetapkan.”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”; dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1779

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Seksyen baharu 21a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21

seksyen yang berikut:

“Pelan kesediaan dan respons kecemasan nuklear atau radiologi.

Quoted provision

Seksyen 21a

(1)

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyediakan dan mengemukakan pelan kesediaan dan respons kecemasan nuklear atau radiologi yang sesuai bagi kelulusan pihak berkuasa berkenaan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan kepala Bahagian IV

Bahagian IV Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “LESEN” perkataan “DAN PERMIT”.

Pindaan seksyen 22

Seksyen 22 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan

“lesen” perkataan “atau permit”;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pihak berkuasa berkenaan boleh, pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis, membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit jika—

(a)

pemegang lesen atau pemegang permit telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

pemegang lesen atau pemegang permit telah tidak mematuhi mana-mana syarat lesen atau permit;

(c)

aktiviti yang lesen atau permit telah diberikan itu tidak lagi dijalankan oleh pemegang lesen atau pemegang permit itu;

(d)

pemegang lesen atau pemegang permit telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun; atau

(e)

pembatalan atau penggantungan itu adalah demi kepentingan awam, keselamatan negara atau hubungan antarabangsa.”;

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “lesen”

di mana-mana jua terdapat perkataan “atau permit”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau pemegang permit”; dan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1779

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “atau pemegang permit”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “lesen”

di mana-mana jua terdapat perkataan “atau permit”.

Pindaan seksyen 25

Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan

“pekerja” perkataan “dan orang lain”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mematuhi segala kehendak sebagaimana yang ditetapkan bagi perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja dan orang lain daripada sinaran mengion.”;

(c)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(5a)  Pihak berkuasa berkenaan boleh menghendaki seseorang pekerja untuk memiliki kelayakan dan menduduki ujian sebagaimana yang ditetapkan.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(7)  Jika pihak berkuasa berkenaan mendapati apa-apa ketidakteraturan pada sinaran mengion, pihak berkuasa berkenaan boleh mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis kepada pemegang lesen untuk mengambil tindakan pembetulan.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(8)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Bahagian baharu Va dan Vb

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut:

“Bahagian Va

SEKURITI

Tanggungjawab pemegang lesen untuk memastikan sekuriti.

Quoted provision

Seksyen 25a

Pemegang lesen hendaklah melaksanakan langkah-langkah sebagaimana yang ditetapkan untuk memastikan sekuriti bahan radioaktif, bahan nuklear dan kemudahan.

Pemberitahuan penemuan bahan radioaktif atau bahan nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25b

Mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan dan ada sebab untuk mempercayai bahawa dia menemukan barang yang merupakan bahan radioaktif atau bahan nuklear hendaklah memberitahu Ketua Pengarah sama ada secara lisan atau secara bertulis dalam masa dua puluh empat jam daripada masa dia menemukan barang itu.

Bahagian Vb

KAWAL GUNA

Tanggungjawab bagi kawal guna.

Quoted provision

Seksyen 25c

Pemegang lesen hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan suatu sistem perakaunan dan kawalan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan bagi bahan nuklear dalam milikannya.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1779

Pemeriksaan kawal guna.

Quoted provision

Seksyen 25d

(1)

Apabila diberitahu pelantikan pemeriksa ke Malaysia oleh Agensi, Ketua

Pengarah boleh mengambil tindakan yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan kawal guna oleh pemeriksa, termasuk dengan mengeluarkan suatu perakuan kepada pemeriksa sebagai pemeriksa antarabangsa bagi maksud Akta ini.

(2)

Pemeriksa antarabangsa yang disebut dalam subseksyen (1) boleh menjalankan pemeriksaan kawal guna mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana orang hendaklah mematuhi kehendak pemeriksaan kawal guna sebagaimana yang ditetapkan.

Maklumat mengenai barang berkaitan nuklear atau teknologi berkaitan nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25e

(1)

Mana-mana orang yang berniat untuk menjalankan suatu aktiviti yang berhubungan dengan barang berkaitan nuklear atau teknologi berkaitan nuklear, hendaklah memberi Ketua

Pengarah maklumat sebagaimana yang ditetapkan sebelum permulaan aktiviti itu tidak kira sama ada aktiviti itu melibatkan bahan nuklear atau tidak.

(2)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Maklumat mengenai aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan kitaran bahan api nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25f

(1)

Mana-mana orang yang berniat untuk menjalankan apa-apa aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan kitaran bahan api nuklear hendaklah memberi Ketua Pengarah maklumat sebagaimana yang ditetapkan sebelum permulaan aktiviti itu, tidak kira sama ada aktiviti itu melibatkan bahan nuklear atau tidak.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Dalam seksyen ini, “aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan kitaran bahan api nuklear” ertinya aktiviti selain aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan teori atau saintifik asas atau penyelidikan dan pembangunan mengenai pemakaian industri radioisotop, pemakaian perubatan, hidrologi dan pertanian, kesan kesihatan dan alam sekeliling dan penyenggaraan diperbaik, yang khususnya berkaitan dengan mana-mana proses atau pembangunan sistem yang berikut:

(g)

pemprosesan sisa aras pertengahan atau tinggi yang mengandungi plutonium, uranium diperkaya tinggi atau uranium-233 tetapi tidak termasuk pembungkusan semula atau proses perapian yang tidak melibatkan pemisahan unsur untuk simpanan atau pelupusan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1779

Kuasa Ketua

Pengarah untuk meminta maklumat.

Quoted provision

Seksyen 25g

(1)

Ketua Pengarah boleh meminta maklumat daripada mana-mana orang jika

Ketua Pengarah mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa maklumat itu berkaitan dengan pematuhan

Protokol Tambahan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Ketua

Pengarah boleh mengeluarkan suatu notis kepada mana-mana orang menghendaki orang itu untuk memberikan maklumat, mengikut apa-apa bentuk dan dalam tempoh atau pada masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Mana-mana orang yang, tanpa justifikasi yang munasabah, enggan atau tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Dalam seksyen ini, “Protokol Tambahan”

ertinya Protokol Tambahan kepada Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Agensi Tenaga

Atom Antarabangsa bagi Pemakaian Kawal

Guna berkaitan dengan Triti Ketakcambahan

Senjata Nuklear.

Larangan senjata nuklear.

Quoted provision

Seksyen 25h

(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

membangun, menguji, mengeluarkan, mengilang, selainnya memperoleh, memiliki atau menyimpan stok senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(b)

memindah kepada mana-mana penerima senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain atau kawalan ke atas senjata atau peranti letupan itu secara langsung atau tidak langsung;

(c)

menerima pemindahan atau kawalan bagi senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain secara langsung atau tidak langsung;

(d)

mengguna atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain;

(e)

menempatkan, memasang atau menyusun kedudukan bagi mengatur kedudukan apa-apa senjata nuklear atau peranti letupan nuklear lain;

(f)

membantu, menggalakkan atau mendorong, dalam apa-apa cara, mana-mana orang untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e); dan

(g)

meminta atau menerima apa-apa bantuan, dalam apa-apa cara, daripada mana-mana orang untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e).

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun, dan dalam hal pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada tiga puluh juta ringgit.”.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1779

Penggantian kepala Bahagian VI

Akta ibu dipinda dengan menggantikan kepala Bahagian VI dengan kepala yang berikut:

“PENYAHTAULIAHAN DAN PENGURUSAN SISA

RADIOAKTIF DAN BAHAN API TERPAKAI”.

Pemotongan seksyen 26

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 26.

Seksyen baharu 26a, 26b, 26c dan 26d

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26

yang dipotong seksyen yang berikut—

“Pelan penyahtauliahan.

26 a.  (1)  Pemegang lesen hendaklah mengemukakan pelan penyahtauliahan untuk kelulusan Ketua Pengarah sebelum pembinaan kemudahan.

(2)

Ketua Pengarah boleh meluluskan pelan penyahtauliahan jika dia berpuas hati bahawa pelan penyahtauliahan itu memenuhi kriteria sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pemegang lesen hendaklah menyemak semula dan mengemaskinikan pelan penyahtauliahan pada lat tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Tanggungjawab pemegang lesen dalam penyahtauliahan.

26 b.  (1)  Pemegang lesen hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti penyahtauliahan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam pelan penyahtauliahan.

(2)

P e m e g a n g l e s e n h e n d a k l a h bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan proses penyahtauliahan termasuk pengurusan sisa radioaktif yang timbul daripada proses penyahtauliahan.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

31

Jaminan kewangan penyahtauliahan.

Mana-mana orang yang memohon suatu lesen untuk membina dan mengendalikan kemudahan hendaklah memastikan bahawa amaun jaminan kewangan yang mencukupi adalah tersedia bagi menampung kos berhubung dengan penyahtauliahan kemudahan.

Pengurusan sisa radioaktif dan pengurusan bahan api terpakai.

Mana-mana pemegang lesen, semasa aktivitinya menjana atau menyimpan sisa radioaktif atau bahan api terpakai hendaklah mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi memastikan bahawa orang dan alam sekeliling dilindungi daripada bahaya radiologi dan bahaya lain pada semua peringkat pengurusan sisa radioaktif atau pengurusan bahan api terpakai.”.

Pemotongan seksyen 27

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27

yang dipotong seksyen yang berikut:

“Pelupusan, kitar semula atau guna semula.

Quoted provision

Seksyen 27a

(1)

Tiada seorang pun boleh melupuskan, atau menyebabkan sisa radioaktif dilupuskan, mengitar semula atau mengguna semula apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau bahan api terpakai melainkan jika dia adalah pemegang lesen.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1779

Pelan penutupan bagi kemudahan pelupusan sisa radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 27b

(1)

Pemegang lesen suatu kemudahan pelupusan sisa radioaktif hendaklah menyediakan pelan bagi penutupan kemudahan itu.

(2)

Pemegang lesen hendaklah memperoleh kelulusan Ketua Pengarah bagi pelan yang disebut dalam subseksyen (1) sebelum memulakan operasi kemudahan itu.”.

Pindaan seksyen 28

Seksyen 28 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“membetulkan keadaan jika kemudahan tidak mencukupi”

dengan perkataan “untuk mengurangkan dan membetulkan situasi jika ruang fizikal tidak mencukupi”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “kemudahan” dengan perkataan “ruang fizikal”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “membetulkan situasi itu dan pemegang lesen hendaklah melaksanakan arahan itu”

dengan perkataan “untuk mengurangkan dan membetulkan situasi itu dan pemegang lesen hendaklah mematuhi arahan itu dan menanggung apa-apa kos tambahan pengurangan dan pembetulan”.

Seksyen baharu 28a, 28b, 28c dan 28d

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28

seksyen yang berikut:

“Larangan mengimport sisa radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 28a

(1)

Tiada seorang pun boleh mengimport sisa radioaktif yang dijana di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sisa radioaktif yang berasal dari Malaysia atau sisa radioaktif bahan radioaktif yang dieksport atau yang berasal dari Malaysia boleh diimport ke Malaysia, dengan kelulusan Ketua Pengarah.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

33

Penubuhan

Kumpulan Wang

Sisa Radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 28b

(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Sisa Radioaktif”

ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Ketua Pengarah.

(2)

Kumpulan Wang Sisa Radioaktif hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Malaysia;

(b)

segala wang yang dibayar kepada atau diterima daripada ses yang dikenakan atau dikutip mengikut seksyen 28d; dan

(c)

segala derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar

Malaysia.

Pemakaian

Kumpulan Wang

Sisa Radioaktif.

Quoted provision

Seksyen 28c

Kumpulan Wang Sisa Radioaktif hendaklah ditadbirkan bagi maksud—

(a)

penyelidikan berhubung dengan pengurusan sisa radioaktif; dan

(b)

langkah-langkah pemuliharaan untuk perlindungan alam sekeliling terhadap apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa kejadian yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau sisa radioaktif.

Ses penyelidikan.

Quoted provision

Seksyen 28d

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, membuat perintah yang disiarkan dalam Warta bagi pengenaan dan kutipan, atau pengubahan atau pembatalan ses yang dikenakan kepada mana-mana orang yang terlibat dalam penjanaan, pengeluaran atau penyimpanan sisa radioaktif.

(2)

Ses yang dikutip di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Sisa Radioaktif.”.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1779

Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“kemudahan”.

Seksyen 31 Akta ibu dipinda—

(i)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar” dengan perkataan “Ketua Pengarah Kualiti Alam

Sekeliling”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah

Kualiti Alam Sekitar yang dilantik di bawah seksyen 3(1)” dengan perkataan “Ketua Pengarah

Kualiti Alam Sekeliling yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasa berkenaan”

dengan perkataan “Ketua Pengarah”.

Penggantian seksyen 32

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 32 dengan seksyen yang berikut:

“Rayuan.

Quoted provision

Seksyen 32

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan pihak berkuasa berkenaan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu keputusan itu merayu kepada suatu lembaga rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 32a mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.”.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

35

Seksyen baharu 32a dan 32b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32

seksyen yang berikut:

“Lembaga rayuan.

Quoted provision

Seksyen 32a

(1)

Menteri hendaklah melantik suatu lembaga rayuan bagi maksud mempertimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen 32.

(2)

Lembaga rayuan hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang lain yang dilantik oleh Menteri yang, pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan.

Kuasa lembaga rayuan.

Quoted provision

Seksyen 32b

(1)

Lembaga rayuan boleh, selepas mendengar sesuatu rayuan, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga rayuan hendaklah dengan seberapa segera memutuskan dan menyampaikan keputusannya kepada orang yang membuat rayuan dan pihak berkuasa berkenaan.”.

Penggantian kepala Bahagian VIII

Akta ibu dipinda dengan menggantikan kepala Bahagian VIII dengan kepala yang berikut:

“PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN”.

Pindaan seksyen 33

Seksyen 33 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Apabila ternyata pada mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang disifatkannya perlu, bahawa ada

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1779

alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, kemudahan atau pengangkut ada disembunyikan, disimpan, didepositkan atau distorkan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, atau apa-apa peranti, bekas, buku, dokumen atau apa-apa benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urusan berhubung dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran yang menjadi kesalahan, atau apa-apa urusan yang dimaksudkan mengenainya yang akan menjadi, suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor—

(a)

untuk memasuki premis, tapak, kemudahan atau pengangkut, untuk menggeledah, menyita dan mengelak apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain;

(b)

untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang dalam milikannya atau di bawah kawalannya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain dijumpai, atau orang yang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor percaya dengan semunasabahnya telah terlibat dengan apa-apa aktiviti berkenaan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran itu, atau telah berada dalam milikannya atau kawalannya peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain itu, atau telah membawa, menerima, menyembunyikan, menyimpan, mendepositkan atau menstor bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain itu.”;

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “kemudahan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk mengalihkan, mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran daripada premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang di dalam ia dijumpai.

(4)

Jika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor telah menyita atau mengelak mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran di bawah Bahagian ini, dia hendaklah menyediakan suatu senarai segala benda yang disita atau dilak dalam menjalankan penggeledahan yang dibuat di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, kemudahan dan tempat yang benda itu masing-masing dijumpai dan hendaklah ditandatangani olehnya.”.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1779

Pindaan seksyen 34

Seksyen 34 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan memasukkan sebelum perkataan “bahawa ada alasan yang munasabah” perkataan “atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “pepasangan nuklear” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “kemudahan”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “benda ditetapkan, radas penyinaran” dengan perkataan “penjana sinaran”; dan

(i)

dengan memasukkan sebelum perkataan “boleh menahan” perkataan “atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “, dan menyita”

dengan perkataan “, menyita dan mengelak”;

dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “benda ditetapkan, radas penyinaran” dengan perkataan “penjana sinaran”.

Seksyen baharu 34a dan 34b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34

seksyen yang berikut:

“Waran boleh diterima walaupun cacat.

Quoted provision

Seksyen 34a

Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

39

bagi waran itu dan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Kad kuasa.

Quoted provision

Seksyen 34b

(1)

Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang ditandatangani oleh pihak berkuasa berkenaan.

(2)

Bilamana pegawai diberi kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 35

Seksyen 35 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan memasukkan sebelum perkataan “hendaklah”

perkataan “atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”;

(ii)

dengan menomborkan semula perenggan (a)

sebagai perenggan (aa);

(iii)

dengan memasukkan sebelum perenggan (aa) yang dinomborkan semula perenggan yang berikut:

“(a) memasuki, memeriksa dan menggeledah pada setiap masa mana-mana premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang aktiviti dijalankan oleh pemegang lesen atau pemegang permit bagi maksud menentusahkan pematuhan peruntukan

Akta, memperoleh maklumat mengenai status keselamatan dan sekuriti aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen atau pemegang permit;”;

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1779

(A)

dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” dengan perkataan

“kemudahan”;

(B)

dengan menggantikan perkataan “pegawai”

dengan perkataan “pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”;

(C)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” dengan perkataan “atau penjana sinaran”; dan

(D)

dengan menggantikan perkataan “, benda atau radas penyinaran” dengan perkataan

“atau penjana sinaran”; dan

(A)

dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” dengan perkataan

“kemudahan”; dan

(B)

dengan menggantikan perkataan “pegawai”

dengan perkataan “pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Pihak berkuasa berkenaan hendaklah mempunyai kuasa untuk menempatkan pegawai diberi kuasa di premis, tapak, kemudahan atau lokasi yang aktiviti berhubung dengan Akta ini dijalankan.”.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

41

Seksyen baharu 35a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 35

seksyen yang berikut:

“Kuasa penyiasatan.

Quoted provision

Seksyen 35a

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan di bawah

Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].”.

Pindaan seksyen 36

Seksyen 36 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “contoh-contoh, dll” dengan perkataan “sampel, dsb.”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “pepasangan nuklear”

dengan perkataan “kemudahan”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “atau benda”

dengan perkataan “atau barang”;

(ii)

dengan memotong perkataan “, benda yang ditetapkan”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “; atau” dengan noktah; dan

(d)

dengan memotong perenggan (b).

Undang-Undang Malaysia 42

Akta A1779

Seksyen baharu 36a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 36

seksyen yang berikut:

“Anggapan.

Quoted provision

Seksyen 36a

(1)

Jika apa-apa bahan yang disyaki sebagai bahan radioaktif atau bahan nuklear telah disita dan bahan itu terkandung dalam beberapa bekas, adalah mencukupi untuk menganalisis sampel bahan itu bagi amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah dan jika analisis itu membuktikan bahawa kesemua sampel itu mempunyai sifat dan perihalan yang sama, ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan semua bekas itu adalah daripada sifat dan perihalan yang sama sebagaimana sampel yang dianalisis.

(2)

Tatacara mengambil dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.”.

Pindaan seksyen 37

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “pegawai awam” dengan perkataan “pegawai diberi kuasa”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “pegawai awam”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai diberi kuasa”.

Seksyen baharu 37a, 37b dan 37c

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui tentang kes.

Quoted provision

Seksyen 37a

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki supaya

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

43

hadir di hadapannya seseorang yang pada hemat pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor itu mengetahui tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.

Pemeriksaan orang yang mengetahui tentang kes.

Quoted provision

Seksyen 37b

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dianggap mengetahui tentang fakta dan hal keadaan kes dan hendaklah mengubah dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor itu, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan itu.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta A1779

(4)

Seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dalam memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau menandakan cap ibu jarinya pada pernyataan itu, seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya fakta keengganan itu dan sebabnya, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan.

37 c.  (1)  Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika mahkamah fikirkan patut demi

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

45

kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950

[Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan suatu kawad cam atau tergolong dalam seksyen 27

atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j)

Akta Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.”.

Pindaan seksyen 38

Seksyen 38 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.”; dan

Undang-Undang Malaysia 46

Akta A1779

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(1b)

Jika tiada pendakwaan atau sabitan berkenaan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang itu hendaklah dipegang bagi tempoh dua belas bulan kalendar dari tarikh penyitaan dan di akhir tempoh itu hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan, melainkan jika suatu tuntutan bertulis baginya diterima dalam tempoh itu.

(1c)

Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

47

radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita di bawah Akta ini dan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu mengenai tuntutannya.

(1d)

Apabila suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1c) diterima, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor hendaklah tanpa kelengahan yang tidak wajar merujuk perkara itu kepada mahkamah untuk keputusan.

(1e)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain itu yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan mahkamah, dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu.

(1f)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan dan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan

Undang-Undang Malaysia 48

Akta A1779

bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disebut dalam subseksyen (1e)

merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.”.

Seksyen baharu 38a dan 38b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38

seksyen yang berikut:

“Kos memegang, menanggalkan dan melupuskan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita.

Quoted provision

Seksyen 38a

Jika apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan

Kerajaan Malaysia sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos untuk memegang, menanggalkan dan melupuskan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia oleh orang itu dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

49

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan semula.

Quoted provision

Seksyen 38b

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau sisa radioaktif yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.”.

Pindaan seksyen 39

Seksyen 39 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“pepasangan nuklear” dengan perkataan “kemudahan”;

(b)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “menghalang,” perkataan “menyekat, mengganggu,”;

(c)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“bahan ditetapkan, radas penyinaran” dengan perkataan

“penjana sinaran”;

(d)

dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “atau”

di hujung perenggan itu;

(e)

dalam perenggan (i), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;

Undang-Undang Malaysia 50

Akta A1779

(f)

dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:

“(j) tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen 33(3)

atau mengalihkan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, peranti, bekas, buku, dokumen atau benda lain yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau penjana sinaran daripada premis, tapak, kemudahan atau pengangkut yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian,”; dan

(g)

dengan menggantikan perkataan “adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara bagi tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya”.

Pindaan seksyen 40

Seksyen 40 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “lima ratus ribu ringgit”;

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “ketinggalan” dengan perkataan “peninggalan”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Tanpa menjejaskan peruntukan Kanun Tatacara

Jenayah, pendakwaan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh pegawai diberi kuasa secara bertulis pada amnya atau khasnya untuk berbuat demikian oleh Pendakwa

Raya.”; dan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”.

Seksyen baharu 40a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40

seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan.

Quoted provision

Seksyen 40a

(1)

Menteri boleh, dengan kelulusan

Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Pihak berkuasa berkenaan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa

Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah

Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada pihak berkuasa berkenaan suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2)

boleh dibuat pada bila-bila masa setelah kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta A1779

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa berkenaan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat, dan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran, sisa radioaktif, peranti, bekas, buku, dokumen, pengangkut atau benda lain yang disita di bawah Akta ini berhubung dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh pihak berkuasa berkenaan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan.

(6)

Semua jumlah wang yang diterima oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan Persekutuan.”.

Bahagian baharu VIIIa

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIII bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIIa

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN SEKURITI

Pencurian atau perompakan.

Quoted provision

Seksyen 41a

(1)

Mana-mana orang yang melakukan pencurian bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(2)

Mana-mana orang yang melakukan perompakan bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Pecah amanah jenayah.

Quoted provision

Seksyen 41b

Mana-mana orang yang melakukan pecah amanah jenayah berhubung dengan bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Menipu.

Quoted provision

Seksyen 41c

Mana-mana orang yang menipu dan dengan itu dengan curang mendorong seseorang yang terpedaya, untuk memperoleh bahan radioaktif atau bahan nuklear melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Menjalankan aktiviti dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan.

Quoted provision

Seksyen 41d

(2)

Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan niat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan dengan hukuman sebat.

(3)

Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan niat untuk menyebabkan kerosakan teruk kepada harta atau kepada alam sekeliling melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Sabotaj.

Quoted provision

Seksyen 41e

(1)

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sabotaj atau mengancam untuk melakukan suatu perbuatan sabotaj terhadap kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear atau suatu perbuatan yang sengaja mengganggu pengendalian kemudahan, dengan niat untuk menyebabkan atau mungkin menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada mana-mana orang atau kerosakan teruk kepada harta atau kepada alam sekeliling, melalui pendedahan kepada sinaran atau pelepasan benda radioaktif atau selainnya atau kerugian ekonomi melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika perbuatan itu menyebabkan kematian, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dikenakan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

55

hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa artikel yang boleh digunakan, dan yang dia berniat untuk menggunakannya, dalam melakukan perbuatan sabotaj di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Dalam seksyen ini, “sabotaj” ertinya apa-apa tindakan sengaja yang terarah terhadap suatu kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear dalam penggunaan, penstoran atau pengangkutan yang boleh secara langsung atau tidak langsung membahayakan kesihatan dan keselamatan pekerja, orang awam atau alam sekeliling melalui pendedahan kepada sinaran atau pelepasan benda radioaktif.

Desakan melalui paksaan untuk mendapatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan ancaman yang boleh dipercayai, penggunaan kekerasan atau bentuk intimidasi lain.

Quoted provision

Seksyen 41f

Mana-mana orang yang melakukan suatu perbuatan yang terjumlah kepada desakan untuk mendapatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan ancaman yang boleh dipercayai atau penggunaan kekerasan atau bentuk intimidasi lain melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta A1779

Mengancam untuk menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada mana-mana orang atau kerosakan harta atau kerugian ekonomi.

Quoted provision

Seksyen 41g

Mana-mana orang yang mengancam untuk menggunakan atau menyebarkan bahan radioaktif atau bahan nuklear untuk menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada mana-mana orang atau kerugian ekonomi atau kerosakan harta atau alam sekeliling melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun.

Mengancam untuk memaksa orang melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan.

Quoted provision

Seksyen 41h

Mana-mana orang yang mengancam untuk menyebabkan kemudaratan dengan menggunakan bahan radioaktif atau bahan nuklear, untuk memaksa Kerajaan Malaysia, mana-mana kerajaan lain, mana-mana pertubuhan antarabangsa atau mana-mana orang atau kumpulan orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Konspirasi.

Quoted provision

Seksyen 41i

(2)

Mana-mana orang yang berkonspirasi dengan orang lain di mana-mana tempat di dalam atau di luar Malaysia untuk melakukan suatu perbuatan di Malaysia yang terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai berkonspirasi secara jenayah di Malaysia untuk melakukan perbuatan itu dan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Komunikasi yang membahayakan sekuriti.

Quoted provision

Seksyen 41j

Mana-mana orang dengan diketahuinya mendedahkan maklumat mengenai sekuriti mana-mana kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear kepada orang lain yang boleh menjalankan aktiviti atau perbuatan yang membahayakan atau menjejaskan sekuriti kemudahan, bahan radioaktif atau bahan nuklear itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 44

Subseksyen 44(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Lembaga” di mana-mana juga terdapat dengan perkataan

“Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 51

Seksyen 51 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan “Ketua Pengarah”.

Undang-Undang Malaysia 58

Akta A1779

Pindaan seksyen 55

Seksyen 55 Akta ibu dipinda—

(i)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “penggerenti” dengan perkataan

“penjamin”; dan

(ii)

dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan

“lamanya”; dan

(i)

dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan “Ketua Pengarah”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dalam erti”

dengan perkataan “bagi maksud”.

Pindaan seksyen 56

Seksyen 56 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan “Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 57

Seksyen 57 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pengarah”; dan

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “the Board’s findings” dengan perkataan “the Director General’s findings”.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

59

Pindaan seksyen 58

Seksyen 58 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pengarah”; dan

(i)

dengan menggantikan perkataan “satu bulan”

dengan perkataan “lima bulan”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua ratus ringgit”

dengan perkataan “satu ribu ringgit”.

Pindaan seksyen 59

Seksyen 59 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”; dan

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “bunga” dengan perkataan

“faedah”.

Pindaan seksyen 60

Seksyen 60 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“pihak berkuasa berkenaan” dengan perkataan

“Ketua Pengarah”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Lembaga hendaklah menetapkan” dengan perkataan

“Ketua Pengarah boleh menentukan”; dan

Undang-Undang Malaysia 60

Akta A1779

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “penggerenti” dengan perkataan

“penjamin”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 61

Subseksyen 61(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 67

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 67 dengan seksyen yang berikut:

“Pewakilan kuasa.

Quoted provision

Seksyen 67

(1)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan penyeliaan

Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah kecuali kuasa pewakilan di bawah seksyen ini.

(2)

Ketua Pengarah Kesihatan boleh, secara bertulis dan berhubung dengan fungsi dan kuasa di bawah subseksyen 15(3), mewakilkan fungsi atau kuasa itu kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan penyeliaan

Ketua Pengarah Kesihatan tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah Kesihatan kecuali kuasa pewakilan di bawah seksyen ini.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(3)

Suatu pewakilan di bawah subseksyen (1)

dan (2) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh

Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah Kesihatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tidak menghalang Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah Kesihatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.”.

Seksyen baharu 67a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 67

seksyen yang berikut:

“Kuasa mengeluarkan arahan.

Quoted provision

Seksyen 67a

(1)

Pihak berkuasa berkenaan boleh mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis sebagaimana yang didapati suai manfaat atau perlu bagi maksud memastikan pematuhan

Akta ini.

(2)

Mana-mana pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah mematuhi arahan secara bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 68

Seksyen 68 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “benda ditetapkan, radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“penjana sinaran”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”;

(c)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“, prescribed substances or irradiating apparatuses”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “or radiation generator”;

(d)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (a)

dengan perenggan yang berikut:

“(a) bagi mengawal dan mengawal selia aktiviti tenaga atom;”;

Undang-Undang Malaysia 62

Akta A1779

(i)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan

“bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu atau benda ditetapkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “bahan radioaktif atau bahan nuklear tertentu”;

(ii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “radas penyinaran” dengan perkataan

“penjana sinaran”;

(A)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “fee-fee”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “fi”; dan

(B)

dengan memasukkan selepas perkataan

“lesen” perkataan “, permit dan ujian”;

(iv)

dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan “mengadakan peruntukan mengenai pengawalseliaan rayuan-rayuan” dengan perkataan

“menetapkan perkara yang berhubungan dengan rayuan”; dan

(v)

dengan memasukkan selepas perenggan (n)

perenggan yang berikut:

“(na) menetapkan kelayakan dan ujian bagi mana-mana pekerja;

(nb) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan di bawah

Akta ini;

(nc) menetapkan maklumat yang dikehendaki yang berhubungan dengan kawal guna;”; dan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti  denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.

Seksyen baharu 68a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 68

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk meminda

Jadual.

Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.”.

Pindaan seksyen 69

Seksyen 69 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta,” dengan perkataan “Menteri boleh, atas syor pihak berkuasa berkenaan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,”;

dan

(b)

dengan memotong subseksyen (2).

Seksyen baharu 69a dan 69b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 69

seksyen yang berikut:

“Notis pendedahan maklumat.

Quoted provision

Seksyen 69a

(1)

Pihak berkuasa berkenaan boleh menyampaikan suatu notis kepada mana-mana orang yang pihak berkuasa berkenaan percaya atas alasan yang munasabah mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan

Undang-Undang Malaysia 64

Akta A1779

penguatkuasaan Akta ini yang berhubungan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear, barang berkaitan nuklear atau penjana sinaran, meminta orang itu memberikan maklumat atau dokumen itu kepada pihak berkuasa berkenaan.

(2)

Seseorang yang menerima notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang diminta kepada pihak berkuasa berkenaan secara bertulis dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang.

Quoted provision

Seksyen 69b

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, pihak berkuasa berkenaan atau pegawai diberi kuasa atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, pengabaian atau keingkaran telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.”.

Kecualian dan peralihan

(1)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, Lembaga

Perlesenan Tenaga Atom, kemudian daripada ini disebut “Lembaga yang dibubarkan”, adalah dibubarkan.

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(2)

Anggota Lembaga yang dibubarkan dan anggota apa-apa jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ibu dan memegang jawatan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Mana-mana lesen, pendaftaran, kelulusan atau keputusan yang telah dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Lembaga yang dibubarkan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(4)

Apa-apa permohonan bagi lesen yang belum selesai di hadapan Lembaga yang dibubarkan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa penyiasatan, perbicaraan atau prosiding yang dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan

Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Apa-apa rayuan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(7)

Apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dimulakan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(8)

Semua sebutan mengenai “Lembaga Perlesenan Tenaga

Atom” dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom”.

Undang-Undang Malaysia 66

Akta A1779

Jadual baharu

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71

jadual yang berikut:

“JADUAL

[Seksyen 2]

BAHAN NUKLEAR

Quoted provision

Seksyen 1

Uranium yang mengandungi campuran isotop yang wujud secara semula jadi

Quoted provision

Seksyen 2

Uranium tersusut dalam isotop 235

Quoted provision

Seksyen 4

Apa-apa yang disebut dalam perenggan 1, 2 atau 3 dalam bentuk logam, aloi, sebatian kimia atau pekatan

Quoted provision

Seksyen 7

Uranium diperkayakan dalam isotop 235 atau 233

Quoted provision

Seksyen 8

Apa-apa bahan yang mengandungi satu atau lebih yang disebut dalam perenggan 5, 6 atau 7”.

Common questions

What is Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025?
Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1779 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 still in force?
Yes — Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 is currently in force.
When did Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 take effect?
Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 have?
Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 contains 134 sections.
Where can I read the official version of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025?
The official text of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.