Skip to content
In forceAmendedUpdated to 21 Jun 2022Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

Feedback & supportIslamic law enforcement and Syariah Courts in the Federal Territories

In plain English

Not legal advice

This Act sets out how Islamic law is enforced and run in the Federal Territories. It also covers how the Syariah courts are set up and organised. It applies only to the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan. The Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980 applies to any corporation set up under this Act.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran

Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993



*CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat Perintah Wilayah

Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993) 2002 [P.U. (A) 250/2002].

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

dan terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak kariah” ertinya seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 bagi

Negeri Selangor [Enakmen Selangor 3/1952]—

(a)

berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah

Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran

Hukum Syarak) 1974, 1981 dan 1988 [P.U. (A) 44/1974,

390/1981, 163/1988, 263/1988] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973

[Akta A206] dan berkuat kuasa di dalam Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan

Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576];

dan

(b)

berhubung dengan

Wilayah

Persekutuan

Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan melalui

Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985

[P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta

Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];

Pentadbiran Undang-Undang Islam 11

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya Hakim-Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) tetapi tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 44(1);

“Hukum Syarak” ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

“Imam” ertinya Imam yang dilantik di bawah subseksyen 76(3);

“Imam Ratib” ertinya Imam Ratib yang dilantik di bawah subseksyen 76(4);

“jawatankuasa kariah” ertinya jawatankuasa kariah yang ditubuhkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 81;

“Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak” ertinya Jawatankuasa

Perundingan Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah subseksyen 37(1);

“kariah masjid”, berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan di bawah seksyen 75 yang di dalamnya masjid itu terletak;

“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 41(1);

“Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” dan “Pegawai Penguat

Kuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang demikian di bawah subseksyen 58(4);

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 58(1);

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang dikenali sebagai

Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;

“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Rendah

Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah,

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

Bahagian II

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Bahagian III

Pelantikan Mufti, Kuasa dalam Hal Ehwal Agama dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

Bahagian IV

Mahkamah Syariah

Bahagian V

Pendakwaan, Penguatkuasaan dan Perwakilan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Masjid

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules