Skip to content

Seksyen 4

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 4 of 105

Seksyen 4

(1)

Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai

“Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan” untuk menasihati

Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

(2)

Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, “Majlis Agama

Islam Wilayah Persekutuan” yang wujud menurut kuasa seksyen 5

Enakmen hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut di dalam subseksyen (1).

Pentadbiran Undang-Undang Islam 15

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)