Skip to content
ActIn force

Akta Kesihatan Mental 2001

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2001
Last amended
2023
Sections
96
Languages
MS · EN

Akta Kesihatan Mental 2001 is Malaysia Act, cited as Act 615 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 615

Sebagaimana pada 1 Februari 2014

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 6 September 2001

Tarikh Penyiaran dalam Warta ... … … 27 September 2001

3

Akta 615

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan kecelaruan mental dan mengadakan peruntukan bagi kemasukan, penahanan, penginapan, jagaan, rawatan, pemulihan, pengawalan dan perlindungan orang bercelaru mental dan bagi perkara yang berhubungan dengannya. [15 Jun 2010, P.U. (B) 269/2010] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesihatan Mental 2001.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini, atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, di bahagian yang berlainan di Malaysia.

Seksyen 2

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

“ahli psikiatri’ ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman dalam disiplin psikiatri yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hospital psikiatri” ertinya hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan;

“hospital psikiatri kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai hospital psikiatri kerajaan di bawah seksyen 3;

“hospital psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai hospital psikiatri swasta di bawah Akta

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

[Akta 586];

“hospital psikiatri swasta yang diwartakan” ertinya hospital psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 4;

“hospital psikiatri yang diluluskan” ertinya hospital psikiatri kerajaan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 22;

“kecelaruan mental” ertinya apa-apa penyakit mental, atau perkembangan fikiran yang terbantut atau tidak sempurna, kecelaruan psikiatri atau apa-apa kecelaruan atau ketakdayaan fikiran lain tidak kira bagaimana sekalipun diperoleh; dan “bercelaru mental”

hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

“Kementerian” ertinya Kementerian Kesihatan, Malaysia;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 38;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau

Mahkamah Majistret atau Mahkamah Syariah mengikut kehendak

Kesihatan Mental 11

konteksnya, dan termasuk seseorang Hakim sama ada yang bersidang di Mahkamah atau di dalam Kamar;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“orang yang bertanggungjawab”

ertinya orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawalan sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan penyeliaan kakitangan perubatan, kakitangan rawatan, kakitangan teknikal dan kakitangan sampingan yang diambil kerja di hospital rumah jagaan, atau pusat itu.

“pegawai kebajikan masyarakat” ertinya mana-mana pegawai kebajikan masyarakat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dalam Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;

“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia;

“pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia;

“Pelawat” ertinya anggota Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 38;

“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen bagi suatu hospital psikiatri swasta atau suatu rumah kejururawatan psikiatri swasta atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dikeluarkan di bawah

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi, dan termasuk mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah Tinggi;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

dan memegang perakuan amalan yang sah di bawah Akta itu;

“Pengarah Perubatan” ertinya—

(a)

Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) atau seksyen 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk

Timbalan Pengarah Perubatan yang dilantik di bawah seksyen itu; dan

(b)

Ketua Psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);

“penjaga”, berhubung dengan orang yang belum dewasa, ertinya ibu atau bapa atau ibu bapa orang yang belum dewasa itu, atau orang yang dilantik dengan sah melalui wasiat atau dengan perintah suatu

Mahkamah berwibawa sebagai penjaga kepada orang yang belum dewasa itu, atau seorang yang mempunyai jagaan sah kepada orang yang belum dewasa;

“pesakit sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 9;

“pesakit tidak sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 10, atau yang ditahan di hospital itu di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1) atau 14(3), atau yang diterima masuk ke dalam hospital psikiatri melalui perintah

Mahkamah di bawah seksyen 73;

“pusat kesihatan mental masyarakat” ertinya suatu pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, dan termasuk pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan;

“pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai pusat kesihatan mental kerajaan di bawah seksyen 33;

“pusat kesihatan mental masyarakat swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai pusat kesihatan mental masyarakat

Kesihatan Mental 13

swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998;

“pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan”

ertinya pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan di bawah seksyen 34;

“rakan”, berhubung dengan orang bercelaru mental, ertinya—

(a)

seseorang, selain saudara, yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang dengannya orang yang bercelaru mental pada lazimnya tinggal (atau jika orang bercelaru mental itu pada masa itu merupakan seorang pesakit yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri, yang dengannya dia terakhir pada lazimnya tinggal sebelum dia dimasukkan), dan yang dengannya dia telah atau pernah pada lazimnya tinggal selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun; atau

(b)

sesuatu badan atau organisasi yang diiktiraf oleh Menteri di bawah subseksyen (4);

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri” ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan atau rumah jagaan kejururawatan swasta, dan termasuk rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan;

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan”

ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan di bawah seksyen 27;

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998;

“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan”

ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 28;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

“saudara” ertinya mana-mana orang yang berikut yang berumur 18

tahun atau lebih:

(2)

Tiada apa-apa jua dalam takrif “kecelaruan mental” dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyiratkan bahawa seseorang itu boleh diuruskan di bawah Akta ini sebagai mengidap kecelaruan mental hanya atas sebab kecabulannya atau kelakuan tidak bermoral yang lain, penyimpangan seksual, penggunaan arak atau dadah, atau jika dia menyatakan atau enggan atau gagal menyatakan pendapat atau kepercayaan politik atau agama yang tertentu, atau keperibadiannya yang antisosial.

(3)

Subseksyen (2) tidak menghalang kesan fisiologi, biokemikal atau psikologi serius sementara atau kekal, akibat penggunaan dadah atau arak, daripada dianggap sebagi suatu tanda bahawa seseorang itu berpenyakit mental.

(4)

Menteri boleh mengiktiraf sesuatu badan atau organisasi sebagai “rakan” jika Menteri berpuas hati tentang pewatakan dan kesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasa atau badan pengelola lain badan atau organisasi itu.

Kesihatan Mental 15

Seksyen 3

Penetapan hospital psikiatri kerajaan

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan seluruh atau mana-mana bahagian daripada mana-mana premis sebagai hospital psikiatri kerajaan bagi kemasukan, penahanan, penginapan, jagaan, rawatan, pemulihan, pengawalan dan perlindungan orang yang bercelaru mental.

Seksyen 4

Penetapan hospital psikiatri swasta yang diwartakan

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan seluruh atau mana-mana bahagian daripada mana-mana hospital psikiatri swasta sebagai hospital psikiatri swasta yang diwartakan bagi kemasukan, penahanan, penginapan, jagaan, rawatan, pemulihan, pengawalan dan perlindungan pesakit tidak sukarela di bawah seksyen 11, 12, 13, 14, 55 dan 73.

Pelantikan Pengarah Perubatan dan Timbalan Pengarah

Seksyen 5

Perubatan hospital psikiatri kerajaan

(1)

Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan tiap-tiap hospital psikiatri kerajaan—

(a)

seorang Pengarah Perubatan yang hendaklah menjadi orang yang bertanggungjawab; dan

(2)

Jika mana-mana bahagian atau mana-mana premis ditetapkan sebagai hospital psikiatri kerajaan di bawah seksyen 3, Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan bahagian itu, seorang Ketua

Psikiatri yang hendaklah menjadi orang yang bertanggungjawab.

(3)

Orang yang akan dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2)

hendaklah seorang pegawai perubatan dan sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Pelantikan Pengarah Perubatan dan Timbalan Pengarah

Seksyen 6

Perubatan hospital psikiatri swasta

(1)

Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang lain pemegang lesen tiap-tiap hospital psikiatri swasta hendaklah melantik—

(a)

seorang Pengarah Perubatan yang hendaklah menjadi orang yang bertanggungjawab; dan

(2)

Orang yang hendak dilantik di bawah perenggan (1)(a) atau

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), seorang pemegang lesen yang merupakan seorang ahli psikiatri boleh melantik dirinya sebagai

Pengarah Perubatan bagi hospital psikiatri swasta itu yang berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan.

(4)

Pemegang lesen sesuatu hospital psikiatri swasta hendaklah memberitahu Ketua Pengarah dengan seberapa segera yang praktik, tetapi bagaimanapun jua tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh berlakunya apa-apa pertukaran Pengarah Perubatan atau

Timbalan Pengarah Perubatan hospital psikiatri swasta itu, dan kelayakan, latihan dan pengalaman Pengarah Perubatan atau

Timbalan Pengarah Perubatan yang baru itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pemegang lesen dan Pengarah Perubatan hospital psikiatri swasta hendaklah mematuhi

Akta

Kemudahan dan

Seksyen 7

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

(2)

Pemegang lesen dan Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mematuhi apa-apa kehendak tambahan lain sebagaimana yang ditetapkan.

Bahagian II

KEMASUKAN, PENAHANAN, PENGINAPAN, JAGAAN, RAWATAN,

PEMULIHAN, PENGAWALAN DAN PERLINDUNGAN ORANG

BERCELARU MENTAL DI DALAM HOSPITAL PSIKIATRI, DAN

PELEPASAN PESAKIT SUKARELA DARI HOSPITAL ITU

Kemasukan pesakit ke dalam hospital psikiatri

Seksyen 8

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun boleh dimasukkan ke dalam hospital psikiatri melainkan—

(a)

atas arahan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen 14;

(c)

atas arahan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1)

atau 14(3);

(e)

dengan perintah Mahkamah di bawah seksyen 55 atau 73;

(f)

atas perintah Mahkamah atau Pendakwa Raya di bawah seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau

Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua

Negeri sesuatu Negeri di bawah seksyen 344 atau 348

Kanun Tatacara Jenayah, atau dengan perintah pihak

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

berkuasa yang berkaitan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau

(g)

kerana dipindahkan dari hospital psikiatri lain, atau semasa kembali dari bercuti, atau apabila ditahan semula selepas tidak hadir tanpa kebenaran.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang mana-mana pesakit sukarela daripada menerima jagaan, rawatan atau pemulihan di mana-mana hospital kerajaan yang lain atau di mana-mana hospital swasta yang dilesenkan di bawah Akta

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Seksyen 9

Kemasukan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri

(1)

Seseorang boleh dimasukkan ke dalam hospital psikiatri sebagai seorang pesakit sukarela—

(b)

dalam hal seseorang yang belum dewasa, atas suatu permohonan bagi pihaknya oleh penjaganya kepada

Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu, yang dibuat dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Pengarah Perubatan boleh menolak kemasukan seseorang sebagai pesakit sukarela jika dia tidak berpuas hati bahawa orang itu mungkin mendapat faedah daripada jagaan dan rawatan di hospital psikiatri itu sebagai seorang pesakit sukarela.

(3)

Seseorang pesakit sukarela, atau sekiranya pesakit sukarela itu belum dewasa, penjaganya boleh, memberikan notis kepada Pengarah

Perubatan meminta pelepasan pesakit sukarela itu daripada hospital psikiatri itu.

(4)

Tertakluk kepada perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5),

Kesihatan Mental 19

seseorang pesakit sukarela yang pelepasannya telah diminta di bawah subseksyen (3) tidak boleh ditahan di dalam hospital psikiatri lebih daripada tujuh puluh dua jam dari tarikh notis diberikan di bawah subseksyen itu.

(5)

Pesakit sukarela yang pelepasannya telah diminta di bawah subseksyen (3) hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang tidak terlibat dalam pengurusan pesakit itu, dan jika pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu berpuas hati bahawa—

(b)

adalah perlu untuk kesihatan atau keselamatan pesakit itu atau untuk perlindungan orang lain dia terus menerima jagaan dan rawatan selanjutnya di hospital psikiatri itu, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu hendaklah membuat perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya bagi penahanan lanjut pesakit itu di dalam hospital psikiatri itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan.

(6)

Pengarah Perubatan boleh—

(a)

memberi kebenaran bercuti kepada mana-mana pesakit sukarela;

(b)

pada bila-bila masa melepaskan seseorang pesakit sukarela jika dia berpuas hati bahawa—

(i)

adalah untuk kepentingan pesakit itu dia dilepaskan; dan

(ii)

pesakit itu tidak memerlukan apa-apa jagaan dan rawatan lanjut di dalam hospital psikiatri itu.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Seksyen 10

Kemasukan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri

(1)

Seseorang yang disyaki bercelaru mental boleh dimasukkan dan ditahan di dalam hospital psikiatri atas—

(a)

suatu permohonan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan kepada Pengarah Perubatan oleh saudara orang itu; dan

(b)

pengemukaan syor dalam borang yang ditetapkan oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar berdasarkan pemeriksaan sendiri orang itu yang dilakukan tidak lebih daripada lima hari sebelum kemasukan orang itu bahawa—

(i)

orang itu mengidap kecelaruan mental yang jenis atau takatnya yang memerlukan kemasukannya ke dalam hospital psikiatri bagi tujuan penilaian atau rawatan; atau

(ii)

orang itu harus ditahan untuk kepentingan kesihatan atau keselamatan dirinya atau dengan tujuan melindungi orang lain.

(2)

Permohonan dan perakuan dalam subseksyen (1) merupakan kuasa yang mencukupi bagi orang yang membuat permohonan itu, atau seseorang pegawai polis atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh orang yang membuat permohonan itu, untuk mengambil orang yang dengannya perakuan itu ada kaitan ke hospital psikiatri.

(3)

Jika seseorang dimasukkan ke dalam hospital psikiatri di bawah seksyen ini Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam dari kemasukan orang itu, membuat atau menyebabkan supaya dibuat ke atasnya oleh seorang pegawai perubatan atau seorang pengamal perubatan berdaftar apa-apa pemeriksaan yang difikirkan oleh Pengarah

Perubatan itu perlu bagi menentukan sama ada atau tidak penahanan lanjut orang itu wajar.

Kesihatan Mental 21

(4)

Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang membuat perakuan di bawah perenggan (1)(b) atau yang memasukkan pesakit itu di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak memeriksa pesakit itu di bawah subseksyen ini.

(5)

Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu di bawah subseksyen

(3)

, Pengarah Perubatan—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, dia hendaklah melepaskan orang itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, dia hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya bagi penahanan orang itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan.

(6)

Jika seseorang yang ditahan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah perenggan (5)(b) atau subsekyen 9(5) tidak dilepaskan terlebih dahulu, Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum perintah itu habis tempoh, menyebabkan permeriksaan dibuat ke atas orang itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menentukan sama ada atau tidak penahanan lanjut orang itu wajar.

(7)

Pemeriksaan orang itu di bawah subsekyen (6) hendaklah dilakukan oleh dua orang pegawai perubatan atau pengamal perubatan pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang salah seorang daripadanya hendaklah seorang ahli psikiatri.

(8)

Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu di bawah subsekyen

(6)

, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah melepaskan orang itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

mereka bagi penahanan orang itu bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga bulan.

Seksyen 11

Penangkapan orang yang bercelaru mental

(2)

Pegawai polis atau pegawai kebajikan masyarakat yang menangkap seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas penangkapan itu, membawa orang itu kepada seorang pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau seorang pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.

Tatacara dalam kes layanan buruk yang terbukti terhadap orang yang disyaki bercelaru mental

Seksyen 12

Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Bab

XVI Kanun Keseksaan [Akta 574] yang melibatkan kecederaan, kecederaan parah, penahanan salah, pengurungan salah, amang atau kekerasan jenayah terhadap mana-mana orang lain, dan Mahkamah mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang lain itu bercelaru mental dan tidak berada di bawah jagaan dan kawalan yang sepatutnya,

Mahkamah boleh menghantar orang itu ke hadapan seorang pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau seorang pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.

Seksyen 13

Tatacara dalam kes pengabaian atau layanan kejam orang yang disyaki bercelaru mental

(1)

Jika Majistret mendapati, berdasarkan laporan seorang pegawai polis atau berdasarkan maklumat mana-mana orang, bahawa

Kesihatan Mental 23

seseorang itu dengan munasabah disyaki bercelaru mental—

(a)

tidak berada di bawah jagaan dan kawalan yang sepatutnya; atau

(b)

diabaikan atau dilayani dengan kejam oleh mana-mana saudara atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab bagi orang itu,

Majistret boleh memerintahkan supaya orang yang disyaki bercelaru mental itu dibawa kepadanya dan memanggil saudaranya atau mana-mana orang yang bertanggungjawab atau sepatutnya bertanggungjawab, baginya.

(2)

Jika Majistret berpuas hati, selepas siasatan yang sewajarnya, bahawa seseorang yang dipanggil di bawah subseksyen (1) itu terikat di sisi undang-undang untuk menyenggara orang yang disyaki bercelaru mental itu, dia boleh membuat suatu perintah menghendaki orang yang disyaki bercelaru mental itu dijaga dan dilayan dengan sepatutnya oleh orang yang dipanggil itu.

(3)

Jika tidak ada orang yang terikat di sisi undang-undang untuk menyenggara orang yang disyaki bercelaru mental itu, Majistret boleh membuat suatu perintah supaya orang itu dihantar kepada seorang pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau seorang pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan.

(4)

Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor untuk melapor kepada Majistret tiap-tiap kes pengabaian atau layanan kejam terhadap seseorang yang disyaki bercelaru mental yang sampai kepada pengetahuannya.

(5)

Sekiranya suatu perintah dibuat oleh Majistret di bawah subseksyen (2), mana-mana pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau mana-mana pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

rendah daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat boleh, pada bila-bila masa yang munasabah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret, melawat orang yang disyaki bercelaru mental bagi maksud untuk memastikan keadaannya; dan orang yang diperintahkan oleh Majistret untuk menjaga dan melayani orang yang disyaki bercelaru mental itu hendaklah mengemukakan orang yang disyaki bercelaru mental itu bagi pemeriksaan pegawai perubatan, pengamal perubatan berdaftar, Inspektor polis atau pegawai kebajikan masyarakat itu.

(6)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) atau yang enggan mengemukakan orang yang disyaki bercelaru mental di bawah subseksyen (5) melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan

(b)

dalam hal suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Perintah kemasukan ke dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar atau dengan perintah Mahkamah di bawah seksyen 11, 12, 13 atau 73

Seksyen 14

(1)

Jika seseorang dibawa atau dihantar ke hadapan seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen 11, 12, 13 atau 73, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah memeriksa orang itu dan—

(a)

jika dia berpuas hati bahawa orang itu tidak bercelaru mental, dia hendaklah melepaskannya;

(b)

jika dia berpuas hati bahawa, walaupun masih bercelaru mental, orang itu tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri dan tidak berbahaya

Kesihatan Mental 25

kepada dirinya atau kepada orang lain, dia hendaklah melepaskan orang itu; atau

(c)

jika dia berpuas hati bahawa orang itu bercelaru mental, dia hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya supaya orang itu dimasukkan dan ditahan di hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan, dan menghantar orang itu ke dalam jagaan yang sesuai di hospital psikiatri itu.

(2)

Tiada perintah boleh dibuat di bawah perenggan (1)(c) oleh seorang pegawai perubatan atau seorang pengamal perubatan berdaftar yang merupakan seorang saudara, rakan kongsi atau penolong orang yang akan dimasukkan itu atau orang yang menyampaikan permintaan bagi kemasukan orang itu ke dalam hospital psikiatri.

(3)

Jika suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1)(c)—

(a)

orang yang dimaksudkan dalam perintah itu hendaklah dimasukkan ke dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hospital psikiatri itu; dan

(b)

Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam dari kemasukan pesakit itu, membuat atau menyebabkan dibuat ke atas pesakit itu apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu bagi memastikan sama ada atau tidak penahanan lanjut orang itu perlu.

(4)

Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu Pengarah Perubatan—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu perlu, dia hendaklah melepaskan orang itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu perlu untuk pemerhatian, jagaan atau rawatan, dia hendaklah

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya bagi penahanan orang itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan.

(5)

Jika seseorang pesakit ditahan di bawah perenggan (4)(b),

Pengarah Perubatan hospital psikiatri hendaklah, sebelum perintah itu tamat tempoh, menyebabkan supaya dilakukan ke atas pesakit itu pemeriksaan yang difikirkannya perlu untuk menentukan sama ada penahanan lanjut orang itu wajar.

(6)

Pemeriksaan orang itu di bawah subseksyen (5) hendaklah dilakukan oleh dua orang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan ahli psikiatri.

(7)

Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu di bawah subseksyen

(6)

pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah melepaskan orang itu; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh mereka bagi penahanan orang itu selama suatu tempoh lanjut yang tidak melebihi tiga bulan.

Bahagian III

PELEPASAN, KEBENARAN BERCUTI DAN PEMINDAHAN

PESAKIT TIDAK SUKARELA DARI HOSPITAL PSIKIATRI

Pelepasan pesakit tidak sukarela oleh Pengarah Perubatan

Seksyen 15

Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri boleh pada bila-bila masa melepaskan seseorang pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri itu jika dia berpuas hati bahawa—

Kesihatan Mental 27

(a)

adalah demi kepentingan pesakit itu dia dilepaskan; dan

(b)

pesakit itu tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri.

Seksyen 16

Pelepasan pesakit tidak sukarela atas permohonan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pesakit tidak sukarela atau seseorang saudara pesakit itu boleh membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan kepada Pengarah

Perubatan meminta pelepasan pesakit itu.

(2)

Apabila menerima permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Pengarah Perubatan hendaklah memeriksa pesakit yang berkenaan dengannya permohonan itu telah dibuat dan hendaklah merekodkan dapatannya dalam suatu laporan.

(3)

Pengarah Perubatan tidak boleh melepaskan pesakit itu melainkan jika dia berpuas hati, berasaskan pemeriksaan di bawah subseksyen (2) bahawa pesakit itu—

(b)

walaupun masih kecelaruan mental, tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri dan tidak berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain.

(4)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan

Pengarah

Perubatan di bawah subseksyen (3) yang enggan melepaskannya boleh merayu secara bertulis kepada Pelawat dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.

(5)

Apabila suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (4),

Pengarah

Perubatan hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaannya di bawah subseksyen (2) kepada Pelawat.

(6)

Apabila menerima rayuan yang dibuat di bawah subseksyen

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(4)

, Pelawat hendaklah memeriksa sendiri orang yang berkenaan dengannya rayuan itu dibuat dan merekodkan dapatan mereka dalam suatu laporan.

(7)

Pelawat itu tidak boleh melepaskan pesakit itu melainkan jika mereka berpuas hati, berdasarkan pemeriksaan di bawah subseksyen

(6)

dan laporan Pengarah Perubatan, bahawa pesakit itu—

(b)

walaupun masih bercelaru mental, tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri dan tidak berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain.

(8)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pelawat di bawah subseksyen (7) boleh merayu secara bertulis kepada Ketua

Pengarah dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keengganan Pelawat untuk membenarkan pelepasannya.

(9)

Apabila rayuan dibuat di bawah subseksyen (8), Pelawat hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan mereka di bawah subseksyen (6) bersama dengan laporan Pengarah Perubatan kepada

Ketua Pengarah.

(10)

Jika setelah mengambil kira keadaan mental semasa pesakit dan setelah menimbangkan laporan Pengarah Perubatan dan laporan

Pelawat, Ketua Pengarah tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut pesakit itu perlu, dia hendaklah mengarahkan supaya pesakit itu dilepaskan.

Seksyen 17

Kebenaran bercuti

(1)

Pengarah Perubatan boleh, jika dia berpendapat bahawa itu adalah demi kepentingan pesakit itu, membenarkan seseorang pesakit tidak sukarela bercuti selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan sesuai oleh Pengarah Perubatan, dari hospital psikiatri tempat dia dimasukkan.

Kesihatan Mental 29

(2)

Pengarah Perubatan boleh melanjutkan tempoh cuti itu dengan kebenaran lanjut yang tidak melebihi satu bulan tanpa kehadiran pesakit itu.

(3)

Jika didapati oleh Pengarah Perubatan perlu berbuat demikian demi kepentingan kesihatan atau keselamatan pesakit atau bagi pelindungan orang lain, atau jika pesakit itu melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), dia boleh membatalkan kebenaran bercuti yang diberikan kepada seseorang pesakit tidak sukarela dan menghendaki pesakit itu kembali ke hospital psikiatri.

Seksyen 18

Penangkapan pesakit tidak sukarela

Jika seseorang pesakit tidak sukarela ditahan pada masa ini di bawah Akta ini di sesuatu hospital psikiatri dan dia—

(a)

tidak ada di hospital psikiatri tanpa diberi kebenaran di bawah seksyen 17; atau

(b)

tidak kembali ke hospital psikiatri selepas apa-apa tempoh kebenaran bercuti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 17 habis tempoh atau apabila dipanggil balik di bawah seksyen itu, dia boleh, diambil ke dalam jagaan mana-mana pegawai polis atau pegawai kebajikan masyarakat atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Perubatan bagi maksud untuk membawanya balik ke hospital psikiatri itu.

Pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain

Seksyen 19

(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, boleh dengan perintah, mengarahkan pemindahan seseorang pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke hospital psikiatri kerajaan atau

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain sekiranya—

(a)

Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu berpuas hati, berdasarkan fakta yang ada, bahawa pemindahan itu akan bermanfaat kepada pesakit itu ataupun perlu bagi jagaan dan rawatan pesakit itu; dan

(b)

dalam hal suatu cadangan pemindahan ke hospital psikiatri swasta yang diwartakan, Pengarah Perubatan hospital yang ke tempatnya dicadangkan supaya pesakit tidak sukarela itu dipindahkan bersetuju dengan pemindahan itu.

(2)

Tertakluk kepada perenggan (1)(b), Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam setiap kes mematuhi arahan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) tetapi—

(a)

jika Pengarah Perubatan berpuas hati bahawa akan bermanfaat kepada pesakit tidak sukarela di bawah jagaannya jika pesakit itu dipindahkan ke hospital psikiatri yang lain selain yang tersebut dalam perintah itu; dan

(b)

perkiraan bagi pemindahan itu boleh dibuat atau sudah dibuat dengan Pengarah Perubatan hospital psikiatri yang ke tempatnya dicadangkan supaya pesakit tidak sukarela itu dipindahkan,

Pengarah Perubatan itu hendaklah memaklumkan pendapatnya secara bertulis kepada Ketua Pengarah yang keputusannya tentang perkara itu adalah muktamad.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau

(2)

hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi penerimaan dan penahanan orang yang dimaksudkan dalam perintah itu ke dalam hospital psikiatri yang dia dipindahkan.

Kesihatan Mental 31

Seksyen 20

Kajian semula pesakit tidak sukarela oleh Pengarah Perubatan

Hendaklah menjadi kewajipan Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri untuk memeriksa, atau menyebabkan supaya diperiksa, sekurang-kurangnya seminggu sekali, pesakit tidak sukarela yang ditahan di hospital psikiatri di bawah jagaannya untuk menentukan samada penahanan lanjut orang itu perlu.

Kewajipan untuk memberitahu Mahkamah tentang pelepasan pesakit yang ditahan di bawah subseksyen 55(1) atau seksyen 73

Seksyen 21

Jika seseorang pesakit yang diterima ke dalam hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan dengan perintah Mahkamah di bawah subseksyen 55(1) atau seksyen 73

dilepaskan dari hospital itu, Pengarah Perubatan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik memberitahu Mahkamah hakikat pelepasan orang itu dalam borang yang ditetapkan.

Bahagian IV

KEMASUKAN, PENAHANAN DAN PELEPASAN ORANG YANG

DIKOMITKAN ATAU DIKURUNG DI HOSPITAL PSIKIATRI DI

BAWAH KANUN TATACARA JENAYAH

Penetapan hospital psikiatri yang diluluskan

Seksyen 22

Menteri boleh menetapkan sesuatu hospital psikiatri kerajaan menjadi hospital psikiatri yang diluluskan bagi tujuan kemasukan dan penahanan orang di bawah seksyen 342, 344 atau 348 Kanun

Tatacara Jenayah atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Pemeriksaan orang yang ditahan atau dikurung di hospital

Seksyen 23

Psikiatri yang diluluskan

(1)

Jika suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 342, 344

atau 348 Kanun Tatacara Jenayah atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain supaya seseorang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri yang diluluskan,

Pengarah Perubatan hospital psikiatri yang diluluskan itu hendaklah memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa orang itu dalam masa dua puluh empat jam dari kemasukannya.

(2)

Pengarah Perubatan hendaklah memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa sekurang-kurangnya empat minggu sekali atau dalam apa-apa tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri, mana-mana orang yang dimasukkan dan dikurung di bawah seksyen 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Kajian semula orang yang dikurung di bawah seksyen 348

Seksyen 24

Kanun Tatacara Jenayah oleh Pelawat

(1)

Apabila Pengarah Perubatan hospital psikiatri yang diluluskan di bawah seksyen 23 berpuas hati bahawa seseorang yang dimasukkan dan dikurung di bawah seksyen 348 Kanun Tatacara

Jenayah atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh dilepaskan dengan selamat tanpa apa-apa bahaya bahawa dia akan melakukan kecederaan kepada dirinya atau kepada mana-mana orang lain, dia boleh, secepat mungkin, menyebabkan orang itu dibawa ke hadapan Pelawat untuk diperiksa sendiri.

(2)

Jika setelah menimbangkan laporan Pengarah Perubatan dan dengan pemeriksaan sendiri orang itu, Pelawat berpuas hati bahawa orang itu tidak berbahaya kepada dirinya atau kepada mana-mana orang lain, Pelawat dan Pengarah Perubatan itu hendaklah bersama-sama memperakukan seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 350 Kanun Tatacara Jenayah bahawa orang itu boleh

Kesihatan Mental 33

dilepaskan dengan selamat tanpa apa-apa bahaya dia akan melakukan kecederaan kepada dirinya atau kepada orang lain.

(3)

Perakuan yang disebut di dalam subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Raja atau

Yang di-Pertua Negeri yang dengan perintahnya orang itu dikurung atau Ketua Setiausaha Negara jika orang itu dikurung dengan perintah Yang di-Pertuan Agong.

Kajian semula orang yang dikurung di bawah seksyen 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah oleh Pelawat atas pemohonan saudara atau rakan

Seksyen 25

(1)

Jika seseorang saudara atau rakan seseorang yang dikurung di hospital psikiatri yang diluluskan membuat suatu permohonan di bawah seksyen 351 Kanun Tatacara Jenayah supaya orang itu diserahkan kepada pemeliharaan atau jagaannya, saudara atau rakan itu boleh memberikan suatu salinan permohonan itu kepada Pengarah Perubatan hospital psikiatri yang diluluskan itu.

(2)

Apabila menerima salinan permohonan itu, Pengarah

Perubatan dan Pelawat hospital psikiatri yang diluluskan itu hendaklah memeriksa orang itu dan menyediakan laporan yang memperakukan sama ada pada pertimbangan mereka orang itu boleh diserahkan kepada pemeliharaan atau jagaan saudara atau rakan itu tanpa apa-apa bahaya orang itu akan melakukan kecederaan kepada dirinya atau kepada mana-mana orang lain.

(3)

Laporan yang disebut di dalam subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Raja atau

Yang di-Pertua Negeri yang dengan perintahnya orang itu dikurung atau Ketua Setiausaha Negara sekiranya orang itu dikurung dengan perintah Yang di-Pertuan Agong.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Bahagian V

KEMASUKAN, PENGINAPAN, JAGAAN KEJURURAWATAN DAN

PEMULIHAN ORANG BERCELARU MENTAL DI DALAM RUMAH

JAGAAN KEJURURAWATAN PSIKIATRI

Rumah jagaan kejururawatan psikiatri

Seksyen 26

Rumah jagaan kejururawatan psikiatri ialah suatu rumah bagi penginapan dan pemberian jagaan kejururawatan dan pemulihan untuk orang yang mengidap atau yang sedang pulih daripada bercelaru mental.

Seksyen 27

Penetapan rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan

Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan seluruh atau mana-mana bahagian mana-mana premis menjadi suatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan.

Seksyen 28

Penetapan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan

Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan seluruh atau mana-mana bahagian mana-mana premis menjadi suatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan.

Seksyen 29

Orang yang bertanggungjawab bagi rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan

(1)

Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan tiap-tiap rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan—

(a)

seorang pegawai perubatan, sebaik-baiknya dengan kelulusan atau latihan dan pengalaman dalam bidang psikiatri; atau

Kesihatan Mental 35

(b)

seorang jururawat terlatih kerajaan, dengan kelulusan, latihan dan pengalaman dalam bidang psikiatri, menjadi orang yang bertanggungjawab bagi rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan itu.

(2)

Kelayakan, latihan dan pengalaman yang disebut dalam subseksyen (1) mestilah kelayakan, latihan dan pengalaman yang diiktiraf oleh Menteri atas nasihat Ketua Pengarah.

Kewajipan pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab bagi rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta

Seksyen 30

Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta termasuk rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, hendaklah mematuhi kehendak Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Swasta 1998 berhubung dengan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, tetapi jika kehendak Akta itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasinya.

Kemasukan pesakit ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan, swasta dan swasta yang diwartakan

Seksyen 31

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), seseorang yang mengidap atau sedang pulih daripada kecelaruan mental boleh dimasukkan ke dalam suatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri sebagai pesakit sukarela—

(c)

atas permintaan Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) tiada seorang pun yang boleh dimasukkan ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri kecuali

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

di bawah arahan pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri.

(3)

Pesakit yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dimasukkan ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri kecuali bagi tujuan memberikannya tempat penginapan dan jagaan kejururawatan dan pemulihan.

(4)

Seseorang pesakit yang dimasukkan di bawah seksyen ini atau saudaranya boleh, apabila notis diberikan kepada orang yang bertanggungjawab, meminta pelepasannya dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu dan atas permintaan sedemikian pesakit itu tidak boleh ditahan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu melebihi dua puluh empat jam dari tarikh orang yang bertanggungjawab itu menerima notis itu.

(5)

Seseorang pesakit yang dimasukkan ke dalam suatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri di bawah seksyen ini hendaklah diperiksa dengan tetap oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, dan bagaimanapun jua pemeriksaan itu hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

(6)

Apabila seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar berpuas hati bahawa—

(b)

adalah perlu demi kesihatan atau keselamatan pesakit itu atau untuk perlindungan orang lain dia menerima jagaan dan rawatan lanjut, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu hendaklah mengesyorkan supaya pesakit itu dimasukkan ke dalam hospital psikiatri sama ada secara sukarela atau menurut seksyen 10; dan sekiranya orang itu tiada saudara untuk membuat suatu permohonan di bawah seksyen 10, orang yang bertanggungjawab bagi rumah jagaan kejururawatan itu boleh membuat permohonan di bawah perenggan 10(1)(a) seolah-olah orang yang bertanggungjawab itu ialah saudara pesakit itu.

Kesihatan Mental 37

Bahagian VI

PENERIMAAN MASUK, JAGAAN, RAWATAN DAN PEMULIHAN

ORANG BERCELARU MENTAL DI PUSAT KESIHATAN MENTAL

MASYARAKAT

Pusat kesihatan mental masyarakat

Seksyen 32

Pusat kesihatan mental masyarakat ialah suatu pusat bagi rawatan jagaan masyarakat yang termasuk pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan pemulihan mana-mana orang yang mengidap apa-apa kecelaruan mental.

Penetapan pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan

Seksyen 33

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, menetapkan seluruh atau mana-mana bahagian mana-mana premis sebagai pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan.

Penetapan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan

Seksyen 34

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, menetapkan seluruh atau mana-mana bahagian mana-mana premis sebagai pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan.

Seksyen 35

Orang yang bertanggungjawab bagi pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan

(1)

Ketua Pengarah hendaklah melantik berkenaan dengan tiap-tiap pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan seorang pegawai perubatan yang mempunyai latihan dan pengalaman dalam bidang psikiatri menjadi orang yang bertanggungjawab bagi pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu pusat kesihatan

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

mental masyarakat kerajaan yang secara langsung berada di bawah pengawasan dan kuasa suatu hospital psikiatri kerajaan hendaklah terus berada di bawah kuasa Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu.

Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab bagi pusat kesihatan mental masyarakat swasta

Seksyen 36

Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab bagi pusat kesihatan mental masyarakat swasta, termasuk pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan, hendaklah mematuhi kehendak

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

berhubung dengan pusat kesihatan mental masyarakat swasta tetapi jika kehendak Akta itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan

Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasinya.

Seksyen 37

Rawatan jagaan masyarakat di pusat kesihatan mental masyarakat

(1)

Seseorang pesakit tidak sukarela yang dilepaskan atau diberi kebenaran bercuti dari hospital psikiatri boleh dikehendaki oleh Pengarah Perubatan atau Pelawat, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya menjalani rawatan jagaan masyarakat di suatu pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan.

(2)

Mana-mana pusat kesihatan mental masyarakat boleh menyediakan rawatan jagaan masyarakat kepada pesakit sukarela atau pesakit tidak sukarela.

(3)

Pusat rawatan jagaan masyarakat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah disediakan atas dasar pesakit luar, dan tiada pesakit boleh menginap di mana-mana bahagian sesuatu pusat rawatan jagaan masyarakat melebihi dua puluh empat jam.

Kesihatan Mental 39

Bahagian VII

Seksyen 38

(1)

Menteri hendaklah melantik suatu Lembaga Pelawat bagi setiap hospital psikiatri dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan hendaklah menamakan seorang Pengerusi berkenaan dengan setiap

Lembaga Pelawat.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen 40(3) dan 40(4), suatu Lembaga

Pelawat hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Menteri.

Seksyen 39

Terma dan syarat pelantikan

(1)

Seseorang anggota sesuatu

Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan lebih awal, memegang jawatan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

(2)

Menteri boleh dalam surat cara perlantikan seseorang sebagai

Pelawat menyatakan terma dan syarat pelantikan.

(3)

Seseorang tidak boleh dilantik menjadi seorang Pelawat jika dia mempunyai—

(a)

apa-apa kepentingan wang, sama ada secara langsung atau tidak langsung; atau

(b)

apa-apa kepentingan lain yang bercanggah atau mungkin bercanggah dengan kepentingan pesakit itu, mengenai hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Seksyen 40

Lembaga hendaklah mengaturkan jadual bagi Pelawat

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (3) atau (4) mengikut mana-mana yang berkenaan, Lembaga, atau jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga itu Pengerusinya, hendaklah mengaturkan suatu jadual dengan melantik tiga orang anggota Lembaga untuk bertindak secara bergilir bagi setiap bulan dalam setahun; dan sebutan mengenai “Pelawat” dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pelawat yang dilantik di bawah seksyen ini menjadi Pelawat bagi bulan semasa.

(2)

Tertakluk kepada seksyen ini, jika seseorang anggota yang dilantik bagi mana-mana bulan tidak dapat bertindak bagi bulan itu atau mana-mana bahagiannya, Pengerusi hendaklah melantik anggota lain untuk menggantikannya.

(3)

Pelawat bagi sesuatu hospital psikiatri hendaklah pada setiap masa terdiri daripada seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri, yang tidak bekerja di hospital itu dan dua orang yang lain, dan salah seorang daripada Pelawat itu hendaklah merupakan seorang perempuan.

(4)

Pelawat bagi sesuatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah pada setiap masa terdiri daripada seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri, dan seorang jururawat terlatih kerajaan atau jururawat terlatih berdaftar yang tidak bekerja di rumah jagaan kejururawatan itu atau mempunyai pesakit di rumah jagaan kejururawatan itu dan seorang yang lain, dan seorang daripada Pelawat itu hendaklah merupakan seorang perempuan.

(5)

Kecuali jika keputusan Pelawat itu untuk mengesyorkan pelepasan orang yang dikurung di bawah seksyen 344 atau 348

Kanun Tatacara Jenayah atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain mestilah sebulat suara, keputusan Lembaga tentang apa-apa perkara lain di hadapan mereka bolehlah sebulat suara atau dengan majoriti yang terdiri daripada pendapat bersama dua orang Pelawat.

Kesihatan Mental 41

Seksyen 41

Mesyuarat Lembaga

(1)

Lembaga sesuatu hospital psikiatri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan pada bila-bila masa sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan fungsinya.

(2)

Lembaga sesuatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan pada bila-bila masa sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan fungsinya.

Seksyen 42

Kewajipan untuk melawat hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri

(1)

Pelawat bagi sesuatu hospital psikiatri hendaklah melawat hospital psikiatri itu sekurang-kurangnya sebulan sekali dan Pelawat bagi sesuatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah melawat rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menyiasat mengenai—

(a)

kebajikan dan kesihatan orang yang ditahan di hospital psikiatri itu atau kebajikan dan kesihatan orang yang dimasukkan ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

kecukupan peluang dan kemudahan bagi orang yang ditahan di hospital psikiatri itu atau dimasukkan ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri untuk mengamalkan agamanya; dan

(c)

apa-apa perkara lain yang dianggap perlu atau suai manfaat oleh Pelawat itu.

(2)

Semasa melawat sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri Pelawat boleh—

(a)

memeriksa mana-mana bahagian premis hospital

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu;

dan

(b)

memeriksa mana-mana daftar, buku, perintah, perakuan atau dokumen lain yang berhubungan dengan kemasukan dan pelepasan orang yang ditahan atau dimasukkan ke dalam hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu.

Seksyen 43

Laporan Pelawat

Pelawat hendaklah, seberapa segera yang dapat dilaksanakan, selepas setiap lawatan ke hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri—

(a)

mencatatkan apa-apa pendapat yang difikirkan oleh mereka patut berkenaan dengan kesejahteraan fizikal dan kebajikan orang yang ditahan atau dimasukkan ke dalam hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu di dalam suatu buku yang disimpan di hospital atau rumah jagaan kejururawatan itu bagi maksud itu; dan

(b)

sekiranya difikirkan perlu oleh mereka, mengemukakan suatu laporan bagi setiap lawatan kepada Ketua

Pengarah.

Seksyen 44

Pemeriksaan pesakit tidak sukarela oleh Pelawat

(1)

Jika seseorang pesakit telah ditahan untuk rawatan menurut suatu perintah yang dibuat mengikut subseksyen 9(5), 10(8), atau 14(7) atau seksyen 73, dia hendaklah, sebelum tamat tempoh tiga bulan yang disebut di dalam subseksyen atau seksyen itu, dibawa ke hadapan Pelawat yang hendaklah memeriksa pesakit itu dan membuat siasatan berhubung dengan kemasukan dan penahanan pesakit itu.

Kesihatan Mental 43

(2)

Jika berdasarkan pemeriksaan dan siasatan di bawah subseksyen (1) Pelawat itu—

(a)

tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut pesakit itu wajar, Pelawat itu hendaklah mengarahkan supaya pesakit tidak sukarela itu dilepaskan; atau

(b)

berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar,

Pelawat itu hendaklah membuat perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh mereka bagi penahanan orang itu di hospital psikiatri itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu atau suatu tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 45

Kajian semula pesakit tidak sukarela oleh Pelawat

(1)

Apabila Pelawat telah membuat suatu perintah di bawah perenggan 44(2)(b) dan pesakit yang dengannya perintah itu berkait masih ditahan di hospital psikiatri sebelum tamat tempoh yang ditentukan dalam perintah itu, Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah seberapa segera yang boleh menyebabkan pesakit itu dibawa ke hadapan Pelawat itu.

(2)

Jika pesakit itu dibawa ke hadapan Pelawat di bawah subseksyen (1), Pelawat boleh, selepas menimbangkan laporan

Pengarah Perubatan dan dengan pemeriksaan sendiri ke atas pesakit itu, mengarahkan supaya—

(b)

pesakit itu dilepaskan pada suatu tarikh pada masa hadapan sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu; atau

(c)

pesakit itu ditahan untuk jagaan dan rawatan bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(3)

Jika Pelawat telah membuat suatu arahan di bawah perenggan

(2)

(c)

, pesakit yang dengannya perintah itu berkait, jika dia tidak dilepaskan lebih awal daripada itu, hendaklah—

(a)

walau apa pun seksyen 20, diperiksa oleh Pengarah

Perubatan sekurang-kurangnya empat minggu sekali;

dan

(b)

dikaji semula oleh Pelawat sekurang-kurangnya sekali, sebelum tamat tempoh tahanannya di hospital psikiatri itu untuk menentukan sama ada atau tidak penahanan lanjut pesakit itu perlu.

(4)

Pada setiap kajian semula pesakit itu oleh Pelawat di bawah perenggan (3)(b), Pelawat boleh, selepas menimbangkan laporan

Pengarah Perubatan dan dengan pemeriksaan sendiri ke atas pesakit itu, mengarahkan supaya—

(b)

pesakit itu dilepaskan pada suatu tarikh pada masa hadapan sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu; atau

(c)

pesakit itu ditahan untuk jagaan dan rawatan bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu.

(5)

Kajian semula di bawah subseksyen (4) hendaklah berterusan selagi pesakit itu masih ditahan di hospital psikiatri itu dan peruntukan subseksyen (3) hendaklah terus terpakai dengan tiap-tiap penahanan pesakit itu bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan.

Seksyen 46

Kerahsiaan maklumat oleh Pelawat

(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini,

Kesihatan Mental 45

tiada seorang Pelawat pun boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya dalam perjalanan kewajipannya di bawah

Akta ini.

(2)

Seseorang pelawat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 47

Elaun, dsb., bagi anggota Lembaga

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada setiap anggota Lembaga bagi tiap-tiap kehadiran mereka pada mesyuarat Lembaga dan bagi tiap-tiap lawatan ke hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini apa-apa belanja perjalanan, elaun penginapan dan elaun sara hidup sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh Kerajaan dalam hal hospital psikiatri kerajaan atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan, dan oleh pemegang lesen dalam hal hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan.

Bahagian VIII

PENILAIAN KEMATIAN

Pemakaian Bahagian XII Akta Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta 1998

Seksyen 48

Bahagian XII Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 mengenai penilaian kematian hendaklah terpakai bagi hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

dan pusat kesihatan mental masyarakat, tertakluk kepada ubah suaian dalam Jadual I.

Bahagian IX

KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

JAGAAN KESIHATAN PSIKIATRI

Kualiti kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan psikiatri

Seksyen 49

(1)

Tiap-tiap hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah mempunyai rancangan dan kegiatan bagi memastikan kualiti dan kesesuaian kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang di sediakan.

(2)

Maklumat berkenaan dengan rancangan dan kegiatan itu hendaklah diberikan kepada Ketua Pengarah sebagaimana dan apabila dikehendaki olehnya.

Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan berhubung dengan jaminan kualiti

Seksyen 50

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan berhubung dengan kualiti dan piawaian hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Bahagian X

Seksyen 51

Dalam Bahagian ini—

Kesihatan Mental 47

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;

“orang bercelaru mental” ertinya mana-mana orang yang didapati melalui perjalanan wajar undang-undang sebagai kecelaruan mental dan tidak berupaya untuk menguruskan diri dan hal ehwalnya.

Seksyen 52

Mahkamah boleh memerintahkan siasatan

(1)

Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat di hadapannya, membuat perintah mengarahkan suatu siasatan untuk menentukan sama ada seseorang yang tertakluk kepada bidang kuasa

Mahkamah dan dikatakan bercelaru mental dan tidak berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya akibat kecelaruan mental itu.

(2)

Perintah Mahkamah di bawah subseksyen (1) boleh juga mengandungi arahan untuk siasatan dibuat berkenaan dengan—

(a)

jenis harta yang dipunyai oleh orang yang dikatakan bercelaru mental itu;

(d)

apa-apa persoalan lain yang dianggap patut oleh

Mahkamah.

(3)

Permohonan bagi siasatan sedemikian boleh dibuat oleh saudara orang yang dikatakan bercelaru mental itu, atau oleh mana-mana pegawai awam yang dinamakan oleh Menteri bagi maksud membuat permohonan itu.

Seksyen 53

Notis siasatan

(1)

Mahkamah hendaklah memberikan notis yang munasabah kepada orang yang dikatakan bercelaru mental dan pemohon itu tentang masa dan tempat yang ditetapkan untuk siasatan itu.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(2)

Jika mahkamah mendapati bahawa orang yang dikatakan bercelaru mental itu berada dalam keadaan yang sebegitu rupa sehinggakan penyampaian notis itu ke dirinya tidak akan berkesan,

Mahkamah boleh bagi tujuan membawa orang itu ke siasatan itu, mengarahkan supaya penyampaian notis itu dibuat kepada orang yang bertanggungjawab ke atasnya atau kepada mana-mana orang dewasa atau tuan punya atau penghuni premis tempat orang yang bercelaru mental itu tinggal.

Seksyen 54

Kuasa untuk memeriksa orang yang dikatakan bercelaru mental

(1)

Pada bila-bila masa selepas permohonan supaya siasatan dibuat, Mahkamah boleh—

(a)

menghendaki pemohon itu mengemukakan orang yang dikatakan bercelaru mental itu pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah, bagi maksud untuk diperiksa sendiri oleh Makamah atau oleh ahli psikiatri yang daripadanya Mahkamah berkehendak akan suatu laporan berkenaan dengan keupayaan dan keadaan mentalnya; dan

(b)

membuat suatu perintah yang memberi kuasa kepada mana-mana orang yang dinamakan dalam perintah itu mendapat akses kepada orang yang dikatakan bercelaru mental itu bagi maksud diperiksa sendiri dan membuat laporan yang disebut dalam perenggan (a).

(2)

Ahli psikiatri yang membuat laporan di bawah perenggan

(1)

(a)

berkenaan dengan orang yang dikatakan kecelaruan mental hendaklah menimbangkan—

(c)

kesan keadaan orang itu ke atas kelakuannya dalam mentadbirkan estetnya; dan

Kesihatan Mental 49

(d)

apa-apa hal keadaan lain yang difikirkan oleh ahli psikiatri itu berkaitan dengan estet dan orang itu serta keadaannya.

(3)

Laporan yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah boleh diterima dalam keterangan dalam siasatan yang diadakan oleh

Mahkamah di bawah Bahagian ini.

Kuasa untuk menghantar orang yang dikatakan bercelaru mental ke hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan bagi maksud pemerhatian

Seksyen 55

(1)

Mahkamah boleh, sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah seksyen 54, dan berdasarkan apa-apa keterangan yang difikirkannya mencukupi, membuat perintah supaya orang yang dikatakan bercelaru mental itu dimasukkan ke hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemerhatian selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan; dan Mahkamah boleh atas permohonan yang kemudiannya oleh Pengarah Perubatan memerintahkan suatu perlanjutan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan bagi pemerhatian.

(2)

Perintah Mahkamah itu hendaklah juga memperuntukkan bahawa jika orang yang berkenaan diperakukan sebelum habis tempoh pemerhatian itu tidak bercelaru mental, orang itu hendaklah dilepaskan oleh Pengarah Perubatan ke dalam jagaan orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen 52(3) dan hendaklah hadir di hadapan Mahkamah pada masa dan ditempat yang ditetapkan oleh Mahkamah.

(3)

Apabila orang yang berkenaan itu dimasukkan ke hospital psikiatri di bawah subseksyen (1), Pengarah Perubatan hendaklah meletakkan orang itu di bawah pemerhatian dan hendaklah, sebelum habis tempoh pemerhatian yang tersebut dalam perintah itu, memperakui secara bertulis kepada Mahkamah pendapatnya tentang keadaan minda orang itu.

(4)

Dalam membuat pemerakuan di bawah subseksyen (3)

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Pengarah Perubatan itu hendaklah menimbangkan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 54(2).

(5)

Perakuan di bawah subseksyen (3) hendaklah diterima dalam keterangan pada siasatan yang diadakan oleh

Mahkamah di bawah Bahagian ini.

(6)

Jika, pada bila-bila masa selepas pemerakuan, orang itu yang bercelaru mental atau menjadi yang bercelaru mental, pemohon di bawah subseksyen 52(3) yang dibawah jagaannya orang itu diletakkan apabila dilepaskan di bawah subseksyen (2) hendaklah memastikan bahawa orang itu hadir di hadapan Mahkamah pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh mahkamah itu.

Seksyen 56

Persoalan untuk diputuskan oleh Mahkamah

Pada siasatan itu, selepas menerima laporan di bawah seksyen 54 atau perakuan oleh Pengarah Perubatan di bawah seksyen 55 dan selepas mendengar keterangan dan hujah sebagaimana yang difikirkannya patut, Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada orang yang dikatakan bercelaru mental itu adalah, disebabkan oleh kecelaruan mental, tidak berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya, dan hendaklah juga memutuskan apa-apa persoalan lain sebagaimana yang tentangnya suatu siasatan telah diarahkan.

Seksyen 57

Perintah berkenaan dengan kos

Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah berkenaan dengan kos siasatan itu dan boleh memasukkan dalam perintah itu saraan kepada mana-mana pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar sebagaimana yang disifatkan oleh Mahkamah munasabah tetapi tiada perintah bagi pembayaran kos boleh dibuat terhadap

Menteri atau terhadap mana-mana pegawai awam yang dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen 52(3).

Kesihatan Mental 51

Seksyen 58

Pelantikan jawatankuasa

(1)

Jika Mahkamah mendapati bahawa orang yang dikatakan bercelaru mental itu tidak berupaya menguruskan dirinya dan hal ehwalnya sendiri disebabkan oleh kecelaruan mentalnya, Mahkamah boleh melantik suatu jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasa bagi orang itu dan estet orang itu dan boleh, sebagaimana yang dianggap patut oleh Mahkamah, membuat suatu perintah—

(a)

tentang saraan, jika ada, jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasa itu daripada estet orang itu;

atau

(b)

tentang dengan pemberian jaminan oleh jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasa itu.

(2)

Jika Mahkamah mendapati bahawa orang yang dikatakan bercelaru mental itu tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri disebabkan oleh kecelaruan mentalnya tetapi tidak berbahaya kepada dirinya atau, kepada orang lain, Mahkamah boleh melantik suatu jawatankuasa bagi estetnya tanpa melantik suatu jawatankuasa bagi dirinya.

Seksyen 59

Kuasa untuk menguruskan estet orang bercelaru mental

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Mahkamah boleh, apabila melantik suatu jawatankuasa bagi estet seseorang orang bercelaru mental, mengarahkan dengan pelantikan itu atau dengan mana-mana perintah kemudiannya bahawa orang yang kepadanya tanggungjawab estet itu diserahkan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa untuk menguruskan estet itu sebagaimana yang dianggap perlu dan patut oleh Mahkamah, dengan mengambil kira kepada jenis harta, sama ada alih atau tak alih, yang terkandung dalam estet itu.

(2)

Kuasa pengurusan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

tidak meliputi penjualan atau penggadaian estet itu atau mana-mana bahagian estet itu atau penyewaan mana-mana harta tak alih untuk suatu tempoh yang melebihi tiga tahun.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Seksyen 60

Kuasa Pendaftar untuk menerima cadangan

(1)

Pendaftar Mahkamah Tinggi boleh, tanpa suatu perintah rujukan, menerima apa-apa cadangan dan menjalankan siasatan berkenaan dengan pengurusan estet seseorang orang yang bercelaru mental jika cadangan itu ada kaitan dengan apa-apa perkara yang jawatankuasa estet itu telah tidak diberi kuasa di bawah seksyen 59

untuk melupuskannya.

(2)

Pendaftar boleh, tanpa suatu perintah rujukan, menerima dan menyiasat apa-apa cadangan yang berhubungan dengan penjualan atau penggadaian estet atau mana-mana bahagian estet seseorang orang yang bercelaru mental atau yang berhubungan dengan penyewaan mana-mana harta tak alih untuk suatu tempoh yang melebihi tiga tahun.

(3)

Pendaftar hendaklah membuat laporan kepada Mahkamah tentang cadangan itu dan Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada

Akta in membuat suatu perintah tentang laporan itu dan mengawardkan apa-apa kos dalam hal keadaan itu tampaknya adil.

Seksyen 61

Saudara yang boleh menghadiri prosiding

(1)

Mahkamah hendaklah sekali dalam hal setiap siasatan, dan boleh selepas itu dari semasa ke semasa, menentukan yang manakah daripada kalangan keluarga saudara atau waris kadim orang bercelaru mental itu yang hendaklah hadir di hadapan Pendaftar dalam mana-mana prosiding berkaitan dengan pengurusan estet orang itu.

(2)

Jika seseorang saudara atau waris kadim merupakan orang yang belum dewasa, Mahkamah boleh melantik seorang yang layak dan patut sebagai penjaganya bagi tujuan prosiding itu.

(3)

Kos kehadiran saudara atau waris kadim itu di hadapan

Pendaftar hendaklah ditanggung oleh estet itu.

Kesihatan Mental 53

Seksyen 62

Perintah yang boleh dibuat atas permohonan

Tertakluk kepada Akta ini, Mahkamah boleh, atas suatu permohonan yang dibuat kepadanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan sesuatu siasatan, membuat perintah berhubung dengan permohonan itu dan kos permohonan itu dan prosiding yang berbangkit daripadanya sebagaimana yang dalam hal keadaan itu tampaknya adil tetapi tiada perintah tentang kos boleh dibuat di bawah seksyen ini terhadap mana-mana pegawai

Seksyen 63

Menguruskan harta orang bercelaru mental

Mahkamah boleh, jika didapati oleh Mahkamah adil atau bermanfaat kepada orang bercelaru mental itu, memerintahkan supaya apa-apa harta, alih atau tak alih dan sama ada yang dalam milikan, yang akan dikembalikan, yang akan diterima sebagai baki, yang kontigen atau yang diharapkan, dijual atau digadaikan atau dilupuskan selainnya sebagaimana yang dianggap paling suai manfaat bagi maksud memperdapatkan wang untuk digunakan bagi mana-mana maksud yang berikut:

(a)

pembayaran hutangnya, termasuk apa-apa hutang atau perbelanjaan yang telah dilakukan untuk penyenggaraannya atau untuk faedahnya;

(c)

pembayaran atau peruntukan bagi belanja penyenggaraannya dan penyenggaraan keluarganya pada masa hadapan termasuk belanja untuk memindahkannya ke mana-mana tempat di dalam atau luar Malaysia dan segala belanja yang berkaitan;

(d)

pembayaran kos apa-apa prosiding di bawah Akta ini dan apa-apa kos yang dilakukan dengan perintah atau di bawah kuasa Mahkamah.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

Seksyen 64

Jawatankuasa hendaklah menyempurnakan surat cara

(1)

Jawatankuasa bagi estet seseorang yang yang bercelaru mental hendaklah, atas namanya dan bagi pihaknya menyempurnakan segala pemindahhakan dan surat cara pemindahan hakmilik berhubung dengan apa-apa penjualan, gadaian, atau pelupusan lain estet orang bercelaru mental itu sebagaimana yang diperintahkan oleh

Mahkamah.

(2)

Jawatankuasa itu hendaklah juga, di bawah perintah

Mahkamah, menjalankan segala kuasa yang terletak hak pada seseorang orang bercelaru mental, sama ada kuasa itu terletak hak padanya untuk faedahnya sendiri atau atas sifatnya sebagai pemegang amanah atau penjaga.

Seksyen 65

Pelaksanaan kontrak

Apabila seseorang yang telah membuat kontrak untuk menjual atau melupuskan estetnya atau mana-mana bahagian estetnya kemudiannya menjadi bercelaru mental, Mahkamah boleh, jika kontrak itu sedemikian jenisnya sehingga Mahkamah menganggap kontrak itu harus dilaksanakan, mengarahkan jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental itu supaya melaksanakan pemindahhakan dan melakukan apa-apa perbuatan lain untuk memenuhi kontrak itu sebagaimana yang dianggapnya patut.

Seksyen 66

Pembubaran dan pelupusan harta atau perkongsian

(1)

Jika seseorang anggota sesuatu perkongsian ialah seorang orang bercelaru mental, Mahkamah boleh, atas permohonan pekongsi yang lain atau mana-mana orang lain yang didapati oleh Mahkamah berhak untuk meminta pembubaran itu, membubarkan perkongsian itu.

(2)

Apabila perkongsian itu dibubarkan di bawah subseksyen (1)

atau apabila perkongsian itu dibubarkan dengan perintah mana-mana Mahkamah atau melalui perjalanan wajar undang-undang

Kesihatan Mental 55

jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental itu boleh, atas nama dan bagi pihak orang bercelaru mental itu, bergabung dengan pekongsi itu yang lain dalam melupuskan harta perkongsian atas apa-apa terma, dan hendaklah melakukan segala perbuatan bagi melaksanakan pembubaran perkongsian itu, sebagaimana yang dianggap patut oleh Mahkamah.

Seksyen 67

Pelupusan premis perniagaan

Jika seseorang orang bercelaru mental telah terlibat dalam perniagaan Mahkamah boleh, jika nampak bermanfaat bagi estetnya jika premis perniagaan itu dilupuskan, memerintahkan supaya jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental itu menjual dan melupuskan premis pemiagaan itu, dan hasil jualan itu hendaklah digunakan mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah.

Seksyen 68

Jawatankuasa boleh melupuskan pajakan

Jika seseorang orang bercelaru mental berhak kepada sesuatu pajakan atau subpajakan Mahkamah boleh, jika nampak bermanfaat bagi estetnya jika pajakan atau subpajakan itu dilupuskan, memerintahkan jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental itu menyerahkan balik, menyerahhakkan atau melupuskan pajakan atau subpajakan itu atas apa-apa terma yang dianggap patut oleh

Mahkamah.

Seksyen 69

Pemindahan saham, sekuriti, dsb., orang bercelaru mental

Jika apa-apa saham atau sekuriti Kerajaan atau apa-apa syer atau debentur dalam sesuatu syarikat awam, yang boleh dipindahkan hakmiliknya di dalam Malaysia atau yang dividennya kena dibayar di Malaysia, adalah di atas nama, atau terletak hak pada, seseorang orang bercelaru mental yang ada berhak secara benefisial kepada saham, sekuriti, syer atau debentur itu, atau jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental, atau seorang pemegang amanah untuknya, dan jawatankuasa atau pemegang amanah mati tak berwasiat atau dia

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

sendiri menjadi bercelaru mental atau berada di luar daripada bidang kuasa Mahkamah, atau tidak pasti sama ada jawatankuasa atau pemegang amanah masih hidup atau sudah mati atau dia telah mengabaikan atau enggan memindahkan saham, sekuriti, syer atau debentur itu atau untuk menerima dan membayar dividen kepada suatu jawatankuasa atau pemegang amanah yang baru, atau sebagaimana yang diarahkan olehnya, dalam masa empat belas hari selepas dikehendaki oleh orang itu supaya dia berbuat demikian,

Mahkamah boleh memerintahkan orang yang layak dan patut untuk membuat pemindahan atau untuk memindahkan saham, sekuriti, syer atau debentur itu dan untuk menerima dan membayar dividen itu mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah, dan pemindahan atau pembayaran itu hendaklah sah dan berkesan untuk segala maksud.

Seksyen 70

Pemindahan harta orang bercelaru mental yang bermastautin di luar Malaysia

Apabila mana-mana harta yang terletak di dalam Malaysia berada atas nama atau terletak hak pada mana-mana orang yang bermastautin di luar Malaysia, Mahkamah, sekiranya berpuas hati—

(a)

bahawa orang itu telah diisytiharkan sebagai orang bercelaru mental; dan

(b)

bahawa estet peribadinya telah diletakhakkan pada suatu jawatankuasa, kurator atau pengurus mengikut undang-undang tempat dia sedang bermastautin, boleh memerintahkan orang yang layak dan patut untuk membuat pemindahan harta itu atau mana-mana bahagian harta itu kepada jawatankuasa, kurator atau pengurus itu atau selainnya, dan juga untuk menerima dan membayar apa-apa hasil atau keuntungan daripada harta itu sebagaimana yang dianggap patut oleh Mahkamah;

dan apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut perintah itu hendaklah sah dan berkesan untuk segala maksud.

Kesihatan Mental 57

Seksyen 71

Kuasa untuk memerintahkan nafkah tanpa melantik jawatankuasa

Jika Mahkamah mendapati, selepas mengambil kira situasi dan keadaan hidup orang yang bercelaru mental dan keluarganya dan hal keadaan lain yang berkaitan dalam kes itu, adalah suai manfaat bahawa hartanya patut dijadikan tersedia untuk nafkahnya atau mereka dengan cara yang langsung dan tidak mahal, Mahkamah boleh, sebagai ganti melantik suatu jawatankuasa bagi estetnya, memerintahkan supaya harta itu, jika wang, atau jika daripada apa-apa perihalan lain, hasilnya apabila diperoleh, dibayar kepada mana-mana orang yang dianggap oleh Mahkamah layak untuk dilantik, bagi digunakan untuk nafkah orang bercelaru mental itu dan keluarganya dan segala bayaran yang dibuat sedemikian hendaklah merupakan suatu pelepasan yang baik bagi orang yang membuat bayaran itu.

Seksyen 72

Peruntukan sementara untuk nafkah

Jika Mahkamah mendapati bahawa ketakupayaan mental seseorang yang bercelaru mental untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya adalah bersifat sementara sahaja, dan bahawa adalah suai manfaat untuk membuat suatu peruntukan sementara bagi nafkahnya atau nafkah keluarganya, Mahkamah boleh, mengikut cara yang serupa seperti di bawah seksyen 71, mengarahkan bahawa hartanya atau sebahagian yang mencukupi daripada hartanya digunakan untuk maksud itu.

Seksyen 73

Perintah bagi penerimaan orang yang bercelaru mental

(1)

Jika selepas suatu siasatan di bawah Bahagian ini seseorang didapati oleh

Mahkamah tidak berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya akibat kecelaruan mental tetapi Mahkamah tidak melantik suatu jawatankuasa bagi dirinya,

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah untuk orang itu diterima masuk ke dalam hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan dan menghantarnya dengan jagaan yang sesuai, bersama dengan perintah penerimaan masuknya,

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

ke hopsital psikiatri yang dinamakan dalam perintah itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang rakan atau saudara orang bercelaru mental itu meyakinkan Mahkamah bahawa dia mengaku janji untuk menjaga orang itu dengan sepatutnya dan menghalangnya mencederakan dirinya atau orang lain, Mahkamah boleh, sebagai ganti membuat suatu perintah di bawah subseksyen itu, membuat suatu perintah menyerahkannya kepada jagaan rakan atau saudara itu.

(3)

Seseorang yang diterima masuk ke dalam sesuatu hospital psikiatri dengan perintah Mahkamah di bawah subseksyen (1)

hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai seorang pesakit tidak sukarela.

Seksyen 74

Membatalkan prosiding

(1)

Jika seseorang telah didapati tidak berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya akibat kecelaruan mentalnya dan kemudiannya ditunjukkan kepada Mahkamah—

(b)

atas permohonan orang yang bertindak bagi pihaknya;

atau

(c)

berdasarkan maklumat daripada mana-mana orang lain, bahawa ada sebab untuk mempercayai bahawa ketakupayaan sedemikian telah terhenti, Mahkamah boleh membuat suatu perintah supaya diadakan siasatan bagi menentukan sama ada orang itu sekarang ini berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya.

(2)

Siasatan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut cara yang sama seperti yang ditetapkan bagi suatu siasatan tentang sama ada seseorang yang dikatakan bercelaru mental tidak berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya.

Kesihatan Mental 59

(3)

Jika selepas siasatan di bawah seksyen ini Mahkamah mendapati bahawa orang itu sekarang ini berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya segala prosiding dalam perkara itu diberhentikan atau diketepikan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut.

Pelepasan orang yang didapati selepas siasatan berupaya menguruskan dirinya dan hal ehwalnya

Seksyen 75

Jika selepas suatu siasatan tentang keupayaan seseorang yang ditahan di dalam sesuatu hospital psikiatri untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya Mahkamah telah membuat suatu perintah di bawah subseksyen 74(3), Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah dengan serta-merta apabila dikemukakan suatu salinan perintah itu yang diperakui, melepaskan orang itu daripada hospital psikiatri itu.

Bahagian XI

PENGUATKUASAAN

Pemakaian Bahagian XVI Akta Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta 1998

Seksyen 76

Bahagian XVI Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 mengenai penguatkuasaan hendaklah terpakai bagi Akta ini tertakluk kepada ubahsuaian dalam Jadual II.

Bahagian XII

Seksyen 77

(1)

Jika seseorang orang yang bercelaru mental dikehendaki

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

menjalani pembedahan, terapi elektrokonvulsif atau percubaan klinikal, kebenaran untuk mana-mana daripadanya boleh diberikan—

(a)

oleh pesakit itu sendiri jika dia berupaya untuk memberikan keizinan sebagaimana yang dinilai oleh seorang ahli psikiatri;

(b)

oleh penjaganya dalam hal seseorang orang belum dewasa atau seorang saudaranya dalam hal seseorang orang dewasa, sekiranya pesakit itu tidak berupaya untuk memberikan keizinan;

(c)

oleh dua orang ahli psikiatri, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan ahli psikiatri yang merawatnya, jika tiada penjaga atau saudara pesakit itu yang ada atau dapat dikesan dan pesakit itu sendiri tidak berupaya memberikan kebenaran.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), adalah menjadi kewajipan pengamal perubatan berdaftar yang berkenaan untuk memastikan bahawa keizinan selepas diberi maklumat didapatkan terlebih dahulu daripada pesakit di bawah perenggan (1)(a) sebelum menggunakan perenggan (1)(b) atau (1)(c).

(3)

Dalam hal kecemasan, keizinan bagi pembedahan atau terapi elektrokonvulsif boleh diberikan—

(b)

oleh dua orang pegawai perubatan atau dua orang pengamal perubatan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan seorang ahli psikiatri, jika tiada penjaga atau saudara bagi pesakit itu yang ada atau dapat dikesan dengan segera.

(4)

Kecuali bagi subseksyen (1) dan (2), tiada keizinan dikehendaki bagi rawatan konvensional dalam bentuk yang lain.

Kesihatan Mental 61

(5)

Dalam menentukan sama ada atau tidak seseorang orang yang bercelaru mental itu berupaya untuk memberikan keizinan di bawah perenggan (1)(a), ahli psikiatri yang memeriksanya hendaklah menimbangkan sama ada orang yang diperiksa itu memahami—

(c)

risiko yang terlibat dalam menjalani rawatan itu;

(d)

risiko yang terlibat jika tidak menjalani rawatan itu; dan

(e)

sama ada atau tidak keupayaannya untuk memberikan keizinan adalah dipengaruhi oleh keadaannya.

Seksyen 78

Kewajipan untuk memberikan maklumat kepada orang yang ditahan

Pengarah Perubatan bagi tiap-tiap hospital psikiatri hendaklah mengambil langkah praktik yang semunasabahnya dapat dilaksanakan untuk memastikan bahawa tiap-tiap pesakit di dalam hospital itu dan seseorang saudara pesakit itu, faham—

(a)

di bawah peruntukan yang mana dalam Akta ini pesakit ditahan pada masa itu dan kesan peruntukan itu; dan

(b)

apakah hak yang ada pada pesakit untuk dia memohon bagi pelepasannya.

Seksyen 79

Tanggung rugi dan perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Tiada apa-apa tindakan boleh diambil atau apa-apa pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap mana-mana orang di dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan di bawah Akta ini—

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(b)

dengan kepercayaan munasabah bahawa perkara itu perlu bagi maksud yang hendak dicapai dengannya;

atau

(c)

bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Salinan perintah penerimaan hendaklah dihantar kepada

Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan

Seksyen 80

Seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang membuat perintah di bawah seksyen 14 atau sesuatu

Mahkamah yang membuat perintah di bawah seksyen 55 atau 73

hendaklah dengan segera menghantar satu salinan yang diperakui bagi perintah itu kepada Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan tempat seseorang yang menjadi subjek perintah itu hendaklah diterima.

Seksyen 81

Perakuan perubatan, perintah, dsb., boleh dipinda

Jika semasa kemasukan seseorang pesakit tidak sukarela ke dalam sesuatu hospital psikiatri didapati bahawa mana-mana perakuan perubatan, perintah atau dokumen lain yang berhubungan dengan kemasukan itu adalah tidak betul atau cacat dari apa-apa segi, maka perakuan, perintah atau dokumen lain itu boleh, dengan kelulusan

Pengarah Perubatan, dipinda oleh orang yang menandatanganinya dalam tempoh empat belas hari dari kemasukan pesakit itu bagi tujuan membetulkan apa-apa kesilapan tulisan atau kesilapan ketara atau bagi apa-apa sebab lain yang dapat diterima oleh Pengarah Perubatan.

Jumlah wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada orang yang bercelaru mental

Seksyen 82

Jika apa-apa jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan

Kesihatan Mental 63

gaji, pencen, ganjaran, atau elaun lain yang seumpamanya kepada mana-mana orang oleh Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri, dan orang itu didapati di bawah Akta ini yang bercelaru mental, pejabat yang di bawah kuasanya jumlah wang itu akan kena dibayar sekiranya penerima bayaran itu tidak bercelaru mental boleh membayar apa-apa bahagian jumlah wang itu yang difikirkan patut kepada orang yang bertanggungjawab kepada orang yang bercelaru mental itu dan boleh membayar lebihan wang itu, jika ada, atau mana-mana bahagian lebihan itu yang difikirkannya patut bagi penyenggaraan anggota keluarga orang yang bercelaru mental itu yang bergantung padanya bagi nafkahnya.

Seksyen 83

Melaporkan kejadian

(1)

Walau apa pun apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain, hospital psikiatri, rumah kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, apa-apa kejadian yang tidak dapat diramalkan dan dijangkakan sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kejadian yang tidak dapat diramalkan dan dijangkakan yang terjadi pada atau selepas tarikh kuat kuasa Akta ini.

Seksyen 84

Kenyataan dasar

(1)

Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab tentang sesuatu hospital psikiatri, rumah kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah menyediakan, pada masa pendaftaran atau kemasukan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kenyataan dasar hospital, rumah atau pusat itu berkenaan dengan kewajipan Pengarah

Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab tentang hospital psikiatri, rumah kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat itu kepada pesakit yang menggunakan

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

kemudahan atau perkhidmatan hospital, rumah atau pusat itu.

(2)

Sesuatu kenyataan dasar hendaklah meliputi perkara yang ditetapkan.

Seksyen 85

Tafsiran undang-undang bertulis

Melainkan jika maksud yang berlawanan ternyata, sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis—

(a)

tentang orang gila atau orang mental hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang bercelaru mental;

(b)

tentang gila hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang kepada kecelaruan mental;

(c)

tentang rumah sakit, rumah sakit orang gila, hospital yang diluluskan atau hospital mental hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang hospital psikiatri.

Seksyen 86

Penganiayaan pesakit

(1)

Mana-mana Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab bagi atau pegawai atau kakitangan, atau orang yang diambil kerja atau dilantik oleh, sesuatu hospital psikiatri, rumah kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, atau mana-mana premis jagaan kesihatan kerajaan atau swasta lain yang—

(a)

menganiayai atau sengaja mengabaikan seseorang pesakit yang sedang menerima rawatan bagi kecelaruan mental sebagai seorang pesakit dalam di dalam hospital psikiatri, rumah kejururawatan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat atau premis jagaan kesihatan kerajaan atau swasta itu; atau

Kesihatan Mental 65

(b)

menganiayai atau sengaja mengabaikan, di dalam premis yang hospital psikiatri, rumah kejururawatan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat atau kemudahan jagaan kesihatan kerajaan atau swasta itu menjadi suatu bahagian daripadanya, seseorang pesakit yang sedang menerima rawatan di sana sebagai seorang pesakit luar, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Seseorang yang menganiayai atau sengaja mengabaikan orang yang bercelaru mental dalam jagaan atau di bawah pemeliharaan dan perlindungannya melakukan satu kesalahan.

(3)

Seseorang yang melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 87

Persubahatan pelarian pesakit

Mana-mana pembantu, jururawat, pekhidmat atau orang lain yang diambil bekerja di, atau selainnya diambil khidmat oleh mana-mana hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang membenarkan atau bersubahat dengan pelarian atau percubaan pelarian mana-mana pesakit melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penalti bagi penerimaan dan penahanan yang tidak patut

Seksyen 88

Tertakluk kepada seksyen 79, mana-mana orang yang—

(a)

selain mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menerima atau menahan di dalam suatu hospital psikiatri seseorang yang

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

bercelaru mental atau dikatakan yang bercelaru mental;

atau

(b)

untuk keuntungan, menahan di dalam mana-mana tempat, yang bukan hospital psikiatri, apa-apa bilangan orang yang bercelaru mental, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 89

Pemulaan pendakwaan

Tiada pendakwaaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 90

Majistret Kelas Pertama mempunyai bidang kuasa penuh

Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang bertentangan, mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan menjatuhkan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan itu.

Seksyen 91

Pelanggaran perundangan subsidiari

Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari itu hendaklah menjadi suatu kesalahan dan orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, didenda atau dipenjarakan selama suatu tempoh atau kedua-duanya tetapi tidak boleh memperuntukkan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi enam bulan.

Kesihatan Mental 67

Seksyen 92

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang pada hematnya perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan peruntukan

Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan borang dan perakuan yang digunakan bagi maksud Akta ini;

(b)

untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi berkenaan dengan tempat, reka bentuk dan pembinaan hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;

(c)

untuk menetapkan piawaian bagi penginapan, sanitasi atau kemudahan lain di hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;

(d)

untuk menetapkan piawaian bagi perkakas, peralatan, kelengkapan, alat, bahan, perabot dan benda lain yang hendak disediakan oleh hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;

(e)

untuk menetapkan piawaian bagi penyenggaraan, pentadbiran atau keanggotaan kakitangan bagi, dan penyedian kemudahan dan perkhidmatan oleh, hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan pusat kesihatan

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

mental masyarakat;

(f)

untuk mengawal selia penyimpanan apa-apa buku, rekod, daftar atau dokumen lain atau pemberian apa-apa laporan atau perangkaan sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;

(g)

untuk menetapkan pengurusan, pengawalan, pengawasan dan penjagaan hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat termasuk fungsi, tanggungjawab, kewajipan dan kuasa

Pengarah Perubatan, Timbalan Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab bagi hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;

(h)

untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan hak dan keistimewaan pesakit;

(i)

untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pengeluaran komunikasi oleh dan dengan orang yang ditahan di dalam hospital psikiatri.

(j)

untuk menetapkan syarat dan hal keadaan yang membolehkan cara pengekangan atau pengasingan secara fizikal atau kimia digunakan ke atas orang yang ditahan di hospital psikiatri;

(k)

untuk menetapkan kewajipan dan kuasa, dan tatacara yang perlu diikuti oleh Lembaga;

(l)

untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan kualiti boleh terima dan kawalan kualiti berkenaan dengan hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat;

(m)

untuk menetapkan jenis kejadian yang tidak dapat

Kesihatan Mental 69

diramalkan atau dijangkakan yang hendaklah dilaporkan, tatacara pelaporan, cara penyiasatan yang hendaklah dijalankan, laporan dan data perangkaan yang hendaklah dikemukakan;

(n)

untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pernyataan dasar dan semua perkara yang berhubungan dengan mekanisme ketidakpuasan hati;

(o)

untuk menetapkan apa-apa yang hendaklah atau boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Seksyen 93

Pemansuhan dan kecualian

(1)

Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31/1952], Ordinan

Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [Ord. Sarawak 16/1961] dan

Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [Bab 74 Sabah] dimansuhkan.

(2)

Walaupun Ordinan dalam subseksyen (1) dimansuhkan—

(a)

mana-mana hospital mental yang ditubuhkan dan disenggarakan, atau hospital yang diluluskan, di bawah

Ordinan yang dimansuhkan, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dianggap telah ditubuhkan, diluluskan atau ditetapkan sebagai hospital psikiatri kerajaan di bawah seksyen 3 Akta ini;

(b)

apa-apa pelantikan, perundangan subsidiari, waran atau perakuan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah

Ordinan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olahnya telah dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini sehinggalah digantikan oleh suatu pelantikan, perundangan subsidiari, waran atau perakuan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini;

(c)

mana-mana pelantikan, perundangan subsidiari, waran

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

atau perakuan yang dinyatakan berkuat kuasa untuk suatu tempoh yang tertentu tidak boleh terus berkuat kuasa selepas tamat tempoh itu melainkan jika diperbaharui mengikut peruntukan Akta ini; dan

(d)

apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini boleh diteruskan atau diselesaikan di bawah dan menurut peruntukan Akta ini.

Seksyen 94

Pencegahan anomali

(1)

Menteri boleh, apabila pada hematnya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali yang berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan

Akta ini atau dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada sebagaimana yang difikirkan patut tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh Akta ini berkuat kuasa.

(2)

Dalam seksyen in “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Kesihatan Mental 71

Jadual

JADUAL I

(Seksyen 48)

UBAH SUAIAN KEPADA PERUNTUKAN AKTA KEMUDAHAN DAN

PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

TENTANG PENILAIAN KEMATIAN

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

Am

Gantikan perkataan “Jawatankuasa Penilaian

Kematian Kebangsaan” di mana-mana terdapat dengan perkataan “Jawatankuasa Penilaian

Kematian Psikiatri Kebangsaan”.

Seksyen 64

1. Dalam takrif “kematian boleh dinilai”

gantikan perkataan “pengamal perubatan atau pengamal pergigian”

dengan perkataan

“pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”.

2. Dalam takrif “Jawatankuasa”, masukkan selepas perkataan

“Kematian”

perkataan “Psikiatri”.

Seksyen 66

Dalam subseksyen (3), gantikan perkataan

“pengamal perubatan atau pergigian” dengan perkataan “pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”.

Seksyen 67

Dalam subseksyen (1)—

(a)

gantikan perkataan “Seseorang yang bertanggungjawab bagi suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” dengan perkataan

“Pengarah

Perubatan bagi sesuatu hospital psikiatri atau orang yang bertanggung-jawab bagi sesuatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat”;

(b)

gantikan perkataan “pengamal perubatan atau pengamal pergigian”

dengan perkataan

“pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”; dan 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

(c)

masukkan selepas perkataan “teknologi perubatan ke atas pesakit” perkataan

“yang bercelaru mental”.

Seksyen 68

1. Dalam nota birai, gantikan perkataan

“Pengamal perubatan dan pengamal pergigian”

dengan perkataan “Pegawai perubatan dan pengamal perubatan berdaftar”,

2. Dalam subseksyen (1)—

(a)

gantikan perkataan “pengamal perubatan atau pengamal pergigian”

dengan perkataan

“pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”, dan

(b)

potong perkataan “subseksyen 112(4)

atau”.

3. Dalam subseksyen (2), gantikan perkataan

“pengamal perubatan dan pengamal pergigian”

dengan perkataan “pegawai perubatan dan pengamal perubatan berdaftar”.

4. Dalam subseksyen (3)—

(a)

dalam perenggan (b), gantikan perkataan

“pengamal perubatan atau pengamal pergigian” dengan perkataan “pengawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”, dan

(b)

dalam perenggan (c), gantikan perkataan

“kemudahan atau tempat jagaan kesihatan swasta” dengan perkataan

“hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan atau pusat kesihatan mental masyarakat atau tempat”.

Kesihatan Mental 73

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

Seksyen 69

Dalam subseksyen (2) dan (3), gantikan perkataan “pengamal perubatan atau pengamal pergigian”

dengan perkataan

“pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”.

Seksyen 70

1. Dalam subseksyen (1)—

(a)

masukkan selepas perkataan

“jawatankuasa penilaian kematian”

perkataan “psikiatri”;

(b)

gantikan perkataan “kemudahan jagaan kesihatan swasta” dengan perkataan

“hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan atau pusat kesihatan mental masyarakat”.

2. Potong subseksyen (3)

Seksyen 71

Dalam subseksyen (1), masukkan selepas perkataan“kematian” perkataan “psikiatri”.

Seksyen 72

1. Gantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:

“Jawatankuasa penilaian kematian psikiatri di hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat”.

2. Dalam subseksyen (1)—

(a)

gantikan perkataan “kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta”

dengan perkataan “hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat”, dan

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

(b)

masukkan selepas perkataan

“jawatankuasa penilaian kematian”

perkataan “psikiatri”.

3. Dalam subseksyen (2)—

(a)

gantikan perkataan “Orang yang bertanggungjawab bagi suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta”, dengan perkataan

“Pengarah perubatan atau orang yang bertanggungjawab bagi hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat”; dan

(b)

masukkan selepas perkataan

“jawatankuasa penilaian kematian”

perkataan “psikiatri”.

4. Dalam subseksyen (3)—

(a)

masukkan selepas perkataan

“jawatankuasa penilaian kematian”

perkataan “psikiatri”;

(b)

masukkan selepas perkataan “dari semasa ke semasa, oleh” perkataan

“Pengarah Perubatan atau”, dan

(c)

masukkan selepas perkataan “dinyatakan oleh” perkataan “Pengarah Perubatan atau”.

5. Dalam subseksyen (4), gantikan perkataan

“pengamal perubatan atau pengamal pergigian”

dengan perkataan

“pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”.

Kesihatan Mental 75

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

6. Dalam subseksyen (5)—

(a)

gantikan perkataan “pengamal perubatan atau pengamal pergigian”

dengan perkataan

“pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar”; dan

(b)

masukkan selepas perkataan

“pesakitnya”

perkataan

“yang kecelaruan mental”.

7. Dalam subseksyen (6)—

(a)

masukkan selepas perkataan

“jawatankuasa penilaian kematian”

perkataan “psikiatri”; dan

(b)

gantikan perkataan “kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta”

dengan perkataan “hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat”.

Jadual

JADUAL II

(Seksyen 76)

UBAH SUAIAN KEPADA PERUNTUKAN AKTA KEMUDAHAN DAN

PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

TENTANG PENGUATKUASAAN

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

Am

Kecuali seksyen 91 dan 93, gantikan perkataan

“kemudahan”,“kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta”, kemudahan jagaan

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian kesihatan swasta” atau “kemudahan jagaan kesihatan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat”.

Seksyen 88

Gantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)

Seseorang

Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk masuk dan memeriksa pada bila-bila masa mana-mana hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, atau mana-mana premis yang dia syaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai ia digunakan untuk menempatkan, merawat atau menahan apa-apa jumlah orang kecelaruan mental atau disyaki kecelaruan mental”.

Seksyen 91

1. Gantikan perkataan “kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan swasta”,

“kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” dan “kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta”.

2. Dalam perenggan (1)(a), gantikan perkataan

“Akta ini” dengan perkataan “Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998”.

3. Dalam perenggan (1)(b), masukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” perkataan “ di bawah Akta itu”.

Kesihatan Mental 77

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

Seksyen 92

Dalam subseksyen (2), masukkan selepas perkataan “suatu kesalahan” perkataan “dan hendaklah apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

Seksyen 93

Gantikan seksyen itu dengan seksyen yang berikut:

“Kewajipan untuk membantu Inspektor.

93. Bila mana seseorang

Inspektor menjalankan kuasanya di bawah seksyen 88,

89, 90, 91 dan 92 maka adalah menjadi kewajipan orang yang bertanggungjawab, pemegang lesen, tuan punya, penghuni dan mana-mana pekerja atau pekhidmat hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan atau pusat kesihatan mental masyarakat dan mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya—

(a)

untuk memberi Inspektor itu segala kemudahan dan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki oleh Inspektor itu;

(b)

untuk memberi Inspektor itu semua maklumat yang munasabah yang dikehendaki olehnya berkenaan dengan hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan pengurusannya atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya; dan 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

(1)

(2)

Peruntukan Akta

Ubah suaian

(c)

untuk mengemukakan apa-apa buku, rekod atau dokumen yang dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannya berhubung dengan hal ehwal hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat itu”.

Seksyen 99

1. Dalam subseksyen (1) gantikan perkataan

“pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran” apabila di mana-mana terdapat dalam subseksyen itu dengan perkataan “orang yang ingkar”.

2. Dalam subseksyen (4), gantikan perkataan

“pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang” yang terdapat dalam perenggan (a)

dengan perkataan “orang yang ingkar”.

3. Dalam subseksyen (6), gantikan perkataan

“pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran”

dengan perkataan “orang yang ingkar”.

Seksyen 100

Potong subseksyen (1)

79

Akta 615

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

—TIADA—

80

Akta 615

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Common questions

What is Akta Kesihatan Mental 2001?
Akta Kesihatan Mental 2001 is Malaysia Act, cited as Act 615 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.
Is Akta Kesihatan Mental 2001 still in force?
Yes — Akta Kesihatan Mental 2001 is currently in force.
When did Akta Kesihatan Mental 2001 take effect?
Akta Kesihatan Mental 2001 was first recorded in 2001.
How many sections does Akta Kesihatan Mental 2001 have?
Akta Kesihatan Mental 2001 contains 94 sections.
What amends Akta Kesihatan Mental 2001?
Akta Kesihatan Mental 2001 has been amended by Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023.
Where can I read the official version of Akta Kesihatan Mental 2001?
The official text of Akta Kesihatan Mental 2001 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Kesihatan Mental 2001 (No. 615) | mylaw.my