Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian XI
99. Kaedah-kaedah
Feedback & supportYang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan kelulusan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan surat cara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai bawahan Majlis;
fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut
Akta ini, dan cara memungut dan melupuskan fi itu;
pelantikan jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan tatacaranya;
borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran, dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Akta ini;
Pentadbiran Undang-Undang Islam 61
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
pengelolaan mana-mana pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;
pengelolaan mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
kuasa dan tugas Pegawai Masjid;
penentuan dan penyiaran sempadan kariah Masjid;
jagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan cara mendaftarkan muallaf;
pentadbiran sekolah Islam dan aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran agama.