Skip to content
In forceUpdated to 21 Jun 2022Read it in English

Bahagian V · Pendakwaan, Penguatkuasaan dan Perwakilan

58. Pelantikan Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguat Kuasa Agama

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah, untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2)

Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

(3)

Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang yang layak dan sesuai dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am

Persekutuan untuk menjadi Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa

Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh

Ketua Pendakwa Syarie kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(3A)

Hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie menurut subseksyen (3)

hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4)

Majlis boleh melantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan seorang Ketua Pegawai

Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam.

(5)

Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguat Kuasa

Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan henddijalankan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa

Agama sendiri.

Report

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Masjid

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules